Wednesday, December 30, 2009

This song makes me cry..!!

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, December 30, 2009 1 comments

hadiah untuk anda

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, December 30, 2009 3 comments
bilangan pengunjung yang hadir..hadiah untuk kalian ada disini..sila ambil ye..(^_^)

unique visitors

assalamualaikum..salam ulangkaji buat semua..dalam fatrah(time) peperiksaan ini, ana dikesempatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atau :

: Syukran(arab)

: Thank You, Thanks, Thank You Very Much(inggeris)

: Merci, Merci beaucoup(perancis)

: Danke(jerman)

: Gracias(sepayol)

: Arigato, Arigato Gozaimasu, Arigato Gozaimashita(jepun)

: Dank Je(belanda)

: Grazie(itali)

: Obrigado(portugis)

: Gamsa-hamnida(korea)

: Xie-xie(mandarin)

: Toda(ibrani)

: Dankie, Baie Dankie(afrika)

: Sas efharisto, efcharisto(yunani)

: Danyavad, Dhanyawaad, Shukriya(india)

: Salamot(tagalog)

: Khwap khun, khwap khun khrap(thailand)

: Tujechhe(tibet)

: Djakoju(ukraine)

: Gratias(latin)

: Cok sag olun(azerbaijani)

: Rahmat(kazakh)

kepada semua yang follower,yang datang singgah,ziarah,melawat,tumpang lalu,tumpang iklan,blogger walking, dan apa2 yang berkaitan dengan datang untuk menjenguk blog yang serba serba xberapa best ini.. mudah-mudahan anda semua dapat kutip ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk kita aplikasi dalam kehidupan kita. juga atas kesudian anda yang selalu membaca isi kandungan blog,gambar,serta irama dalam blog istana ini..sukacita nye ana memberikan hadiah kepada anda adalah seperti dibawah :

doakan kejayaan untuk ana dan rakan2 ye..JOM baca buku..!!

Monday, December 28, 2009

tenangkan hatiku..

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, December 28, 2009 3 comments

Asma Allah

Album : Not In My Name
Munsyid : Sami Yusuf
http://liriknasyid.com

Rahim
Karimun
'Adim
'Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Mannan
Rahmaanun
Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin shallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Musmin shallu alayh

Latif
Khabirun
Sami'
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Rauuf
Shabuurun
Majid

Ya Muslimin sallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da'fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur 'uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu'izu a'izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du'aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya latifu ultuf bina

p/s:semoga dapat menyusuk dihati sama-sama menghayatinya..sambung study..(^_^)

Sunday, December 27, 2009

..rindu padamu..

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, December 27, 2009 0 comments

entah mengapa terdetik dihati ana untuk postingkan sesuatu yang mungkin agak simple dari sebahagian pihak. disebabkan ada sesuatu perasaan yang ingin ku luahkan dan dikongsikan..AKU RINDU SESEORANG...

Rindu , adalah fitrah yang suci. sering kita rindu pada orang yang kita sayangi. Kaum kerabat , sanak saudara dan rakan rakan. apabila mereka jauh dan sudah lama tidak sering bertanya khabar maka kita pasti akan dilanda kerinduan. Rindu sudah tentulah pada orang yang kita kenal dan selalu lihat akan dia sebelum ini. Bila ia tiada di mata dan kita selalu teringatkan nya dengan kasih dan sayang maka inilah rindu. rasa ingin selalu berjumpa. memeluknya dan melepaskan segala rindu yang terbuku. inilah hakikat rindu yang dicipta oleh Allah Taala yang maha Agung.

Kita sering mendengar rindu kepada Rasululllah s.a.w. Hakikatnya bagaimana kita memahami dan berusaha ke arah itu? pernahkah kita bawa diri kita untuk merindui orang yang selayaknya dan paling berhak untuk dirindui? mencintai , mengasihi dan merindui Rasulullah s.a.w. yang mulia adalah salah satu dari cabang iman. Salah satu jua dari tanda kesempurnaan iman. Tidak sempurna iman seseorang yang beriman dengan Allah dan hari qiamat itu jika tidak membahagikan hatinya untuk merindui Rasulullah s.a.w.

Justeru bagaimanakah cara kita untuk merindui Rasulullah , Sedangkan kita tidak pernah melihatnya , mendengar suaranya atau bertemu dengannya. Sebenarnya tiada yang mustahil dalam perkara ini. malah Rasulullah sendiri semasa hayat baginda s.a.w. pernah memberitahu sahabat baginda r.a. yang baginda merasa rindu kepada ikhwan baginda s.a.w. Para sahabat kehairanan dan bertanya siapakah ikhwan baginda s.a.w. bukankah mereka yang berada disekeliling baginda itu adalah ikhwan baginda s.a.w.? Baginda menerangkan mereka adalah Sahabat baginda..akan tetapi orang yang digelar ikhwan baginda itu adalah orang yang hidup di akhir zaman selepas nabi s.a.w tiada lagi. Mereka terdiri dari ummah nabi yang patuh pada segalanya dalam agama. Mereka sememangnya tidak pernah melihat wajah mulia nabi , tidak pernah mendengar suara nabi dan sebagainya...akan tetapi mereka ini berusaha dan menyuburkan rasa rindu yang membara kepada nabi s.a.w. Dan inilah yang menyebabkan Nabi tahu dan nabi s.a.w. juga rindu pada mereka sehinggakan diberi gelaran sebagai ikhwan (saudara) kepada nabi s.a.w. yang mulai lagi terpuji.

rindu padamu juga wahai Rasulullah..!!

Sunday, December 20, 2009

i love Allah..

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, December 20, 2009 2 comments
HOLD MY HAND

Maher Zain - hold my hand.mp3

I hear the flowers gonna crying loud
The breeze is sounding sad
Oh no!
Tell me when the breeze would calm
So cold and and empty side
Lost the way long time ago
They were really turn them blind
We don’t see that we keep hurting each other
No, all we do we just fight

Now we share the same rise sun
The same round moon
Why don’t we share the same love?
Tell me why not?
Life is shorter than most they thought

Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And let’s pray for a beautiful world
The beautiful world I’ll share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On their new bloody playgrounds
Oh no!
How could we ignore?
Heart breaking crying sounds
And we still going on
Like nobody really cares
And we just stop feeling all the pain
Because like it’s a daily basic affair

No matter how far I’ll might be
I’m always gonna be your neighbour
It’s only one small planet we’re to be
So I’m always gonna be your neighbour
We cannot hide, we can’t deny
That we always gonna be neighbours
Your neighbour
My neighbour
We’re neighbours

So hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Hold My Hand4.759

Wednesday, December 16, 2009

..selamat berhijrah..

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, December 16, 2009 0 comments

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

santai tengah malam

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, December 16, 2009 2 comments

bila imtihan dah dekat....

antara perkara2 yang dilakukan semasa exam dah dekat. kalau time bukan exam tak pernah langsung terfikir nak buat semua ni..antaranya ialah :

suka belajar masak makanan yang tak pernah masak pun sebelum ni.

rajin nak hias bilik bagi lawa.

lagi byk nak add kawan fs,fb,ym,tagged dll

buzz kawan2 dalam ym yang xpnh kenal pastu tanya "ni sapa entah?"

nak pi shoping walau duit xde

rajin sapu sampah

nak tengok cerita2 kat laptop

nak hafal lagu2

tidur banyak

tiba2 suka iron baju yang melampau2

suka makan benda merapu(keropok,air gas,cklat dll)

suka jalan2 xtau nak buat ape..ambik angin.

suka berangan

tiba2 rajin nak rancang masa depan

suka pulak ziarah rumah org..tgk apa kwn2 tgh buat

tiba2 ada ilham nak buat sajak atau lagu

candid gambar kwn2 tgh setadi

mengacau org

rajin pula nak baca novel

baca balik artikel2 yang belambak2 dalam laptop

suka menyanyi..

jalan2 tgk blog orang

suka nak kitar semula contoh : kitar semula botol2 air dan botol2 solso(tomato pes)

suka melukis2 walaupun lukisan tu tak cantik

suka nak main mainan traditional contoh : batu selambut,congkak dan lain2

tiba2 rajin menyegak(nak cantik) la pulak.

rajin susun2 balik kitab2 yang beli kat ma'rod

rajin nak kemas loker walaupun dan elok dah

rajin nak cuci tandas-sampai tndas tu bersinar2

gosok belakang periuk yg hitam jadi putih

basuh baju guna tangan walaupun dah ada mesin(guna mesin xbersih)

hati tiba2 rasa kesunyian,pastu mulalah nak kawin kan..hihi

tiba2 rasa mcm dah pandai.so,xnak baca buku

tiba2 asyik cakap sorang2

tiba2 teringin nak jadi cikgu tadika buka neseri

rasa macam nak balik malaysia(balik kampung)

teringat kucing,kambing2,ayam2 kat rumah-takut xde sape bg mkn

rasa macam nak bela ikan dan arnab

suka cakap bahasa2 yang sukar difahami

tengok orang rasa menyampah

tiba2 nak bluetooth lagu macam2 dalam hp

suka kira kereta warna hijau masa dalam bas

tiba2 rajin pula nak buat blog

hai...dah2 pi setadi..10JAM ni..hmm

Monday, December 14, 2009

..TanTer KanGAn BaNgaT..

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, December 14, 2009 0 comments
adam

qistina

ammar

rayyan

muhammad

p/s :jadi budak baik,ingat pesan tanter ni..

Friday, December 11, 2009

...Alhamdulillah ketemu juga akhirnya..

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, December 11, 2009 1 comments

Assalamualaikum..selamat hari jumaat semua ye..ada berita gembira hendak dikhabarkan..(gembira dipihak ana) Hampir 2bulan otak ana berfikir untuk menulis satu "artikel" ni..tiba2 semalam timbul pula rasa nak cepat-cepatkan post tentang "hal" ini..Dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah..ana terjumpa satu artikel yang bertepatan dengan apa yg ana nak tulis. Oleh itu ana amatlah berterima kasih kepada beliau! ana mohon keizinan dari pihak tuan hamba,sekiranya anda membaca artikel ini ana mohon maaf dan minta dihalalkan..syukran(^_^)

p/s : artikel ini ditulis sendiri oleh ikhwah.

ostad! tolong jadi musyrep buleh tak??

MUSYREP? Pernahkah anda mendengarnya? Perkataan ini berasal daripada bahasa arab. Adakah ia merupakan nama sejenis makanan arab? Seperti kusyari? to'miyyah? suguk? firakh masywi? kibdah? kuftah? Mari sama-sama kita saksikan dan lihat apakah rahsia yang ada di sebalik perkataan ini.
Sebenarnya tiada sebarang rahsia yang tersembunyi. Apa yang ada hanyalah pelbagai kisah suka dan duka, sedih dan gembira serta aib dan maruah yang tercalar...

Musyrep pada asalnya ialah musyrif, isim fa'il yang bermaksud seseorang yang menjaga, memelihara dan mengawal sesuatu dengan baik. Ia juga mempunyai maksud lain, tetapi cukuplah maksud tadi untuk menjelaskan apa yang akan saya sampaikan pada kali ini.

Di Mesir, suasananya agak berbeza berbanding Malaysia. Tahap keselamatan di sini agak rendah terutamanya bagi kaum wanita lebih-lebih lagi pada waktu malam. Jadi, ia membuatkan keadaan menjadi tidak sesuai bagi kaum hawa untuk keluar pada waktu malam tanpa alasan dan cara yang sepatutnya.

Secara mudah kita katakan bahawa tidak sesuai bagi kaum perempuan keluar pada waktu malam. Siapa tidak kenal pak arab? ataupun kurang sedikit, abang-abang arab? Tahukah anda makanan arab adalah sangat baik untuk tenaga. Lengkap dan cukup untuk zahir dan batin. Mereka tidak perlu lagi kepada tongkat ali atau kacip fatimah. Apa buktinya? Pernah suatu ketika, saya menyaksikan sesuatu yang tidak pernah saya saksikan sebelum ini. Seorang mak cik arab (tok nek), menjunjung tong gas di atas kepalanya dengan gaya selamber rocknya. Itu baru mak cik arab yang perempuan, cuba bayangkan abang-abang arab atau pak arab yang sihat, kuat, gagah dan perkasa.

Bagaimana jika kaum hawa ada urusan penting? Di sini sudah maklum dan jelas bahawa apabila akhowat (wanita) ingin keluar malam kerana urusan penting, maka mereka berhajat kepada musyrif iaitu seorang lelaki atau lebih (bergantung pada keadaan) yang akan menjaga dan menemani mereka sepanjang perjalanan mereka. Perkara ini sudah terlalu jelas, seolah-olah ia merupakan salah satu daripada perkara al-ma'lum minad din bid doruroh.

Tapi, terlalu banyak kes di mana terdapat akhowat yang tidak dapat mematuhi dan memenuhi etika ini. Ada yang sanggup dan berani keluar seorang diri pada lewat malam di kawasan yang orang lelaki pun takut untuk melintasinya seorang diri, tapi itulah yang berlaku. Maka, berlakulah pelbagai kes yang menyayat hati, mengguris perasaan dan menusuk qalbu... Apa yang boleh kita katakan? Bubur tidak mungkin menjadi nasi...

"Eh, nape nak guna musyrif ni? x baik tau! semua ni ikhtilat!"

Ada juga yang berfikiran begini. Tidakkah dia tahu bahawa ada ikhtilat (pergaulan) yang dibenarkan? Lelaki dibenarkan untuk berkomunikasi dengan perempuan atau sebaliknya jika mempunyai urusan penting. Mungkin dia menganggap dirinya bertambah siqah (dipercayai) dengan bersikap demikian, padahal dia tidak sedar bahawa perkara itulah sebenarnya yang membuatkannya hilang siqah.

"x prlulah musyrif2 ni, tawakkal ja. Nnti Allah akan jaga kita..."

Wah!hebat sungguh tawakalnya! mungkin ditarbiah oleh mereka yang hebat pergantungannya pada Allah. Alangkah jahilnya orang yang sebegini pemikirannya. Rasulullah pernah menasihati seorang sahabat agar menambat untanya apabila sahabat tersebut bertanya sama ada cukup dengan bertawakal atau ditambat terlebih dahulu.

Dalam riwayat Imam Al-Qudha’i disebutkan:

“Ertinya : Amr bin Umayah Radhiyallahu ‘anhu berkata, ‘Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah !!, Apakah aku ikat dahulu unta (tunggangan) ku lalu aku bertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal ? ‘Beliau menjawab, ‘Ikatlah kendaraan (unta) mu lalu bertawakkallah”. (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, no. 633, 1/368)

Lihatlah, unta yang kita katakan sebagai haiwan pun Rasulullah nasihatkan agar ditambat supaya terjaga, inikan pula maruah seorang wanita! Adakah maruah unta lebih bernilai dan mulia daripada kita? Ataupun kita sudah merasakan bahawa kita sudah terlalu hina sehingga menjadi lebih sesat daripada haiwan ternakan?

"kawan2! ustaz yang dok round slalu tu xdak! jom la kita kluar! yah! kita merdeka!!"

MasyaAllah! Ada juga yang macam ni? Di manakah keihkhlasan kita? Apakah kita lebih takut disergah dan dinasihat oleh ustaz hisbah (penguatkuasa) berbanding takutnya kita akan kehilangan maruah yang Allah kurniakan?

"xmau la guna musyrif, nnt nk kna tggung tambang dia. bankrap la cmni.."

Todia!! Mai nak tanya, kalau diberi pilihan antara wang dan maruah, manakah yang akan anda pilih? Mungkin bagi sebahagian kita wang adalah segala-galanya...

Adakah semua ini hanya salah akhowat-akhowat? Adakah yang ikhwahnya (lelaki) terselamat? Tidak begitu sebenarnya, kedua-dua pihak bertanggungjawab.

Kaum lelaki perlu sedar bahawa Allah telah memberikan beberapa kelebihan pada mereka. Allah tidak ciptakan sesuatu dengan sia-sia. Lelaki dan perempuan saling memerlukan dan saling bekerjasama. Bak kata Wonderpet, "Apa yang penting? Kerjasama..."

Tidak lupa juga kata-kata datuk Spiderman, "Remember, with great power, comes great responsibility."

Jadi, saya menyeru kaum lelaki, ustaz-ustaz dan doktor-doktor agar kita sama-sama menjaga keselamatan dan keharmonian bersama. Janganlah kita asyik memberi alasan yang dibuat-buat. Sikit-sikit sibuk, sikit-sikit ada kerja. Ya, kita tidak nafikan bahawa setiap kita ada tugas masing-masing, tapi cubalah kita luangkan masa untuk membantu insan lain. Jika kita benar-benar sibuk, cubalah tolak dan jelaskan dengan sebaik-baiknya.

Ada juga sebahagian ikhwah yang terasa, marah dan merajuk dengan sikap sebahagian akhowat. Mungkin kerana kurang adabnya atau kurang menghormati musyrif mereka atau terlepas kata-kata yang kasar. Bagi saya, kita perlu memahami mereka (akhowat), mungkin mereka kurang stabil atau tiba bad mood time. Mungkin juga ada yang memang rendah akhlak dan peribadinya, orang yang sebegini perlu diberi nasihat, cubalah jelaskan dengan baik. Apa-apapun, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Jangan dicampur-adukkan dengan perasaan atau dendam.

Akhir kata, marilah kita hargai maruah yang Allah kurniakan, marilah kita tunaikan tanggungjawab kita setelah kita dikurniakan kelebihan oleh Allah. Sebenarnya, telah Allah tunjukkan akibatnya pada kita setelah ada yang mengabaikan ini semua, ada yang ambil pengajaran dan insaf. Tidak kurang juga yang mengabaikan dan tetap dengan egonya. Moga kita sama-sama diberi petunjuk dan dipelihara Allah.

jasa baik :http://almomentum.blogspot.com

tambahan :

bagi ustaz2 dan doktor2 majlis kebajikan keluarga kedah(mkkk) yang pihak akhawat hormati sekalian.Supaya tidak berlaku hanya exco sahaja yang jadi musyrif seperti yang berlaku sebelum ini, pihak badan dan unit kebajikan tabung derma(mkkk) telah mengeluarkan jadual musyrif yang bertugas bagi menyelaraskan dan memudahkan semua pihak. Harap pihak kalian merujuk hal ini. Ini kerana pihak akhawat sangat memerlukan bantuan dan khidmat masyarakat dari kalian untuk pergi kelas toturial dan pengajian pada waktu malam. Semoga usaha kalian dihitung oleh Allah di padang masyar nanti..kami barisan akhawat mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih di atas kesudian anda dalam menjalankan tugas yang mulia ini. Semoga kalian najah dalam imtihan..amin. SELAMAT MAJU JAYA!

Thursday, December 10, 2009

..petua kuat ingatan..

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, December 10, 2009 0 comments

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh
kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,
mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan
fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin
hafal,hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.
Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan
ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah
mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga
unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan
untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang
paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar
kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu
boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang
dibacaoleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia
merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium,
fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,
choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka
Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan
mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan
manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis
lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang
memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu
dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus
dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan.
Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat
bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang
segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular.
Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap
mengandungikadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara
terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki
darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan
daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat
serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis
vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,
pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.
Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang
pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar )
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda
juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan
memasukkan labuke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan
fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti
yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

kempen :
JOM BACA KITAB KULIAH..!!

Wednesday, December 9, 2009

kata2 motivasi

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, December 09, 2009 0 comments

"exam dah dekat"

"rajin baca buku"

"buktikan cemerlang"

"jangan malas,kena rajin"

"study hard dan smart"

"jgn hard sangat sampai lupa masak"

"balik jadi contoh tauladan"

"kuat semangat"

"usaha kena lebih"

"dekat diri dengan Allah"

"jgn sakiti org-fizikal@mental"

"mulut jgn celupar"

"JANGAN LAGHO..(korean,japan,taiwan,hindi,hollywud ect)"

"jangan buang masa"

"kitab jangan simpan-baca+faham+hafal+ingat"

"tolong diri sendiri untuk berjaya"

"jangan belajar nak CUKUP MAKAN saja..tapi nak CUKUP MEMUASKAN"

"kalau org lain boleh kenapa kita tak boleh?"

"hablu minallah..wa hablu minannas.."

"bantu kawan2 yang lain,jangan penting diri.."

"hidupkan suasana study"

"bilik kena bersih.."

"kebersihan kena jaga"

"utamakan kerja yang penting dulu.."

"jaga perasaan sahabat"

"dengarlah teguran org,kita bukan perfect pun.."

"makan makanan berkhasiat"

"jgn tidur lebih2.."

"jangan sampai tak tidur pulak.."

"kesihatan kena jaga"

"yakin pada diri"

"AKU,KAMU dan MEREKA pasti boleh..!"

"banyakkan berdoa,minta pada Allah.."

"ikhlas tuntut ilmu kerana Allah.."

"YA ALLAH..hamba mohon berikan kefahaman untuk hamba dan sahabat2 seperjuangan hamba dalam mendalami ilmuMu yang luas ini..semoga ilmu ini dapat diamalkan dalam hidup hamba semua..semoga hamba2 Mu ini berjaya dengan baik dan cemerlang.."

Saturday, December 5, 2009

aktiviti cuti raya..

Posted by UmmuL SyabinaR at Saturday, December 05, 2009 2 comments
(1)membuat banner untuk malam gema takbir(raya haji) syukran untuk sahabat2 dan adik2 yang membantu..!!

(2) beraya dirumah terbuka dan makan daging unta,kambing,lembu dan kawasan yang sama waktu dengannya.

(3)menjadi guru bahasa inggeris(mujahid,ziyad dan mubarak :sila belanja kak sya ye)

ziyad+kamus atau ziyad=kamus?huhu
mujahid yang hampir nak tension..

sampai tertidur dah budak dua orang ni.

(4) mengadakan tahlil dan bacaan yassin di bait baru kami. juga sedikit jamuan hari raya.
menu :

laksam
kek coklat

agar2 jagung
jus orenantara ikhwah yang hadir..

ruang legar yang terhad

sudut minuman dan pencuci mulut.

nak letak dalam laksam..

orange juice by ratu(respon=manis gila)

manisan yang habis dalam masa setengah jam sahaja.(respon=sedap..hihi)

laksam??yes..in egypt kan..

no idea.

itulah aktivitinya..oleh sebab ini,ana telah mengabaikan kitab2 kuliah..nak exam dah ni....!! sebelum ana mengundur diri,ana ingin merasmikan kempen terbaru dari ana iaitu dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal