Sunday, March 29, 2009

SediKit RenUnGaN BuAt KAum AdaM

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, March 29, 2009 0 comments

lelaki idaman setiap wanita...
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana penat membaca

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kecergasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah idamannya

Dan dia ingin membawa saya bersama

Dialah lelaki idaman saya
belum terlambat untuk kita sama-sama ubah diri kita. "Dunia ini ibarat pentas. kita adalah pelakonnya. maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

Saturday, March 28, 2009

muzakarah hari ini

Posted by UmmuL SyabinaR at Saturday, March 28, 2009 0 comments
bismillah....

maafkan ku andai coretan ini bisa mengguris hatimu yang lembut bak
sutera itu.bukan niatku untuk menyakitimu..sekadar mengingati
sebagai tanda sayangku kepada dirimu..
wanita...dirimu umpama sebuah taman yang indah dipandang mata namun
bukan hiasan semata..
duri-duri yang mengelilingimu menjagamu dari diceroboh oleh lelaki
yang tidak engkau kehendaki..
wanita...janganlah dikau memberi laluan diantara duri-durimu untuk
dihinggapi kumbang-kumbang liar.kerna kelopakmu yang indah itu pasti
akan tercalar..
wanita...hadirmu bukan sekadar penghias keindahan dunia.
hadirmu jua sebagai pelengkap hidup anak adam..
persiapkanlah dirimu sewajarnya..kukuhkan iman dihatimu.
jagailah perhiasan dirimu sebaiknya..
kerna....
sebaik-baik wanita ialah wanita solehah..

...suami harus tahu Hati Seorang Wanita..

"1. Sensitif : Bukan Bermaksud Suka Merajuk, Tapi
Hanya Ingin Bermanja Dan Mendapatkan Perhatian.

2. Cerewet : Bukan Bermaksud Fussy Tak Tentu
Hala, Kadang Ingin suami Mengikut Kata-Katanya
Sekali Sekala.

3. Halus : Ibarat Sehelai Sutera, Cantik, Mulus,
Lembut Dan Mudah Tercarik Dan Koyak. Walaupun
Seorang Wanita Memaafkan Seseorang Yang Lain
Atas Sebab Sesalahan, Biasanya Wanita Akan
Ingat Kesalahan Tersebut Untuk Disimpan Jadi
Pengajaran. Bukan Dendam.

4. Ikhlas : Ikhlas Seorang Wanita Tak Perlu Diragui.

5. Korban : Wanita Sanggup Berkorban Apa Saja
Untuk Seseorang Yang Amat Disayangi, Termasuk
Ibu Bapa, Anak-Anak Dan Suami. Wanita Amat
Tabah.

6. Prihatin : Sentiasa Memerhatikan Keadaan
Sekeliling Dalam Diam.

7. Manja : Walaupun Dia Adalah Seorang Wanita
Yang Pandai Berdikari, Naluri Seorang Wanita
Masih Lagi Tetap Seorang Wanita. Suka Bermanja
Bukan Hanya Kepada suami sahaja , Namun Juga Sesama Kaum.

8. Ego : Wanita Yang Terlalu Sayangkan
Kekasihnya Sanggup Menolak Ketepi Egonya
Apabila Bersemuka Dengan Yang Dicintai.

9. Cinta : Cinta Pertama Bagi Wanita Adalah Yang
Paling Dalam Dan Tulus.

10. Nafsu : Nafsu Bukanlah Segala-Galanya Buat
Wanita Kerana Wanita Diciptakan Dengan 9
Nafsu Dan Satu Akal. Nafsu Yang Banyak Dan
Tidak Tertumpu Kepada Satu Saja. Lelaki Pula
Dijadikan Dengan 9 Akal Dan Satu Nafsu. Fungsi
Lelaki Adalah Membimbing Wanita Dan Bukan
Menghanyutkannya.

"Peranan Suami Dalam Kehidupan Wanita
Adalah Sebagai Pelindung Dan Bukan Sebagai
Pemusnah.
Wanita Diciptakan Oleh Allah Swt Dari Tulang
Rusuk Kiri Dan Untuk Dipeluk Dan Dimanja, Bukan
Untuk Dikasari.

Maka suami Haruslah Memahami Hati Dan
Perasaan Wanita""

tanda kiamat

Dari auf b. malik r.a. katanya,rasulullah s.a.w telah bersabda:"aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu
1)penaklukan baitulmuqaddis. "- sahih bukhari~ dah jadi dah...
2) zina bermaharajalela."dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). maka pada zaman mereka inilahkiamat akan datang." - sahih muslim~ dah nampak dah...
3) bermaharajalela alat muzik."pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka".ada yang bertanya kepada rasulullah; "wahai rasulullah bila hal ini terjadi?" baginda menjawab: "apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik)& penyanyi wanita" - ibnu majah~ s'pore idol, malaysian idol, akademi fantasia, anugerah...hm..
4) menghias masjid & membanggakannya."di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalammendirikan masjid" - riwayat nasai.~ memang dah nampak dah...
5) munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik."tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga." - riwayat ahmad dan hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/ayah pasal malu...
6) ramai orang soleh meninggal dunia."tidak akan datang hari kiamat sehingga allah mengambil orang2 yang baik&ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - riwayat ahmad~ boleh kira berapa ja para ulama' yg tinggal...
7) orang yang hina mendapat kedudukan terhormat."di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh luka' bin luka'(orang yang bodoh & hina). maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia" - riwayat thabrani~ george bush, ariel sharon....
8) mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "sesungguhnya diantara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - riwayat ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.diriwayatkan dari abu hurairah r.a. "di antara anda telah hari kiamatialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannyaseperti telanjang".~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) bulan sabit kelihatan besar."di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - riwayat thabrani~ tak caya gi tengok...
11) banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita."pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - sahih muslim~ try baca akhbar2 & majalah yg popular skarang nie...menipu belaka.
12) banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "sesungguhnyasebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksianpalsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -riwayat ahmad~ tengok kes peperangan palestin dan yang jadi kat msia sekarang ni macam2...
13) negara arab menjadi padang rumput & sungai. "tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri arab kembali menjadi padang rumput & sungai" -sahih muslim~ dubai dah turun salji... mina dah kena banjir...

satu penerbangan....

bila kita akan berangkat dari alam ini (dunia) ianya ibarat penerbangan
ke sebuah negara lain iaitu kubur dan akhirat. maklumat tentangnya tidak
terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui al-quran dan al-hadith.

1.penerbangan bukannya melalui gulf air,SIA air,MAS dan sebagainya tetapi
al-jenazah.

2.bekalan kita bukan lagi beg seberat 35 kg, tetapi amalan yang tiada
caj lebihan berat, ianya atas kesudian pencipta
kita.

3.bajunya bukan pierre cardin, dunhill atau setaraf dengannya tetapi
kain
putih cotton.

4.pewanginya bukan channel atau polo,tetapi air mawar dan cendana.

5.pasport kita bukan malaysia , british atau american, tetapi
al-islam.

6.visa kita bukan lagi sekadar setahun, tetapi 'lailahaillallah' .

7.pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi izrail dan lain-lain.

8.layanan dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi
sekadar kain yang diwangikan.

9.destinasi mendarat bukannya klia,kepala batas, singapore airport,bahrin airport atau jeddah
international, tetapi tanah perkuburan.

10.ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi
bilik 7 kaki dalam gelap gelita.

11.pegawai imegresen bukanlah pihak kastam, tetapi adalah munkar dan
nakir. mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang
diidamkan bukan disneyland , paris atau london tetapi samada syurga
atau
neraka.

12. tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

13. lapangan terbang transit adalah al-barzakh.

14.destinasi terakhir samada syurga yang mengalir sungai di bawahnya
atau
neraka jahannam.

15.penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. ianya percuma, jadi
simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

16.penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.
sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan
masalah
alergi atau halal-haram makanan.

17.jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia
berangkat dan tiba tepat pada masanya.

18.jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah
hilang
selera bersuka-ria.

19.jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak
anda
disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

ya! berita baik!!

20.jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. anda adalah
satu-satunya penumpang penerbangan ini oleh itu bergembiralah selagi
boleh!
'sekiranya' anda boleh!

hanya ingat!! penerbangan ini datang tanpa 'amaran' cuma perlu ingat!
nama
anda telah ditempah untuk penerbangan

adakah kita telah bersedia untuk berangkat???

Friday, March 27, 2009

pewakilan negeri kedah

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, March 27, 2009 0 comments
..SiNAr HaRAPAn BUat MAsA DePAn....

buat sahabatku..mabruk diucapkan semoga dirimu sentiasa istiqomah dan berterusan sepanjang kita disini. seterusnya rakan-rkan seperjuangan ku yang lain, sama-sama kita berjuang mempertahan kalam Allah dan menjadi mata rantai perjuangan Rasul dan ingatlah sebagai madah semangat buat kalian yang ana petik dari titisan harapan mantan Roisah PMRAM "perjuangan bukan seperti hamparan permaidani merah tetapi penuh onak dan duri". mereka yang cuba untuk memecah belahkan kita itu tidak akan merasakan kemanisan ukhuwwah sedikit peringatan buat teman-temanku apa yang dirakamkan dalam kitab Agung "berpeganglah pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah". janganlah kita takut dengan cabaran yang akan datang tetapi apa yang perlu kita takut ialah PERPECAHAN ANTARA KITA.!! YA ALLAH SATUKAN HATI-HATI KAMI.

BERIKUT ADALAH GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL.SEJARAH MUKTAMAR PMRAM 2009.gambar-gambar ini khas buat ayah bonda dan keluarga kami di kampung halaman bagi pengubat rindu.kami anak-anak kalian memerlukan doa dan restu buat semangat meneruskan perjalanan yang kami jalani separuh jalan ini. juga doakan kesihatan kami,keselamatan kami,dan juga kejayaan kami di dunia mahupun di akhirat kelak.

AL-FATIHAH buat bayi kecil ALLAHyarhamah adik Raihanah bt Sobri yang telah kembali ke rahmatullah semalam. semoga kita ditempatkan dan dipertemukan tempat yang sama..Amin...

Sunday, March 22, 2009

15 hari dan kenangan..

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, March 22, 2009 1 comments

antara kitab-kitab semasa pengajian kami.

ini pulak timbunan kitab yang dijual...sold out....!

dan ini lah keadaan rumah ana sepanjang pengajian..dari ruang tamu,dapur,tandas,ke bilik belakang..semangat inilah yang kita mahu kan!! sapa kata akhawat xngaji??hihi

sweet girl..
rindunya acik kt
nismah.

dan ini xdak kna mengena dgn pengajian kita....huhu saja ja boh nmpak mcm best ja... mainan nismah ni...(sebab pink kn)hihi

Saturday, March 21, 2009

kita kan wanita....solehah kan? hihi

Posted by UmmuL SyabinaR at Saturday, March 21, 2009 0 comments

RENUNGAN BAGI SEGALA MUSLIMAT

Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang ia sukainya dengan tanpa hisab

Rasulullah SAW bersabda:
Wanita, apabila ia sembahayang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kerhormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

Rasulullah SAW bersabda:
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Rasulullah SAW bersabda:
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan itu aurat maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.

Rasulullah SAW bersabda:
Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.

Rasulullah SAW bersabda:
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkhawinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas khawin).

Rasulullah SAW bersabda:
Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku di dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya maka beristiferlah para malailat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH (perang sabil).

Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari Qiamat, tiada nur baginya

Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia
Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Al-Pattani menulis dalam kitabnya MUHIMMAH
"Derhaka seorang perempuan yang keluar dari rumahnya kepada majlis zikir atau majlis ilmu yan bukan fardu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar ia akan segala fardu ain dan haram atas suaminya menegah isteri jika ia (suami) tidak mampu mengajarnya. Jika ia ada ilmu nescaya wajib atasnya mengajar akan isterinya itu maka ketika itu (suami mampu mengajar isterinya akan fardu ain) haramlah keluar perempuan itu dari rumahnya lagi derhaka ia."

Sunday, March 15, 2009

"MAMA KAMI"

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, March 15, 2009 0 comments
kami barisan anak-anak serta cucu2 dan bakal cucumu mu:
  1. JAMLUS AFFANDI JOHARI & MUDRIKAHNUR..{MUHAMMAD ADAM}
  2. UMMU BALQIS JOHARI & ALIF IZANIL {...hihi}
  3. UMMUL FATHIHAH JOHARI & FAUZI..{...hihi jgk}
  4. MUZZAMIL IKRAM JOHARI & HANIZA..{NUR QISTINA ANISA}
  5. UMMUL SYABINAR JOHARI
  6. MOHD AKMAL HAKIM JOHARI
  7. ATIKAH RAIHANAH AMIR
  8. ALI HASSANI AMIR
  9. ATIKAH ZUHAIRAH AMIR
  10. AISYAH CHU-anak angkat
  11. MOHD ASLAH AB GHANI-anak angkat

terima kasih atas segalanya....kami anak2 mu sangat menyintai mama sepenuh hati kami..mama adalah permata hati kami.maafkan segala silap kami,halalkan segala makan minum kami,doakan semoga anak2mu berkat dalam hidup.

doa kami semoga mama dipanjangkan umur dalam iman..SELAMAT HARI LAHIR YANG KE50 BUAT MAMA KAMI YANG TERCINTA..WE LOVE U SO MUCH...!

Penerang jantungku..

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Semoga timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin.. "

YA RASULULLAH...UHIBBUKA!!

Friday, March 13, 2009

kebun dakwah

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, March 13, 2009 0 comments
jangan putus semangat wahai sahabat2 ku...

pelajaran itu memang nombor satu...
tapi ingatlah..
perjuangan itu bukan nombor dua..

medan dakwah adalah satu amanah..
tanpa kita semua takkan tertegaklah keadilan..
sabarlah wahai hati2..

teruskan usaha kalian..
biarlah omongan kosong yang dilontarkan,
jangan kerana bisikan halus itu buat kita kita goyah,
ingatlah..

kemanisan dakwah pasti dapat dirasai di akhir cerita ini..
sabar..
kerana sabarlah buat kita lebih hebat..

hiasilah kebun dakwah ini..

KERANA CINTA

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, March 13, 2009 2 comments
Murtad kerana Cinta

Kisah yang cukup menarik.. suatu realiti yg perlu kita sedari.. di manakah peranan kita?!.. Moga Islam dapat didaulatkan!

KEMBALIKAN ANAKKU NUR AMANA

Senja menyerakkan warna di u***** barat ketika aku keluar daripada perkarangan penjara, meninggalkannya dengan pandangan sayu yang penuh dengan luka tersayat. Air mataku telah kering untuk menangisi episod hari ini lantaran tragedi semalam yang cukup menyedihkan.

“Sabarlah, Sumaiyah....,” cuma pesanan itu yang diingatkan oleh suamiku sebelum aku melangkah pergi sebentar tadi. Ya, Siti Sumaiyah ini akan terus sabar kerana sabar itulah yang paling baik. Kerana sabar itulah yang terindah.

Biarlah aku menjadi seperti Sumayyah, sahabat Rasullulah s.a.w. yang terus sabar dan teguh disiksa bertubi-tubi. Namun demi dinullah, keimanan terus diipertahankan.

Selepas solat Maghrib, doaku berentet panjang. Air mataku mengalir tanpa henti. Aku sedih. Aku kecewa. Aku benar-benar terasa sedih di bumi fana ini. Tiada lagi kegembiraan yang menguliti. Telah hilang senda gurau Nur Amana, puteri tunggalku. Sudah lenyap bisikan sayang suami tercinta.
Semuanya telah tiada.

Sekelilingku penuh tomahan yang menyakitkan. Disekitarkan saban hari dihidangkan kisah-kisah melukakan.Suamiku pula kini dipenjara. Lengkaplah penderitaan ini. Aku sendiri tanpa dorongan dan semangat yang saban hari ditiupkan dalam rohku.

Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa Allah tidak pernah meniggalkan hamba-Nya sendirian. Ingatanku melayang pada firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha.

“Allah bersumpah demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi, sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan dan membenci hamba-Nya.Kelak, Allah akan memberikan kurnia-Nya dan hatimu pasti akan melindungimu?.

Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu dalam serba kekurangan lalu Dia mencukupkan”.

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah.

Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu...

Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita yang bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh. “Emm... positif! Memang Puan mengandung...,” dia tersenyum memandangku.
“Iyakah?,” Aku seperti tidak percaya.

Dia mengangguk. “Tahniah! Inai masih merah lagi...memang mahu anak awal?”, tanyanya.

Aku angguk. “Tentu husband Puan gembira, sampaikan ucapan tahniah saya padanya,” katanya sebelum aku meninggalkannya.

Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. “Macammana?,” Tanyanya.

“Abang nak atau tidak?”.

“Mestilah nak!”.

“Kalau Abang nak... adalah!”.

Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku.Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan segala-galanya.

“Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,”.

Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku teringat isteri Imran sewaktu mengandungkan Siti Maryam, wanita suci, ibu Nabi Isa a.s. yang diberi kelebihan melahirkan anak tanpa bapa.

Isteri Imran menazarkan anak dalam kandungannya menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah melahirkan seorang puteri, dia berdoa lagi semoga anak-anaknya diberi perlindungan daripada syaitan yang terkutuk.

Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu, hari-hari kubisikkan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan
harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan.

Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati.Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji.Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul.

Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara.Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang mengandungkan. Dan syukurku melimpah kerana ibarat dianugerahkan puteri seorang bidadari dari syurga.

Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cermelang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun, demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.

Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang.Kerabu pucuk paku dan ikan bakar sering membuatkanku menitiskan air mata. Lauk itulah kegemaran Nur Amana.

Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga. Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.

Seperti suamiku, aku tidak membantah. “Di sana terlalu banyak fitnah, Ma...,” beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu.

“Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Alah yang memegang syariat-Nya,” Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tahu
tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.

Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini. Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa?. Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar?. Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya.

Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang
menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi, mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi, tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis.Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman.

Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya.

Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak.

Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. “Saya mencintai Adam...pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...,” dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya.

Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku. Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit. Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa “cuma setakat ini saja hubungan kita”. Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.

uamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain,akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu,cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki janabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal!

Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat.

Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya.

“Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!”. Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, menggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya.

Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan “Allahu Akbar” dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat.
“Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!’.

Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.

Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. “Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!,”

Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya.

Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara. Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.

Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak. Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk. Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur
lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap... pulanglah anakku, Nur Amana!.

Aduhai, kisah natrah berulang kembali...agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.

Sampai bila perkara ini akan berakhir.....betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti nur amana. apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM, apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini....? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita.... sedarlah.....

Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.......
MALAYSIA khasnya....

PESAN BUAT HATI

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, March 13, 2009 0 comments

WAHAI MUSLIMAH….
Diam adalah emas...
Sahabat, sering kita mendengar ungkapan tersebut. Namun diam seperti apakah yang akan
menjadi emas? Tentu bukan diam kerana tidak tahu, diam kerana lemah, diam kerana
pasrah, atau diam kerana menyerah kalah. Menjadi muslimah diam? Diam apakah yang akan
menjadikan seorang muslimah unggul yang dijadikan sebagai figure / idola dambaan umat?
1. Dewasa.
Seorang muslimah dituntut untuk dewasa. Bukan hanya dewasa dari segi fisikal atau usia,
tetapi dituntut untuk dapat dewasa atau matang dalam sikap dan perbuatan. Seorang ibu
dituntut untuk bersikap dewasa dihadapan anak-anak dan keluarganya. Jika seorang
muslimah tidak dapat bersikap dewasa, maka ia akan tidak sabar dengan pertanyaan-
pertanyaan anak-anaknya, juga dia tidak akan sabar dengan permasalahan-permasalahan
yang dihadapinya.
Memang, setiap individu memiliki sisi keanak-anakkan dalam dirinya. Tidak mengapa, jika
usia seseorang masih terbilang muda, atau remaja, tapi fikirannya dewasa, sebaliknya, tak
elok jika seseorang yang sudah dewasa dari segi umur, namun sifatnya masih sangat
keanak-anakkan. Seorang muslimah pun dituntut selalu berfikiran jernih di setiap
keadaan. Semua itu boleh diraih bila muslimah bersikap dewasa.
2. Inovatif
Seorang muslimah dituntut untuk inovatif, selalu mempunyai gagasan dan ide-ide baru
hingga segala sesuatu tidak terkesan monoton dan membosankan. Contoh, jika seorang ibu
rumahtangga terus-terusan memasak masakan yang sama, tanpa ada inovasi-inovasi, tentu
akan membuat anggota keluarganya bosan. Atau susunan interior bilik tidur yang sama
selama bertahun-tahun, tentu akan membuat kita bosan.
Cuba, jika kepala kita sedang penuh bermasalah, lalu kita ubah interior bilik kita, buang
atau simpan barang-barang yang sudah tidak kita perlukan. InsyaAllah, suasana baru akan
membantu menyegarkan fikiran kita. Atau juga, jika kita memiliki beberapa pakaian lama
yang masih elok, kita boleh memperbaharuinya dengan menambah atau memvariasikannya
dengan baju-baju lain atau dengan beberapa aksesoris, sehingga terkesan baru. Akan
banyak perkara-perkara baru yang tercipta yang akan membuat perubahan dalam hidup
kita jika selalu berfikiran inovatif.
3. Alami
Bersikaplah wajar, bersahaja ( natural ), tidak dibuat-buat. Berperilaku wajar dan
bersahaja ( natural ) tidak dibuat-buat. Berdandan wajar, bersahaja ( natural ) tidak
terlalu marak. Kerana kadang segala sesuatu yang berlebihan malah membuat sesuatu jadi
tidak enak dipandang. Segala sesuatu yang bersahaja ( natural ) tidak akan pernah lekang
ditelan zaman. Biarkan segala sesuatu berjalan apa adanya, sesuai kehendak Allah.
4. Menyejukkan
Seorang muslimah haruslah jadi penyejuk bagi suami dan juga keluarganya. Seperti yang
dilakukan Bunda Khadijah saat Rasulullah SAW ketika beliau mendapat wahyu pertama.
Siti Khadijah menenangkan beliau. Siti Khadijah juga yang setia mendampingi Rasulullah
SAW dalam setiap langkahnya. Seorang isteri haruslah dapat menjadi penyejuk dalam
setiap langkah suaminya, penerang dalam gelapnya.
Seorang muslimah harus dapat jadi penyejuk di tengah lingkungannya, jangan sampai jadi
pemanas suasana. Ramai wanita yang menghabiskan waktunya untuk bergosip, membuat
suasana menjadi panas. Seorang isteri harus dengan sabar mendampingi suaminya, kerana
banyak rumahtangga yang suasananya menjadi panas, hanya kerana si isteri menuntut
terlalu banyak dari suaminya. Sudah banyak diriwayatkan, bahawa sebaghaian besar
pengisi neraka adalah wanita. Na'udzubillahi min dzalik.
Seorang ibu juga harus selalu menjadi penyejuk bagi anak-anaknya, menjadi pendengar
yang setia dari setiap keluhan yang diceritakan anak-anaknya, dengan memberi tausiah-
tausiah yang menyejukkan kalbu. Subhanallah, alangkah indahnya jika seorang muslimah
dapat menjadi penyejuk pandangan setiap insan, terutama keluarganya. Dimana ia menjadi
tempat yang dicari setiap orang untuk berteduh dari lelahnya, yang akan selalu siap
menyambut mereka dengan senyuman yang tulus dan kata-katanya bagaikan embun di
tengah gersang.
Ukhti muslimah, Saat ini kita terlalu lelah dengan berbagai keadaan yang sering tidak
menentu. Maka jadilah antunna sebagai figure dambaan umat, yang dengan DIAM, antunna
menjadi muslimah yang selalu dirindukan setiap orang.
Wallahualam..

Tuesday, March 10, 2009

"LUKA DIA LUKA AKU"

Posted by UmmuL SyabinaR at Tuesday, March 10, 2009 0 comments
RINTAHAN AIRMATA HATIKU..

Di saat jantungku berdegup,
Terpautnya aku dan dia,
Namun mengapa wujudnya
insan yang cuba menodai?
meragut dengan rakus,
umpama merampas dan mencabut nyawaku.

Di saat aku disisi dia,
kenal erti pengajian,
Tahu istilah perjuangan,
Bisa berhujah dengan penuh keyakinan,
Di bawah satu naugan,
Dibawah satu kesatuan,
Saling menjaga dan memelihara,
Saling memberi dan menerima.

Kini..
Ada serangga sangat berbisa,
Hinggap di badannya,
Cuba menggigit dan menyedut,
Tanpa kerelaan,
Lemah dan semakin lelah,
Tanpa rasa bersalah,
Hati ini turut meraung sakitnya.

Tatkala lukanya itu kian berdarah,
Kucuba balut dan merawatnya,
kuhembuskan udara penawar
dari tangki oksigenku,
Kubebat luka itu.

Wahai sahabatku,
Jangan pernah biarkan ianya terluka,
Jangan pernah kenal erti putus asa,
Bangunlah!
Bersemangatlah!
Dongakkan kepalamu,
Angkatlah senjata ilmu,
Ayuhlah!
Bantulah!
kerana luka PMRAM,
adalah luka kita.

nukilan:SyifauLqhalbie

Thursday, March 5, 2009

anak malaysia boleh jadi macam ni tak?

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, March 05, 2009 3 comments
bila tgk youtube terjumpa pulak video ni...comel pulak..huhu apa2 pun sama2 kita amik apa yang baik...

~PeSaN AtUK~

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, March 05, 2009 0 comments

.....PESAN ATUK...

Disuatu saat dahulu...
aku dan atuk sering bersama....
Dimana saat itu Al-Quran dan rehal menjadi saksi..
Atuk dengan gigihnya membongkar khazanah isi kalam Tuhan..
Ditepi pantai teratak dibina..
Bertemankan ombak berderu garang..
Suara angin dicelah cengkerang..
beralun serentak alunan merdu..
Menembusi ruang telinga...
Sungguh indah...

Atuk berpesan padaku sesuatu disana..
kejar cinta Sang Pencipta..
Kejar kasih Yang Maha ESa..
Jadilah seperti rehal dan cengkerang..
Aku tidak mengerti maksud yang tersirat..
Ku mencari...
Terus mencari...

Lalu...
Atuk berpesan padaku ketika itu..
Dengan berbekalkan sumber utama..
Jadilah seperti Sang rehal..
Tercipta untuk menjunjung kitab agung..
Carilah Sang cengkerang didasar lautan..
Semakin sukar untuk mendapatkannya..
Biarpun pedih tatkala disentuh..
Namun cantik di pandang mata..
Indah bersemi disudut hati..
Begitulah ibarat mencari cinta Hakiki...
Cinta kekal abadi...

nukilan:SyifauLqhalbie(kelap siri ke2)

ana bukanlah orang yang selayaknya untuk melakar puisi atau sajak..inilah puisi ana yang julung kali nya,,,bukanlah tidak berminat tetapi merasakan diri perlu banyak latihan..dengan rasa tanggungjawab ana rasa terpanggil kerana medan ini adalah satu uslub dakwah..ana perlu sertai nya..bermula langkah pertama..perlu 1001 langkah..akan kucuba yang terbaik.."melakar dakwah di hujung pena" moga kita sama-sama merealisasikannya...

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal