Thursday, May 28, 2009

bahagiaku bahagia mereka

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, May 28, 2009 2 comments
assalamualaikum...salam imtihan buat semua..tima kasih kerana masih sudi menjenguk blog ana yang xseberapa ini..sekadar ingin berkongsi bahagia yang berbunga di hati ana ini..huhu dan juga bahagia mereka yang dijemput oleh ALLAH untuk beribadah di Mekah...alhamdulillah kurang dari 12jam..mama ku yang tersayang dan abah serta adik perempuan ana bakalan tiba di ardil kinanah ini..debaran dan nadi yang berdenyut ini kian rancak yang menandakan diri ini tidak sabar untuk bertemu setelah hampir setahun tidak bersua...sementara itu.....study ana??? alamak....xleh nk tumpu laa..(hihi..iklan sunsilk) asal buka nihayatu sul je...teringat muka mama..xleh jadi ni...kena bersungguh2..jgn memain...!

mama yang dijangka akan tiba pada esok pagi jam 0600am di terminal 1..airport cairo..

kepada kanda2ku sekalian..terutamanya adinda kecilku yang sangat manis ini...(gambar)jgn sedih2...ada rezeki insyaAllah tahun depan kita pergi umrah sama2..(doa ni..) mudah2an Allah limpahkan rezeki yang berlipat ganda untuk keluarga kita..dan berikan ketenangan serta keberkatan untuk famili kita...amin..

kepada adik...pesan kak sya ni...rajin2 belajar..exam upsr dah dekat ni..kalau sekarang dah rajin dan pandai lagi pintar,nanti boleh jadi doktor..so kena usaha dari sekarang..jgn asyik main ja..ok jaga diri baik2..

Sunday, May 24, 2009

..::sekadar ingin bercerita::..

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, May 24, 2009 1 comments
..::pagi subuh dan ana::..
pagi ini ana macam biasa la..siap2 nak solat subuh kat bawah..jam menunjukkan tepat pukul 4.35pagi. tetapi kenapa surau kelihatan gelap?dengan rasa berani yang dibuat2 ana tanamkan dalam diri ana ketika itu,dengan pergerakkan yang agak lambat lampu dipetik satu demi satu..seusai solat sunat dan membaca al-quran masih tiada orang yang turun ke bawah..ana begitu kehairanan..adakah ana terbgn awal atau terlepas solat subuh?ana cepat2 membuka pintu untuk melihat keadaan langit diluar surau(padahal ade je jam kt situ) ternyata mentari cuba menonjolkan dirinya disebalik kelam itu..ana mengambil keputusan untuk solat seorang sahaja...tidak lama selepas itu...masih tiada orang yang turun..ana mula membelek kitab yang akan exam pada pukul 9.30pagi ini. tiba2 je terfikir yang bukan2..hantu lah..lembaga lah..entah apa2 la..huhu tanpa tidak mempedulikan perasaan ana ketika itu kalimah dalam kitab tersebut ana hafaz dengan tekun dan kuat(konon2 boleh hilang takut sikit..penakut betul..) pada muka surat ke 65,bacaan ana terhenti dengan bunyi kelibat yang memelikkan..ana mula mendengar dengan betul bunyi itu datang dari mana..adoiyai...bunyi lif rupanya..memeranjatkan..setelah lebih kurang satu jam penantian ana yang tiada kesudahan itu memberontak untuk menekan interkom akhawat dan bertanya kejadian pelik ini..ternyata tiada muazin yang mengalunkan azan seperti biasa..maklumlah musim imtihan ni..masing2 berjaga malam untuk mentelaah kitab yang tebal dan bertimbun itu..ana dengan rasa memahami itu berhayun kaki dan tangan untuk pulang ke rumah ana..
..::imtihan yang agak meletihkan::..
ana dan kawan2 dalam perjalanan untuk ke jamia'h imtihan qoah bahas fiqh..ana pada ketika ini hanya memandang manusia yang begitu ramai dalam kawasan jamia'h azhar banat ini. tiba2 hati ana terdetik..."alhamdulillah ya ALLAH..telah memilih aku ikut serta mengambil peperiksaan disini.." mata ana cuba untuk mencari sesuatu..mungkin letih seharian menghadap kitab sahaja..dan hanya tidur 2jam menyebabkan fikiran ana agak terganggu..jadi ana mengambil keputusan untuk "menjamu mata"..hehe pandang kanan budak indon,pandang kiri budak thailand,pandang depan budak turki,pandang belakang..masyaallah...ramainyee....huuhu semuanya sibuk menghafaz dan menghabiskan masa2 yang berbaki sebelum mata pena menghiasi kertas yang kosong....
ana.....? hanya memandang kesana dan kesini... ana cuba untuk bertenang untuk seketika waktu..fikirkan benda yang positif..kemudiam helaian demi helaian dibuka untuk kali terakhirnya..."faiza azamta fatawakkal alallah" SAYA PASTI BOLEH...!

hmm....agak2 ni ape?
surat?
resit?
jadual ke?
ke iklan nii.....?
macam nota je nih,....?
salah semuanye...ini adalah KERTAS SOALAN PEPERIkSAAN SAYA..harap maklum.
YA Allah..sukarnye nak baca tulisan pensyarah ni..ana berkali2 panggil ablah(pengawas exam) untuk membacakan soalan..ana pun taktahu apa yang dijawab tak sampai 2jam pun..dah selesai jawab..(masa diberi 3jam) hanya TIGA SOALAN SAHAJA..tak ke pening ana ni...dah tak tahu nak buat apa tiba2 pulak teringatkan ustaz nazril..jangan fikir bukan2 pulak..ustaz nazril lah yang ajar kami subjek ni.. beliau siap warning lagi..mesti lulus..! insyaallah...doakan kami ye ustaz..kami dah usaha sehabis mungkin tuk subjek ni..mudah2an kejayaan milik kami..amin ya rabb..dah settle jawab pegi makan kat cafe dengan roomate..kemudian dah sampai rumah terus telefon mama minta mama doakan...tak sabar nya nak tunggu mama sampai..hihi mama cakap adik bongsu menangis sebab tak bawa dia..setelah diberi basikal diam terus..macam budak2 je...(memang budak2 pun...huhu) jangan sedih2 adik....nanti kita pi mekah dua na...alamak..rindu nak balik rumah pulak..bila tengok gambar dalam hp ni tetiba rasa nak balik sekarang jugak...hihi

oklah sahabat semua...doakan ana dimudahkan segalanya..dan berjaya dalam imtihan..mata dah letih..maafkan andai ana salah..sama2 kita menjaga kesihatan dan jangan ada yang sakit sepanjang musim peperiksaan ini..sedikit renungan kita bersama : "PASTIKAN KITA ADA TUJUAN BARU NAMPAK JALAN NAK DITUJU..." sekian..

Tuesday, May 19, 2009

..WhY hIJaB??..

Posted by UmmuL SyabinaR at Tuesday, May 19, 2009 0 comments

...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..

“saya dah letih…”
“letih sebab apa?”
Dengan semua orang yang bercakap tentang saya
Siapa? macam perempuan itu…setiap kali saya dengannya,dia suruh saya pakai tudung..
Ooh itu perkara biasa..tudung selalu menjadi topic utama
Memangla…saya pun selalu mendengar tentangnya…
Lagipun,kan elok kalau awak pakai tudung..
Siapa kata?ianya ada disebut dalan quaran kan?ya..dia pun ada kata begitu..
Dia kata dalam surah An-nur dan juga surah-surah lain
Ya tapi itu bukanlah dosa besar,Bantu apa yang mereka mahu lebih penting..
Betul…tapi setiap dosa besar bermula dari dosa kecil..
Memanglah…apa yang kita pakai tu tak penting..yang pentingnya adalah memiliki hati yang ikhlas dan suci..
Habis tu,kenapa awak habiskan masa setiap pagi untuk bersolek? Awak habiskan banyak wang untuk alat solek itu tak termasuk belanja terapi rambut dan diet awak
Tapi saya tak suka pakai tudung ia merampas kebebasan saya
Habis tu losyen dan alat solek buat awak bebas ke? Beritahu saya,apa makna kebebasan bagi awak?kebebasan adalah melakukan apa saja yang kita suka
Salah….kebebasan adalah melakukan perkara yang baik tanpa perlu bimbangkan orang lain nak kata apa,,
Awak dengar sini..saya lihat ramai yang tak pakai tudung dan mereka tu baik..dan ramai yang pakai tudung tapi mereka tu jahat
Habis tu…?kalau yang baik dengan awak tu kaki botol adakah itu bermakna awak akan jadi kaki botol juga?saya taknak jadi fanatic..saya dah ok dan tak perlu pakai benda ni..
Maknanya awak fanatik pada secular dan ekstremis yang ingkar perintah tuhan
Awak tak faham!kalau saya pakai tudung..siapa yang nak kawin dengan saya?habis tu,orang yang pakai tudung tak pernah kahwin lah?ok,jika saya kahwin dan suami saya taksuka saya pakai tudung dan dia tak mahu saya pakai tudung..?lelaki yang tidak patuh perintah agama tidak patut dikahwini..
Habis siapa nak ambil saya bekerja?tentulah syarikat yang hormat pada pekerja mereka seadanya..
Tapi tak selepas 11 september(kemusnahan wtc)
Tentulah selepas 11 september..ramai wanita islam yang bekerja yang bekerja di hospital dan dunia korporat dan mereka memakai tudung
Kenapa awak nak berkira sangat hal agama yang hanya melibatkan secebis pakaian ni??
Kenapa awak perlecehkan wanita hanya kerana kasut tinggi dan warna lipstick mereka?kamu tak jawab soalan saya..
Saya dah jawab..tudung bukan setakat sehelai pakaian ia adalah perintah..ia telah ditentukan dan wajib dipatuhi untuk setiap wanita tapi,baju pendek dan seluar ketat awak tu….
Itu fesyen lah..! kenyataannya,tudung adalah pakaian yang diperkenalkan oleh lelaki yang mahu mengawal wanita..
Bagaimana pula dengan wanita yang melawan suami mereka kerana ingin memakai tudung? Dan wanita serta rakan mereka dipaksa menanggalkan tudung mereka oleh lelaki?apa yang awak nak kata tentang tu?orang yang suruh awak pakai tudung tu bukan wanita kan?
Betul….tapi…
Tapi fesyen yang direka dan dipromosi oleh syarikat yang dikuasai lelaki buat awak bebas ke?betul ke lelaki tidak pernah mengawal dan menggunakan wanita sebagai komoditi?sudah la tu………….
Jap,saya belum habis cakap lagi..
Awak nak cakap apa? Awak nak cakap lelaki kawal wanita dengan gunakan tudung?
Ya…
Secara spesifik,bagaimana?
Dengan beritahu kita macam mana dan apa yang perlu dipakai
Tidakkah tv,filem,majalah, beritahu awak apa yang perlu dipakai dan bagaimana nak cantik? Bukan kah itu mengawal nama nya?pengaruh awak untuk pakai apa yang mereka mahu awak pakai..mereka bukan sahaja menguasai awak..tapi mengusai pasaran juga..
Apa maksud awak?
Maksud saya mereka yang mencipta majalah itu mahu lihat awak kurus kering dan anorexia macam wanita kat muka depan majalah tu..
Saya tak faham..apa pulak kaitan tudung dengan produk?
Ianya ada kena-mengena..kamu tak perasan ke? Hijab adalah ancaman kepada konsumerisme..wanita berhabis berbilion ringgit untuk kelihatan kurus kering dan hidup dalam standard fesyen yang direka oleh manusia..dam ISLAM muncul untuk beritahu..luaran itu tidak penting sebaliknya,utamakan dalaman diri kita..jangan peduli tentang apa yang manusia kata tentang penampilan kita..
Sudah lah……..saya tak mahu pakai tudung..ianya tak sesuai langsung dalam kehidupan hari ini..baiklah..saya tak boleh lakukan..

“DAN RUGILAH MEREKA YANG MENGOTORKAN(JIWANYANYA)”
Al-quran 91 : 10

janganlah hidup dengan banyak alasan..tetapi hiduplah atas satu landasan....renungkanlah duhai saudara wanitaku sekalian..saya mohon..janganlah jadi wanita yang terlalu meminta2 hak pada bukan tempatnya..love u all my sis's..kerana Allah.

Friday, May 15, 2009

:: TERIMA KASIH CIKGU..!! ::

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, May 15, 2009 0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

TEMA HARI GURU MALAYSIA..
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negaraKami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa

Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa

Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

sumber : laman rasmi hari guru 2009

ana mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru2 yang pernah mendidik dan mengajar ana sejak ana tadika hingga lah sekarang..dengan doaku :

Ya Allah ,
Tuhan Semesta Alam Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru pada pagi yang berbahagia ini. Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah, mengharapkan rahmat dankeredhaan-Mu semata-mata .Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya.Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,bangsa dan negara yang tercinta

.اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْ
نَ
dipetik dari : doa cikgu taufiq

Oh zinniRah....

sekadar hiasan

ZINIRAH adalah wanita Rom yang ditawan dan dibawa ke kota Mekah bagi dijual sebagai hamba. Ada beberapa wanita dan lelaki berdiri di samping Zinirah ketika dilelong kepada bangsawan Quraisy.Mereka mengerumuni kawasan jualan hamba bagi mencari lelaki dan wanita yang terbaik bagi dijadikan hamba di rumah mereka."Wanita Rom ini kuat dan boleh melakukan apa sahaja pekerjaan di rumah tuan. Lihat badannya yang tegap dan tinggi," penjual hamba cuba memancing pembeli dengan kata-kata positif mengenai diri Zinirah."Jual dia kepada saya. Ini wangnya!" tiba-tiba Umar al-Khattab bersuara, lalu menyerahkan sejumlah wang kepada penjual hamba."Ikut saya!" perintah Umar al-Khattab kepada Zinirah yang sudah dibukakan ikatan tangan dan kakinya."Baik tuan," balas Zinirah lalu mengekori Umar al-Khattab balik ke rumahnya.Setiap hari, Zinirah melakukan pekerjaan di rumah tuannya dengan tekun dan rajin. Oleh kerana ajaran agama Islam menyatakan semua manusia itu setaraf, beberapa orang hamba memeluk agama Islam.Zinirah menerima ajaran Islam dengan sepenuh hati. Beliau melakukan kewajipan sebagai seorang Islam ketika Umar al-Khattab berada di luar rumah dan ketika tuannya tidur pada waktu malam.Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang yang benci kepada Islam sebelum dia memeluk agama Islam. Dia akan menghukum sesiapa sahaja yang memeluk Islam dengan harapan mereka meninggalkan agama Islam.Zinirah tahu tuannya akan menghukumnya sekiranya rahsianya terbongkar. Walaupun Zinirah kelihatan lembut daripada segi penampilannya, tetapi jiwanya tabah. Beliau sanggup menghadapi apa sahaja hukuman yang diberikan oleh Umar al-Khattab sekiranya rahsianya terbongkar."Tahukah kamu bahawa Zinirah sudah memeluk Islam secara sembunyi?" kata salah seorang bangsawan Quraisy kepada Umar al-Khattab yang sedang berjalan pulang ke arah rumahnya."Apa?" Hamba saya sudah memeluk Islam? Saya akan pastikan dia mendapat hukuman yang setimpal sehingga dia kembali ke agama kita!" Umar al-Khattab marah mendengar kata-kata bangsawan Quraisy itu.Umar al-Khattab berjalan pantas dengan hati yang marah. Dia menolak daun pintunya dengan kasar sehingga kedengaran bunyi kuat pintu itu apabila menghentam dinding rumahnya. Dia mencari Zinirah yang kelihatan sedang berdoa di dalam biliknya."Saya memang sudah syak kamu sudah memeluk Islam kerana ada perubahan dalam diri kamu sejak kebelakangan ini," Umar al-Khattab terus menengking Zinirah dengan suara yang kasar."Berani kamu memeluk agama Islam walaupun tahu hukuman berat menanti kamu!" Umar al-Khattab memukul badan Zinirah dengan dua belah tangannya sehingga Zinirah rebah menyembah tanah."Tinggalkan agama Islam jika kamu mahu hidup lagi!" Umar al-Khattab terus menyeksa Zinirah supaya meninggalkan agama Islam."Allah! Allah! Allah!" jawab Zinirah dalam kesakitan.Api kemarahan Umar al-Khattab memuncak apabila mendengar jawapan Zinirah. Matanya merah. Dia mengambil tali cemeti dan meneruskan seksaan ke atas Zinirah.Dia menyebat badan Zinirah berulang-kali tanpa perasaan belas kasihan sehingga pakaiannya dibasahi darah. Akhirnya, Umar al-Khattab menghentikan seksaannya apabila Zinirah jatuh pengsan.Apabila Zinirah tersedar daripada pengsan, hukuman yang sama diulangi ke atasnya. Hati Umar al-Khattab tidak puasa selagi Zinirah tidak kembali ke agama nenek moyangnya. Walaupun pelbagai seksaan dikenakan ke atas Zinirah, hatinya semakin tabah menghadapinya kerana cintanya yang menalam pada agama Islam dan Allah."Ini sahaja cara bagi memaksa kamu meninggalkan agama Islam!" ugur Umar al-Khattab yang mula mengikat tangan Zinirah menariknya ke padang pasir pada suatu pagi."Kamu akan dijemur di sini sehingga kamu meninggalkan agama Islam!" sambung Umar al-Khattab yang mengikat badan Zinirah pada bongkah batu yang dibakar oleh panas matahari yang terik.Keperitan dan bahang matahari yang membakar tubuh Zinirah tidak meruntuhkan imannya kepada Allah. Tubuhnya semakin lemah kerana menahan kesakitan tetapi hatinya masih yakin Allah sahaja yang dapat membantunya."Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak berhenti-henti menyebut nama Allah sebagai penawar segala keperitan yang sedang dialaminya."Kamu masih mahu berpegang pada agama Islam?" tanya Umar al-Khattab yang memegang dua batang besi panas di hadapan muka Zinirah.Mendengar jawapan Zinirah, Umar terus mencucuk mata Zinirah dengan besi panas. "Allah! Allah! Allah!" mulut Zinirah tidak menjawab soalan Umar al-Khattab.Kini mata Zinirah sudah buta dan dunia sekitarnya menjadi gelap. Mulutnya masih kumat kamit mengungkap nama Allah walaupun kesakitan akibat cucukan besi panas itu masih terasa. Umar al-Khattab mengundang beberapa orang bangsawan Quraisy bagi melihat keadaan Zinirah yang masih mempertahankan agama Islam walaupun badanya sudah terkulai tidak bermaya dan buta matanya."Hanya Allah sahaja yang dapat membuat mata saya melihat kembali kerana Allah adalah pencipta semua makhluk." Zinirah cuba menyedarkan Umar al-Khattab dan bangsawan Quraisy tentang kuasa Allah.Kata-kata Zinirah membuatkan api kemarahan Umar al-Khattab semakin meledak lalu disebat Zinirah bertubi-tubi. Berdesing bunyi cemeti memecah udara padang pasir. Mulut Zinirah hanya mengucapkan "Allah! Allah! Allah" tanpa henti menahan kesakitan akibat sebatan tali cemeti yang singgah ke atas badannya."Kamu akan hidup sengsara kerana tidak dapat melihat lagi. Puas hati aku sekarang," kata Umar al-Khattab. Dia mengajak bangsawan Quraisy meninggalkan Zinirah yang terbaring tidak bermaya dengan pakaiannya dibasahi darah.Kisah seksaan Zinirah akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq dan beliau bergegas ke tempat Zinirah diseksa untuk membelinya dari Umar al-Khattab.Dia menyerahkan sejumlah wang bagi menebus dan menyelamatkan Zinirah daripada tangan Umar al-Khattab. Maka terlepaslah Zinirah daripada seksaan musuh Islam dan dia hidup gembira bersama tuan barunya yang beragama Islam. Zinirah yang teguh dan yakin dengan keimanan kepada Allah dapat melihat kembali dengan izin Allah tidak lama selepas kejadian itu.

..::cuba belajar::..

…Belajarlah..
Nukilan ringkas dari insan kecil
Luahan dan perkongsian insan kerdil
pernah diamanahkan tanggungjawab yang besar
dalam membawa sebuah gerakan islam
Bersama-samanya sahabat2 yang hebat
dalam satu saf pimpinan yang mantap
menyambung rantai sebuah perjuangan
mendaulatkan syariat islam asas tujuan
untuk diteruskan generasi depan
hingga datang hari kebangkitan…
AKU BELAJAR JADI PEMIMPIN
Belajar jadi pemimpin…bermakna belajar jadi seorang hamba dan khalifah
Belajar…taat pada Yang Maha Berkuasa
Belajar…mentadbir mengurus alam semesta
Belajar jadi pemimpin…bererti belajar seni dan sains
Belajar…dekati orang
Belajar…sayangi orang
Belajar…menolong orang
Belajar…mengutamakn orang
Terkadang belajar…berkorban untuk kebaikan orang
Belajar…faham orang demi mempertahankan perkara orang
Belajar membaca budaya orang untuk membuatkan orang lain senang
Belajar membaca gerak orang
Belajar luka..untuk mengubati orang
Belajar membaca kurang senang orang
Belajar menjadi air…untuk memadam api kemarahan orang
Belajar jadi bara…masakkan makanan orang
Aku belajar mengaku salah demi selamatkan orang
Belajar berjuang walaupun digelar penentang
Belajar jadi pesalah walaupun sebenar dipersalahkan
Belajar jadi juara walaupun terbuang
Belajar menerima tewas digelanggang..untuk orang lain merasa menang
Belajar erti hilang…agar menghargai yang dipegang
Belajar menjadi narawastu kembang mewangi walaupun ditanah gersang
Aku belajar untuk tidak dikenang..tapi jasa tetap tertunjang
Belajar jadi bintang walau kecil tetap terbilang
Belajar jadi bulan menyinar diwaktu kegelapan malam
Belajar kenal susah pendorong untuk beribadah
Belajar jadi jundi disiang hari
Belajar jadi abib dimalam hari
Aku belajar untuk jadi pelbagai jenis orang untuk sesuai semua orang
Belajar jadi ayah…untuk anak2 yang tersayang
Belajar jadi abang…untuk melindungi adik2 dalam kematangan
Belajar jadi adik…untuk sedia dididik
Belajar jadi teman…tempat luahan perasaan
Belajar jadi kawan…untuk berkongsi riang
Aku belajar kenal Allah untuk cinta tidak berubah
Mari belajar kenal mati agar senang untuk berbakti
Belajar jadi kuli..agar tahu nilai budi
Belajar jadi perantau..agar kenal intan berkilau
Belajar jadi hamba..agar tahu Tuhan yang dipuja
Belajar jadi pelopor bukan pengekor
Jangan sampai tak kenal muar
Jangan sampai tak mampu berbicara
Jangan mengangguk seperti tiada
Kerna hidup bukan sekadar di buana
Pasti dijemput menghadap Yang Maha Berkuasa
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
Buat teman seangkatan yang dikasihi Allah lagi disayangi Nabi SAW
Guru dalam mengajarku sebuah pegalaman baru
Murid-murid buat ku mendidik dan membentuk kenangan dulu
Terima kasih ku ucapkan buat kalian semua
Mohon maaf salah dan silap sepanjang kita bersama
Tiada ungkapan mampu ku lafazkan
Tanda syukur kepada pemilik sekalian alam
Mencantumkan kita dalam sebuah perkenalan
Dalam membina ukhwahfillah sebuah perjuangan
Moga diketemukan ditempat yang tenang
Syurga Firdaus dihari pembalasan
Beginilah bahasanya
Bila seorang ydp berbicara
Ayatnya sejuk tapi penuh membara
Beginilah bunyinya
Bila seorang bakal guru menyusun kata
Ayatnya lembut tapi penuh berbisa
Ikhlas dariku yang sentiasa mengingati kalian semua...

ana copy paste je ni..dari blog org..kata2 nya best...moga dapat sedikit pengajaran...

Thursday, May 14, 2009

...AHLAN ABAH,MAMA DAN ANAK2...

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, May 14, 2009 0 comments

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS..SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN DAN MELICINKAN LAGI AMANAH YANG DIPIKUL..AMIN
kehadiran kalian bisa membuatkan rindu kami pada keluarga dikampung terubat..alfu syukran..
gambar dipetik dari:mymkkk.org

Sunday, May 10, 2009

...:::SELAMAT HARI IBU SEDUNIA:::..

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, May 10, 2009 0 comments

~mama~ibu~ummi~mak~nai~uma~aama~umma~nai~mom~mummy~
mother~nyak~emak~

Warkah buat ibu
Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....

itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....

mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
Pastu mak jemur karpet-karpet...
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital....
.tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju.....
mak memang degil...tak salah,
anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula...kalau tak cukup,
mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai.....
mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar kelinn naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan...ampon kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999 Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....
terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...
baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...

makk...
anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...
Mak.....

Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter..
.Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...

Mak tau tak...
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...r
asa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih.
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

kami sayang ibu kami.....

mama..SELAMAT HARI IBU.. dari anakmu yang jauh diperantauan..tetapi dekat dihati..sya sayang mama..!

Friday, May 1, 2009

...HaGaH iMtiHaN...

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, May 01, 2009 0 comments

hagah imtihan (hadiah sempena peperiksaan)

sempena nak imtihan ni...mengingati akan kawan2 adalah sangat dituntut apabila anda berada dan berpijak atas bumi mesir..tidak kiralah samada yang berada di mana2. ada setengah pihak berfikiran begini....

"alahhhh.....watpe la nak bagi hadiah2 nii..depa bukan penah bg apa2 kat aku ponn.."

"ishh...mcm budak2la hadiah2 nii..tak matang langsung..!"
"aku tunggu ja orang bg hadiah kat aku..aku xpayah bagi pun xpa..."

"takda masa nk fikir hadiah time nk exam nii...lantak hampa lah..!"

"apa yang penting aku study la...hampa nk watpa hampa watla..aku xmau masuk campur..."

"eleh...kalo bg hadiah pun boleh skor ka exam... hah?"

"aku pun xpenah beli hadiah kt diri sendiri inikan pula nk bg org..."

"dia tak penah langsung nak bersembang dgn aku..nak bg watpa..?perabis duit aku jaaa.."

ada setengah berfikiran macam ni...

"nabi kan ajar umat nya saling berbagi..."

"manatau hadiah aku ni dapat lembutkan hatinya..."

"apa salahnya luangkan masa untuk meraikan ulang tahun tuk kawan2...eratkan lagi hubungan kami.."

"mungkin hadiah aku ini kwnku teringat nak doa kt aku dalam doa..terfikir sikit pun kira ok la....."

"daripada aku membazir duit ntah apa2 baik beli apa2 kongsi dgn ahli bait aku..dapat berkat.."

"pemberian aku tak harapkan apa2 balasan..yg aku harap redha allah..."

"kemungkinan penghargaan aku tuk teman aku ni berubah natijah imtihan aku nanti...amin.."

"luangkan masa tuk celebrate buvday kwn apa salahnya..tak terjejas lgsung study aku..."

"buat apa penting diri...orang xsuka ja..Allah lagi la xsuka.."

"hari ini giliran dia..esok giliran aku pula..kan bagus saling ingat kwn2.."

boleh nampak tak?? kadang2 apa yang kita fikirkan dalam hati kita mempengaruhi sifat kita..kalau kita hidup asyik nak pentingkan diri..taknak hidup bermasyarakat..solat sendiri..makan tak jemaah..hubungan dengan manusia di abaikan tambahan kwn2 serumah dgn kita...suruh memasak ditolak,disuruh beli barang tidak mahu... jgn anda hairan natijah nanti mengapa result kurang memuaskan..sedangkan study bagai nk rak. pedulikan orang pun tak pernah..terkurung terperuk dalam bilik...INILAH MASALAHNYA...tak rugi pun kalo kita sentiasa ingatkan kwn2 kan?doakan kwn2 najah..doakan kesejahteraan...berikan kata2 perangsang untuk lebih bersemangat..berikan hadiah sebagai tanda tulus ikhlas...sayang kawan2..barulah hidup suasana islam dapat dihidupkan dalam rumah kita sendiri...elakkan dari bermusuhan..pergaduhan..serta pertelingkahan yang akhirnya membawa kegagalan dalam peperiksaan kita...jangan abaikan benda yang"REMEH" INI..KERANA BENDA "REMEH" INILAH MENJADI PUNCA KEGAGALAN KITA..nasihat untuk diri ana dan kwn2..
Dikesempatan ini..ana dengan rasa penuh kasih sayang mengucapkan selamat hari lahir ke-21 kepada 5sahabat ana yang sentiasa diingati sepanjang bulan april lalu..
(nafishah nawi -4april-)
(jalwati nadzirah -19april-)
(noratikah azmi-24april-)
(nur hasanah-29april-)
(filzah syarah-30april-)
ana memohon jutaan kemaafan dari mana2 pihak akhwat mahupun ikhwah juga seluruh kawan2 di malaysia dan dimanapun...andai ana mengguris perasaan anda secara langsung atau tidak langsung..khususnya semua ahli bait SATU HATI..yong mohon segalanya dihalalkan..dimaafkan segala kesilapan yang berlaku..yong banyak menyusahkan semua..hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian...hanya dalam blog ini sahaja dapat melafazkan kata2 ini..(kalo x segan nya....huhu) ala kulli hal SELAMAT MENEMPUH HARI PEPERIKSAAN BUAT SEMUA WARGA MESIR SAMADA AZHAR JUGA MEDIK.. moga Allah permudahkan segalanya..dan kejayaan kita hanya untuk dipersembahankan untuk islam tercinta....
3mac2009 ana syafawi usul fiqh(lusa la niii...takutnya) doakan ana..
7;05pm,
jumaat,
rumah kedah baru,
haiyu sabiek,
egypt.

ayuh bersemangat.....!

...mimpi yang indah...

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

...kehidupan...

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

...standing in the eyes of the world...

Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal