Wednesday, April 29, 2009

~LaSkAr PeLanGi~

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, April 29, 2009 0 comments

cerita ini amat menyentuh perasaan penonton..sgt memotivasikan diri untuk terus menuntut ilmu..tgk la.. antara kalam yang menyentuh perasaan ana... "HIDUPLAH UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA JANGAN MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA..."

ana suka watak mahat..huhu

Sunday, April 19, 2009

wahai adik-adikku...kakak ingin berpesan..

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, April 19, 2009 1 comments
atikah raihanah... mohd akmal hakim..

atikah zuhairah..

ali hasani..

adik-adik ingat 99 perkara ini...
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal selepas melakukan perkara baik;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesusahan;
08. Jangan dengki dengan kekayaan orang;
09. Jangan cemburu atas kebahagiaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesenangan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu iginkan kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri hartamu dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti abah dan mama ;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Banyakkan berfikir tentang allah;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41.memberilah sebanyak2nya..
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyak silaturahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Banyakkan membaca ilmu agama;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah kepada guru dan ulama;
56. Sering-sering berselawat kepada nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan terlalu banyak hutang;
59. Jangan terlampau mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang.melepak,bermain game sehingga lupa waktu solat.
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64. Jangan biadap dengan orang yang lebih tua dari kamu
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendirian;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan;
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati pendapat orang lain;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan merendah diri kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
86. Hargai prestasi dan pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizik atau mental kita menjadi terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu,dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita meragukan yang menyangkut teman kita, sebelum dipastikan kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan; setiap kebajikan beroleh pahala dari Allah..
99. andai kakak sudah tiada jangan lupa amanatku ini. jadilah adik yang baik untuk kakak. moga kita dipertemukan di taman syurga yang abadi..

souq bumi kaherah..

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, April 19, 2009 0 comments
ini adalah Abbas..dia ni bertanggungjawab angkat barang kitaorg la...(sebab barang kami byk nii..bkn saja2 suh dia agkat..hihi) tak cukup tangan..shoping sakan kan..sempat jugak borak2 dengan dia..umo 13tahun..tinggal dekat "arbaa'h wanus" maknye nama aisyah.. sekolah dia dekat2 dgn rumah dia..dia ckp hari sabtu je selalu lepak2 kat souq ni cari duit..peramah je orangnye..baik pulak tu..kih3 then dia cakap "orang malaysia ni baik2 belaka.."(org macam ana kot tuu..haha) ini adalah daun anggur..(tuffah bukan anggur ye adik2..tuffah adalah epal..hihi ingat tu!!) dalam bahasa arabnye dipanggil "warak inab" kalo kita selalu beli nk wat kerabu ke..sedap jugak ni..
ini ialah segerombolan binatang2 halal dimakan.segar2 belaka..nk apa?suma ada..kambing hidup,ayam(pilih je nak yang mana..comel2 je suma)burung,arnab,ayam belanda,itik,angsa..semua ada..pilih je nak yang mana then diaorg sembelih la tuk kita..nk lebih pasti dan yakin tgk sendiri proses penyembelihan tersebut dan segalanya ditanggung halal lagi bersih.....hehe

terdapat juga sayur-mayur yang segar bugar..murah pulak tu..sekilo segenih je...(rm0.85sen kot)

dan ini pula makanan basah..ikan,sotong,udang,ketam..dahtu pula segar lagi fresh(same je kan?)harga pun ok laa kan...kaherah kan..tapi okla. kitaorg beli ikan buti,ikan sardin,ikan tuna..sekilo dalam duabelas genih je...(xsampai sepuluh ringgit pun..)

letih berjalan berenti rest sat..makan2 kacang ke..panas2 terik ni pekena tamar hind(jus asam jawa. dgr je mcm xsedap try minum tgkk...?) sedap ni...any way inilah sedikit maklumat tentang pasar tani di bumi perlembahan nil....enjoy kan..

Saturday, April 18, 2009

buruknya perangai............!!

Posted by UmmuL SyabinaR at Saturday, April 18, 2009 0 comments

nak tau vandalisme tu apa??

Hampir dua ribu tahun yang silam, kerajaan Romawi Kuno yang telah rapuh mengalami serbuan bertubi-tubi dari suku-suku bangsa yang mendiami wilayah-wilayah di luar perbatasan kerajaan. Salah satu suku yang melakukan penyerbuan itu adalah suku Vandal, yang bukan hanya terkenal kerana keganasannya, tetapi juga terkenal kerana “kegemarannya untuk merosak dan menghancurkan sesuatu yang merupakan hasil karya peradaban manusia.”
Dari sini lah kata “vandalisme”berasal.

Dalam perjalanan sejarahnya, vandalisme berkembang menjadi perilaku yang tidak hanya mencemaskan tetapi juga mengerikan, dan tidak lagi hanya menjadi perilaku dari “kaum yang tidak beradab”, tetapi juga telah merupakan perilaku dari sebagian orang yang beradab.
Gejala vandalisme kini telah pula merebak memasuki masyarakat kita. Bentuk vandalisme yang paling “ringan” yang sering kita saksikan, adalah corat-coret di pagar, di dinding bangunan umum ataupun perumahan;menarik dan mengoyak iklan-iklan ilmiah dan bermanfaat dan sebagainya.
Mungkin saja perbuatan ini bermula dari sekadar main2 namun "mainan" ini membawa kerugian bagi banyak orang.
Tingkat yang lebih berat dari vandalisme ini adalah manakala perbutan itu tidak hanya bertujuan untuk merosak ataupun menghancurkan, akan tetapi juga disertai niat untuk menjatuhkan seseorang itu dengan rakus dan berlandaskan hawa nafsu semata.
Dengan rasa prihatin kita saksikan betapa buruknya dan hodohnya perilaku mahasiswa apatah lagi yang berilmu agama akhir-akhir ini banyak terjadi di berbagai tempat di mesir ini umumnya, sudah dirasuki oleh vandalisme. golongan ini terdiri daripada mereka yang cuba merosak dan menghancurkan apa saja yang mereka lihat atau jumpai, tanpa peduli; dan mungkin juga tanpa merasa bersalah atau berdosa terhadap orang atau pihak yang dirugikan oleh perbuatan itu.
Hal yang patut kita sayangkan adalah kenyataan bahawa banyak dari mereka yang tergolong “vandalis” adalah mereka yang merasa dirinya muslim dan mahasiswa yang cerdik pandai...MANA ILMU KALIAN??MENGAPA TIDAK DIAMALKAN???tepuk dada tanya iman masing2..
Mestinya mereka juga mengetahui bahawa merosak dan menghancurkan bukanlah adab kaum muslimin.
Tidak ada sepatah kata pun dalam firman Allah yang tercantum dalam KitabNya; ataupun dalam sunnah Rasulullah, yang membenarkan perosakan atau penghancuran milik orang lain, baik perorangan atau umum. Justeru Nabi selalu berpesan ketika beliau mengirim pasukan untuk berperang (dan beliau berhalangan untuk memimpinnya sendiri), agar para tentera muslim jangan membuat kerosakan apapun bentuknya; jangan menebangi pohon-pohon, mencemari sumber air; dan sebagainya.
Lalu mengapa vandalisme akhir-akhir ini marak di kalangan mahasiswa kita??? Para pakar psikologi dan kriminologi mengemukan pendapat bahawa ketegangan jiwa menjadi penyebabnya yang utama. Himpitan rasa dengki dan busuk hati yang semakin berat dirasakan, perasaan ingin sentiasa menang dan "nak ikut cakap dia ja" telah mendorong timbulnya tekanan kejiwaan, yang kadarnya dapat meningkat cepat hingga ke tingkat yang tidak terkendali; dan akhirnya meledak dalam bentuk kemarahan, kebengisan; yang bisa menjurus kepada pelbagai bentuk perbuatan destruktif yang meresahkan dan merugikan orang lain.
Tetapi apakah pelampiasan kemarahan dan kebengisan itu dapat mengurangi beban tekanan kejiwaan pada diri orang yang bersangkutan? Apakah vandalisme yang terjadi sebagai akibat dari pelampiasan rasa marah, kecewa dan putus asa itu memberikan kepuasan yang mampu mengurangi beban tekanan kejiwaan dari pelakunya?
Jawapan yang diberikan oleh para pakar kejiwaan, ternyata adalah “tidak”. Mereka justeru mengemukakan pendapat bahawa agama lah yang mampu memberikan “terapi penyembuhan” terhadap tekanan kejiwaan yang bisa melahirkan golongan yang negatif itu. Penghayatan yang baik dan penggunaan nalar yang benar dalam memahami firman-firman Allah, disertai keyakinan yang kuat akan kebenaran janji Allah bahawa untuk setiap kesulitan selalu ada kemudahan atau jalan keluarnya, kita insya Allah akan mampu menghapuskan ketegangan jiwa yang dapat menjerumuskan diri kita untuk menjadi bengis,pemarah dan bernafsu untuk berbuat destruktif.
Saat ini nampaknya Allah sedang memberikan ujian kepada ummat muslimin, termasuk ummat muslim di negeri kita, apakah mereka itu telah menjadi ummat yang bertaqwa dalam erti yang sesungguhnya, ialah sabar, mampu mengendalikan diri, tidak berputus asa atas rahmat Allah, dan selalu merasakan kehadiranNya dalam segala aktivis kehidupan.

bukalah mata kalian wahai mahasiswa2 sekalian. sifat ini mesti dihapuskan sehapus-hapusnya..

buka pintu hati kalian. buang sifat ego.hasad dengki yang akhirnya kelak akan membawa padah pada diri kita...sedarlah wahai hati2..

Thursday, April 16, 2009

sakitnya kepala...huhu

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, April 16, 2009 0 comments
sakit kepala lagi..??

Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelup dalam masa 2-3 hari.

Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar madu. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang.

Cara paling bagus untuk menghilangkan sakit kepala/migraine ialah sujud lama sikit pada sujud yg terakhir terutama sekali waktu solat subuh.

"Ya Allah..kurniakan aku kesihatan yang baik..."

tips belajar dengan betul..

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, April 16, 2009 1 comments
PELAJAR YANG CEMERLANG BELAJAR DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF:-
- PASTIKAN CAHAYA ADALAH TERANG
- KURANGKAN GANGGUAN BISING/MUZIK
- TAMPAL POSTER MENGANDUNGI SLOGAN DAN KATA-KATA HIKMAT YANG DAPAT MERANGSANG MINAT UNTUK BELAJAR
- TAMPAL GAMBAR-GAMBAR YANG DAPAT MENENANGKAN FIKIRAN DAN DIHARUSKAN OLEH SYARAK
UBAHSUAI KEDUDUKAN KERUSI DAN MEJA BELAJAR AGAR TIDAK MEMBELAKANGKAN KIBLAT
- JANGAN LUPA SENYUM
- DUDUK DENGAN TEGAK DAN BERNAFAS DENGAN BETUL
- MENGGUNAKAN JARI TELUNJUK UNTUK MEMBACA
- MEMBACA DOA PENERANG HATI SETIAP HARI SELEPAS SEMBAHYANG,SEBELUM MEMBACA DAN SEBELUM PEPERIKSAAN
- TIDAK MEMBUANG MASA BELAJAR KETIKA TERLALU LETIH DAN MENGANTUK KERANA KITA SUSAH MENGINGAT SESUATU SEMASA KITA PENAT
- BELAJAR MENGIKUT WAKTU YANG PALING SESUAI DENGAN DIRI PELAJAR SENDIRI.WALAUBAGAIMANAPUN,WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BELAJAR IALAH SEBELUM TIDUR,SELEPAS BANGUN TIDUR,SELEPAS MANDI AIR PANAS,SELEPAS SEMBAHYANG,SELEPAS MEMBACA AL QURAN/ZIKIR,SELEPAS RIADAH DAN SELEPAS BERDOA
MENGULANGKAJI SECEPAT MUNGKIN.SALAH SATU WAKTU MENGULANGKAJI YANG PENTING ADALAH ULANGKAJI RINGKAS SELEPAS KELAS(KITA AKAN LUPA 80% APA YANG KITA PELAJARI JIKA TIDAK MENGULANGKAJI DALAM MASA 24 JAM)
- ELAKKAN MAKAN MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KITA LUPA SEPERTI KEPALA IKAN,ORGAN DALAMAN,MINUM SEMASA MAKAN,MAKANAN/MINUMAN YANG TERCEMAR DENGAN SEMUT,MAKAN TERLALU KENYANG,KENCING BERDIRI,MELIHAT KEMALUAN DAN NAJIS,MELIHAT SALIB DAN MEMBACA NAMA DI BATU NISAN- BANYAKKAN MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI KACANG SOYA,MAKAN KISMIS,KURMA,BADAM DAN MADU
- MENYUKAI SETIAP MATA PELAJARAN YANG DIPELAJARI

“Kenalilah Tuhanmu,perbaikilah dirimu,ajaklah orang lain bersamamu,tegakkan Negara Islam dalam hatimu,pasti ia akan tegak nyata di atas bumimu”(Dato’Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah)

p/s : sekiranya anda mengantuk atau letih anda boleh melakukan aktiviti kegemaran anda..contohnya seperti melukis...menangkap gambar...hehe contohnya seperti perkara dibawah selepas itu sambungla study balik ye...hemmm
salam imtihan dari ana..ampun maaf diminta andai pernah mengguris perasaan mana2 pihak..halalkan segala makan minum..doakan ana berjaya..doakan kejayaan kita untuk islam tercinta InsyaAllah...Amin..

Friday, April 10, 2009

...SaYaNG uKhWAh iNi....

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, April 10, 2009 0 comments

Apabila dikatakan tentang ukhwah, baru aNA sedar bahawa jalinan ukhwah itu amatlah penting sekali. Sebab ia menjadikan kita kuat dan bersemangat kerana ada seseorang yang bersama kita dalam setiap perkara yang kita lalui. Cuba kita bayangkan seperti ini, ukhwah itu seperti tali dan organisasi sebagai benda yang hendak diikat. Jika sesuatu tali ukhwah itu tidak diikat dengan ketat, maka pautan silaturrahim itu menjadi longgar dan akan mengakibatkan perpecahan di dalam susunan sesuatu organisasi ataupun kumpulan. Tetapi jika kita mengikat tali ukhwah itu dengan ketat, maka tentulah susunan organisasi itu menjadi kuat dan tidak akan senang untuk dirobohkan. Ukhwah terjalin asas silaturrahim!
seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.”
Cara untuk merapatkan ukhwah Actually there are many methods yang kita boleh lakukan untuk merapatkan ukhwah itu, tetapi caranya mestilah tepat sesuai mengikut keadaannya. Apabila kita melakukan sesuatu perkara itu bersama-sama, maka dari situ kita dapat mengetahui dan mengenali seseorang itu dengan lebih baik, dan ini akan menjadikan sesuatu kerja itu mudah untuk dilakukan.Di dalam satu organisasi juga, kita janganlah mengumpat ataupun berkata belakang tentang seseorang itu, kerana ia akan menimbulkan syak wasangka di antara ahli-ahli yang lain. Ia juga merupakan salah satu virus ukhwah yang akan meruntuhkan hubungan silaturrahim sesama ahli. Oleh itu perkara yang terbaik jika kita tidak puas hati dengan seseorang itu ialah bercakap terus dengan orang itu, jangan simpan dendam di dalam hati. Selepas itu selesaikan dengan cara yang terbaik, dari situ insyaAllah kita dapat menyelamatkan sesuatu ukhwah itu daripada roboh akibat daripada mengumpat.
“jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”
Merapatkan ukhwah adalah sesuatu perkara yang mudah, tetapi untuk mencipta sesuatu ukhwah itu memerlukan cabaran serta pengorbanan. InsyaAllah jika ikhlas dan berniat kerana Allah dalam melakukan sesuatu perkara itu, ukhwah itu akan datang dengan sendirinya dan apabila terciptanya ukhwah maka lahirlah generasi Islam yang kuat dan teguh dalam mengharungi liku-liku kehidupan dunia ini.

BUAT SAHABAT2 SEPERJUANGANKU..ANA SAYANG KALIAN KERANA ALLAH TAALA.

Mari kembali kepada ISLAM

Wajah Islam yang sebenarnya adalah indah, anggun, sempurna, tanpa cacat dan cela.
Segala sisinya lengkap, cantik, tak ada sedikit pun berkurangan.
" Hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu
kepadamu dan Aku telah redha Islam sebagai agamamu. "
Q.S Al-Maaidah : 3
Namun sering tergambar di benak masyarakat umum, bahkan majoriti umat Islam sendiri
bahawa Ajaran Islam penuh dengan kekejian, kerosakan, teror, intimidasi, kekejaman dan
perkara-perkara yang berbau negatif.
Dari sini kita harus peka memandang bahawa tidaklah ajaran islam itu bersamaan dengan
umat Islam. Kerana majoriti umat di zaman ini tidak mengerti, dan tidak pula mengamalkan
Islam itu sendiri. Ajaran Islam sangat indah nan sempurna, sedangkan di sisi lain majoriti
umat islam tidak mengamalkan keindahan ajaran Islam tersebut.
Mari kita memandang dengan dengan pandangan yang jernih. Mari kita gali ajaran Islam
yang selama ini banyak ditinggalkan oleh umat. Kita akan temukan mutiara-mutiara
kecermelangan ajaran Islam, jernih, bening tidak keruh sedikitpun. Tidak ada yang
dibawa kecuali kebaikan semata, tidak ada ajakan yang kita dipanggil kepadanya
kecuali kepada kebahagiaan sahaja. Dia adalah rahmah bagi seluruh alam, sederhana,
sesuai dengan akal fikiran yang jernih, dan fitrah kemanusiaan. Tidak hairanlah jika
ajaran Islam dikatakan oleh Allah terhadap penyandang risalahnya;
" Dan tidaklah Aku utus engkau ( Muhammad ) kecuali sebagai rahmat bagi sekalian alam "
Diantara keindahan ajaran Islam adalah anjuran Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam;
" Sayangilah yang ada di bumi, nescaya engkau akan disayangi oleh Yang ada di langit
( Allah ). "
HR. At Tabrani
Islam pun mengajar meninggalkan perbuatan aniaya terhadap diri sendiri dan orang lain.
" Takutlah kalian dari berbuat kezaliman ( aniaya ), kerana sesunggunya kezaliman itu
adalah kegelapan pada hari kiamat. "
HR. Bukhari Muslim
Ia pun mengajar untuk berbuat keadilan kepada sesiapapun. Berbuat adillah, kerana keadilan itu mendekatkan kepada ketakwaan. Perkara-perkara di atas sedikit yang
diajarkan oleh Islam kepada umatnya. Tidak pernah memberatkan namun tidak juga
merendahkan fitrah kemanusiaan. Segala ajaran Islam mudah, boleh dipelajari dan
dipraktikan di segala tempat dan di setiap masa. Ia bukan sebuah ilusi yang tidak mungkin
diwujudkan.
Apabila kita memerlukan contoh untuk mengamalkan Islam, maka kita akan dapatkan
contoh tersebut dalam tataran peribadi mahupun masyarakat. Dalam tataran peribadi,
maka Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam adalah suri tauladan kita. Apabila kita perlu
contoh sebuah generasi idaman maka generasi sahabat adalah contoh nyata bagi kita.
Sebuah mercu yang pasti dari pengamalan ajaran Islam, ketenteraman, kebahagiaan, dan
keredhaan. Maka mari kita kembali kepada Al Islam.

ISLAM AGAMAKU...

MALAYSIA NEGARAKU...

I LOVE YOU..

HIHIHI

Thursday, April 2, 2009

rajinRAJINrajinRAJINrajin.............?

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, April 02, 2009 0 comments
ini adalah SUDUT RAJIN....harap maklum.

rajin
rajin
rajin rajin
rajin rajin rajin RAJIN RAJIN RAJIN RAJIN RAJIN RAJIN rajin rajin rajin rajin rajin rajin rajin RAJIN RAJIN RAJIN RAJIN RAJIN RAJIN rajin RAJIN???rajin RAJIN
(tulis banyak sikit biar rajin2..hihi)
“Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang rajin dan kuat berusaha, Engkau kurniakanlah balasan yang setimpal dengan usaha yang aku lakukan, aku yakin..jika aku masih belum berjaya, itu bermakna aku masih belum bersedia dan masih belum layak untuk berjaya! Tetapi ya Allah, janganlah sekali-kali Engkau melemahkan semangat aku untuk terus berusaha sehingga akhirnya aku berjaya!”
RAJIN YE....rajin sikit..RAJIN banyak...rajin-rajin..

IKLAN PIZA

untuk tempahan sila rujuk no di kotak tersebut. harga yang amat berpatutan. hanya 10le sahaja. cpt2 sementara stok masih ada...stok mmg sentiasa ada. kos penghantaran hanya 3le. rugi sapa yang xcuba..
p/s : tempahan ini sah perkhidmatan untuk kawasan kaherah mesir sahaja. bg kawasan2 lain harap maaf. hihi

Wednesday, April 1, 2009

April fool peristiwa berdarah-rai kejatuhan Islam di Sepanyol..

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, April 01, 2009 1 comments

Setiap kali menjelang 1hb April,

sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.

Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.

Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini,

adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol,

kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Ketahuilah Islam dibawa ke Sepanyol oleh sahabat Nabi s.a.w. :Tariq binZiyad r.a. bersama bala-tentara paraMuslimin(sahabat r.ahum) Mereka berdakwah kpd Kafirin di Spanyol dan Islam tersebar ke seluruh Spain.Menjelang masa...

orang-orang baratKristian/Yahudi kurang senang dgn kemajuan Sepanyol dari segi sains dan ilmu.

Ketahuilah bahwa Universiti pertama di dunia dibina oleh kaum Muslimin di Sepanyol !!

Maka mereka sering serang Sepanyol tetapi gagal kerana iman dan amal kaum Muslimin begitu teguh sekali.

Mereka selalu ikuti ajaran2 Al-Quran.

Islam kata solat mereka solat, tutup aurat mereka pakai tudung dsn juga tidak berzina dan minum arak.

Kerana itu bantuan Allah sentiasa bersama kaum Muslimin di Sepanyol.

Maka setelah beratus tahun lamanya..Muslim Sepanyol mulalah lemah. Orang barat tahu selagi kaum Muslimin ikuti ajaran Al-Qurán mereka tiada boleh takluki Sepanyol.

Maka mereka hantar arak secara percuma ke Sepanyol..wanita2joget(belly dancers), menyebarkan cara gaul bebas dan sebagainya.

Lama-kelamaan kaum Muslimin termakan juga perdayaan barat itu.

Ramai antara muslimin/muslimat kaum muda Sepanyol terpengaruh dgn ala cara hidup barat hingga minum, zina dan sebagainya.

Mereka terlalai dgn maksiat dan lupa pd Allah swt.

Di saat-saat inilah bila Muslimin Sepanyol telah lemah maka tentera Barat serang Sepanyol dan akhirnya menang dan menakluki Sepanyol setelah Islam di Sepanyol selama 600 - 800 tahun.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol(the Moors ) terpaksa berlindung didalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini,diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapalyang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya: ( 1 April ),

mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka(muslimin)juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day (Hari kaum Muslim Spanyol 'difooled' -dibunuh semuanya) tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

( copy from redapple bulletined)

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal