Wednesday, September 30, 2009

bait "satu hati" dalam kenangan..

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, September 30, 2009 2 comments
assalamualaikum semua pembaca yang ana sangat hormati..ana harapkan semuanya sihat2 belaka.. mahupun pembaca dari tanah airku malaysia..tanah ilmuku mesir..dan seluruhnya..
baru sekarang ana sedikit menyedari yang blog ini agak "bersawang". ana akan hiaskan sawang2 ini dengan beberapa kisah sedih....(T_T)

kisah sedih yang pertama :
ana ketika ini tiada internet dirumah jadi agak sukar untuk ana meng update kan blog seperti kebiasaanya..(peristiwa ini amatlah menyedihkan hati ana...huhu) dan yang paling menyedihkan lagi..sekarang ini ana wifi di RFC..(ana takpasti sama ada hal ini menyedihkan hati kawan2 atau pun tak) tapi macam sedih je kan? hmm..

kisah sedih yang kedua :
sekarang ini ana dilamun kerinduan yang teramat..rindu pada dua org insan yang paling kusayangi dan ku cintai..mereka berdua adalah...AMMAR dan MUHAMMAD...makteh rindula.....mereka sekarang telah berpisah dengan ana..jadi ana sedihla...hmm..(T_T)

kisah sedih yang ketiga :
pada beberapa hari yang lalu, tiba2 je ana diserang suatu penyakit yang pelik...penyakit itu ialah "keracunan makanan lagi" . ini kerana sebanyak dua kali ana diserang penyakit ini..kali pertama di mesir kali kedua di malaysia..pastu dapat respon dari beberapa pihak
"la...nak bunuh diri ka...??"
"la..pi makan racun tikus ka...?"
mak ai...ayat nyer...power deh..hmm...(T_T)
( cepat pujuk balik sapa yang kata ni..!!)

kisah sedih keempat :
kenapa kawan2 ana kawin dulu....??huhu(T_T) sedih tol.

kisah sedih yang kelima :
sebenarnya kisah ini lah yang paling sedih..duhai adik beradik ku "satu hati..."
kak chaq..
acik..
alang..
anjang..
angah..
ateh..
ude..
ecah..
met..
adik..
ucu..
SELAMAT TINGGAL...akhirnya kita harus berpisah juga.. segala suka dan duka kita bersama.. yong xkan lupa jasa baik kalian..walau bagaimana pun kitalah satu hati yang sejati.. kali ini ana akan tinggal di "awanan" manalah tahu kan kalau2 lepas ni ana lebih tenang berada di situ..
di kesempatan ini ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat sepupuku aiman.. juga adik beradik yang lain susah payah jerih perit memindahkan barang2 ana yang tersangatlah banyak itu..tanpa kerelaan kalian tak ada siapalah yang teringin nak keluarkan barang2 dari tingkat 5 itu..terima kasih juga kepada orang2 lain yang ana tak tersebut namanya. hanya Allah yang dapat membalasnya. "SEMOGA BEROLEH KETAQWAAN"-kata2 dipetik dari MB kedah(^_^)

Friday, September 25, 2009

bestnya raya tahun ni...(^_^)

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, September 25, 2009 1 comments
kenapa cakap best raya tahun ni??

anak2 sedara semua dah besar...
adik2...
sepupu2 semua...
makin lama makin lawa dan kacak..
dapat duit raya banyak..hehe
lebih banyak dari tahun2 lepas...
lebih banyak dari orang lain..
dapat makan ketupat mama buat..
dapat berkumpul ahli keluarga...
main mercun lagi...
jalan2 dengan keluarga...
ziarah kubur bapak ramai2..
pakai baju baru...
kereta baru..
pastu beraya dengan MB..
dekat mentaloon..
jumpa kawan2 lama..
masa kat maahad dini..
kwn2 maktab mahmud pun jumpa jgk..
pastu pergi beraya dengan kawan ke rumah ustazah2..
pergi shoping ramai2..
pergi kenduri kawin..
pergi open house..
close house pun pergi...(pasal org tu xdak kat rumah..buat penat ja..huhu)
walupun macam tu...
best jugak..
selamat hari raya semua...
untuk warga mesir..
warga malaysia..
maaf zahir dan batin.

Sunday, September 6, 2009

doakan saya..

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, September 06, 2009 2 comments

muhammad tidur bersama tangannya yang biru..

muhammad yang perlu berjemur untuk cepat sihat..

tangan kiri ini digunakan untuk cucuk jarum mengambil darah

muhammad sedang memegang jari some one..huhu(xtahu nak letak title apa nih..)

muhammad..memandang makteh(^_^)

"doakan saya cepat sembuh ye.."

assalamualaikum pakcik2,makcik2,uncle2,auntie2,ammu2,acik2 semua....saya hari ini berusia 6 hari.nama saya muhammad..ya muhammad..bukan muhammad "saja"..tapi.. MUHAMMAD BIN MAD FAUZI. jadi selepas ini saya takmahu orang cakap nama saya muhammad "saja"..huhu penat2 abah dan mama saya berikan nama yang indah ini..untuk saya..terima kasih abah dan mama. pada mulanya saya hendak diberi dengan pelbagai nama antaranya ialah :
1) muhammad faris
2) muhammad faiz
3)muhammad fahri(ayat2 cinta tu..jgn main2..huhu)
4) ibrahim adham
5) faris petra..hihi
6) rosli dan ramli(ini idea dari mak ayang dan pak yang..hmm..kesian saya)
7) mus'ab

dan akhirnya hari keempat saya lahir ke dunia ni..abah,mama dan makteh saya sepakat nak namakan saya MUHAMMAD..saya masih ingat..masa tu saya masih dalam wad putrajaya di kuala lumpur..pada hari kedua saya lahir, doktor suspek saya menghidapi penyakit G6PD..penyakit darah.. saya pun taktahu saya sakit apa..tapi saya dengar mama cakap "alahan pada ubat nyamuk,ubat gegat,nila baju,takleh makan kacang sepat" kemudian doktor nak tahan saya selama 5 hari di wad. saya menghidapi penyakit kuning..saya dibuka baju dan dijemur bawah lampu biru..tutup mata lagi. tapi saya asyik menangis..saya taktahu kenapa saya menangis..mungkin saya kesejukan..kesian mama..baru selesai melahirkan saya sekarang terpaksa menjaga saya pula..abah juga begitu..terpaksa ulang alik dari USJ1 ke putrajaya..(jauh tu...)

"Ya Allah mudah2an aku dapat menjadi anak yg soleh untuk kedua ibubapaku"..

pada hari ketiga maktok datang untuk melihat saya..maktok naik bas..huhu saayang maktok..! kemudian pada keesokkan harinya abah telah meminta untuk sambung di hospital sultanah bahiyah(alor star,kedah)

saya,mama abah,maktok dan makteh selamat pulang ke kampung halaman. kami sampai dah malam..lewat malam, jadi kami mengambil keputusan untuk pergi ke hospital pada awal pagi esok..

orang cakap kan kalau nak hilangkan penyakit kuning ni macam2 petua :

- guna lendir lidah buaya letak di dahi
- blender sengkuang cina ambil airnya lalu diminum
- minum susu kambing
- mandi air kuchai
-pantang warna kuning. tak kiralah baju ke,cadar ke.langsir ke..yg warna kuning jgn.....ni kata org dulu2 la..

kesemua petua2 ini telah saya buat..mula2 nurse ambil darah saya di telapak kaki kiri. saya tidak tahu berapa kali dah ambil darah kat situ..sakit..saya menangis. tahap kuning saya meningkat kepada 244. nurse tu cakap kan..kalau melebihi 250 saya kena masuk wad..

hari ni abah dan makteh bawa saya pergi ambil darah lagi..ambil dekat telapak kaki kanan pulak..kali ni saya tak menangis pun....baik kan saya..saya dah biasa..alhamdulillah keputusan kuning saya menurun sebanyak 231. tapi esok kena pergi ambil darah lagi.....entah berapa banyak jarum lagi...sebab tu saya minta...TOLONG DOAKAN SAYA YE...saya nak sihat seperti kanak2 biasa..saya yakin Allah pasti akan sembuhkan saya..Allah nak uji saya..saya juga berharap siapa yang sedang membaca blog makteh saya ni...doakan saya ye..

muhammad tidur dulu ye..muhammad dah letih ni...assalamualaikum semua..

Thursday, September 3, 2009

bila adik mula bercerita..

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, September 03, 2009 3 comments

hari ini adik ingin bercerita beberapa kisah...

kisah satu

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: “Saya bersama-sama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah, maka kami temui Nabi sedang menangis. Kami bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Pada malam aku di-isra’kan ke langit, aku melihat orang-orang sedang mengalami seksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis”. Ali r.a. bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah yang engkau lihat?” Nabi bersabda:
Wanita yang digantung dengan rambutnya mendidih dan otaknya mendidih.
Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dilepas dari punggungnya, sedangkan aspal mendidih dari neraka dituangkan kekerongkongnya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu zakum dituangkan ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan di bawah kekuasaan ular dank ala jengking.
Wanita yang memakan badannya sendiri, serta di bawahnya nampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
Wanita-wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
Wanita yang tuli, buat dan bisu di dalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himar (keldai), yang mendapat berjuta seksaan.
Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka”.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata: “Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu?” Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hai Fatimah, adapun tentang:
Wanita yang digantung dengan rambutnya Kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak ditutup) di kalangan laki-laki. Wanita yang digantung dengan lidahnya Kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya Kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya. Wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya Kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas.
Wanita yang memakan badannya sendiri, Kerana dia bersolek untuk dilihat oleh laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.
Wanita-wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka Kerana dia suka menonjol-nonjolkan dirinya (ingin terkenal) di kalangan orang ramai, dengan maksud supaya mereka (orang ramai) itu melihat perhiasannya (auratnya), dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana perhiasannya.
Wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan di bawah kekuasaan ular dan kala jengking Kerana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhu’ dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.
Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himar (keldai), Kerana dia suka mengadu domba serta berdusta. Wanita yang berbentuk anjing Kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah kepada suaminya.

kisah dua

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

kisah tiga

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

kisah empat

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada
saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

kisah lima

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

oklah kawan2..adik harap kawan2 dapat manfaatnye..nanti adik cerita lagi ye..

Tuesday, September 1, 2009

1 SEPTEMBER 2009

Posted by UmmuL SyabinaR at Tuesday, September 01, 2009 5 comments

Alhamdulillah..seorang bayi lelaki milik ummul fathihah dan md fauzi selamat dilahirkan hari ini.. ana pasti ada dikalangan pembaca akan terfikir beberapa perkara mengenai post kali ini adalah seperti dialog dibawah :

-golongan yang tak berapa nak baik sangat akan kata macam ni :- (^_^)
"ish2 minah ni..berapa banyak baby laa...."
"laaa...baby lagi?kilang bayi ka apa ni......?"
"mak ai ustazah kita ni asik2 taruk gambar baby jeeerr.."
"awak ni buka pusat penjagaan bayi ke hah?"
"tak bosan ke post pasal baby ja.."
"cemuihnya(bosannya) baca blog ni..asal buka ada baby,asal ada baby aku buka..hemmm.."

-golongan yang agak baik pula akan kata begini :- (^_^)
"eh,eh cute nye baby ni....."
"eeeii geramnye aku tgk bebudak nih..comel betul..!"
"murah rezeki sungguh empunya blog ni..asik dapat anak sdara je dia.."
"tak sangka ye..cepat je ummat nabi kita ni membesar"
"inilah penyambung perjuangan kita..takbir!"(yg ni org yg bersemangat sikit..siapa la agaknye ye..huhu)
"wah...meriahnya adik-beradik depa........syok.."
"mesti best kan.."

huhu...di antara dialog yang ana teka tadi yg mana satu terdetik di hati anda? JANGAN CAKAPLAH...DIAMKAN JE..hihi ini adalah anak sedara ana yang terakhir tapi,untuk tahun ini la..untuk tahun depan..coming soon la..mana la tau nk timang anak sendiri pulak...(6tahun lagi,harap maklum) setakat ini ana hanya mempunyai 5orang anak sedara je..4lelaki seorang permpuan.

bayi yang comel kat atas tu tak letak nama lagi,nanti dah letak ana bagitau eh..beratnye 2.6kilo..kecik je...ringan pulak tu(memang la ringan...) lahir di hospital putrajaya.. maktehnye yang baik hati ini akan menjaganya buat sementara waktu..(^_^) jadi disamping berpuasa dapat pahala lain pula kan..mulia kan pekerjaan musim cuti ana kali ni?huhu

oklah..ana banyak kerja la..jaga diri ye semua..selamat menghayati ibadah puasa..jangan asyik tengok tv jee tau..tak pun tgk trnet je..(kata kat diri sendiri ni..huhu)

kepada adik kat rumah tu..baca buku jangan main mercun banyak sangat nak exam UPSR berapa hari ja lagi. yang akmal pulak jangan keluar duduk dirumah tengok mama jaga laptop baik2 dah guna tutup suis..jangan membazir ok.(ini adalah suatu leteran seorang kakak kepada adik2 nya yang nakal..)

OK JUMPA LAGI SEMUA...SALAM.

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal