Monday, January 12, 2009

rInDuNyA BuaH hAtI MaKtEh.....

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, January 12, 2009 0 comments

MUHAMMAD ADAM BIN JAMLUS AFFANDI

NUR QISTINA ANISA BINTI MUZAMMIL IKRAM

" YA ALLAH KURNIAKAN BAGI KAMI BAKAL PENYAMBUNG ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH..AMIN..."

adik kita di palestin...

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuksangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bilanampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepasmandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semuaorang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid punpakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummikata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denaikecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar,La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adikkhusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilalmasjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagatadik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adikpandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walidberbual tentang syahid, perjuangan,perang.. dan lain-lain lagi. Nama negara adikpun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjidkebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, MasjidilAqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salahsatu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israkdan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adiklihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk dipenjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solatraya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bilawalid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamitmembaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adikbaca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud. Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salamandengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itutenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalamudara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orangbertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjatasedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan.Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut.Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautantangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuhtumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak.Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid.Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopakmata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari.Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisiwalid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah.Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku."Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dankanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adiksebut nama walid berkali-kali.Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis.Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cubatenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dahbesar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dancium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah.Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adiktanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagumenunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walidpergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembalilagi. Adik cuma mengangguk."Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air matadi pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah.Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu.Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok.Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali.Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adikdibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak bendabulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegangdan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adikmasam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abangtersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipimontel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bolaseperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi.Merajuk. Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak adauntuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahumenangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, oranglelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abanggalas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulatseperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menunggu didepan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi pelukabang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mataterkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik.Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang."Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergiberjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara. Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adikmengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macamperkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi.Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebutperkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan namamalaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutanadik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kataIsrael jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yangmencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benciIsrael. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah. Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebayaadik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yangbersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuhwalid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adikbaling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yangmenimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu.Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada jugakawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju merekamerah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untukmenyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Diajuga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangatcantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adikpulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi padakeesokkan harinya. Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adikbuka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mulaberbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masihberasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunyaroti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagitadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnyatersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulutadik. Adik kunyah dengan gelojoh."Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhiroti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik."Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan."Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.Ummi senyum."Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketikamenyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuhnabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Namaadik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabahdan cekal macam Nabi Muhammad. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran.Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejapadik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mataadik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran."Bismillahirrahmanirrahim.."Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itudengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adikhendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baruumur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatamAl-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlahsatu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari.Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkandari luar."Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depanrumah."Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh.Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurgamenanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golonganorang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebutlagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummiberitahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyaianak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yangsangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyumpada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin merekamenghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adiktunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkirpada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkirapabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adikyang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi kesatu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semuaorang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abangdan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adikdikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekorantindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecilmemudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosokdi satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendangummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidakputus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adikmenahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adikbenci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummidengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba..... "Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adikberlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit.Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untukmelindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidakberdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyumpada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikutwalid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telingaummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripadajatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamalmelambai-lambai ke arah adik.

Friday, January 9, 2009

SURAT UNTUK UKHTIE....

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, January 09, 2009 0 comments

Dear Ukhtie..

apa khabar imanmu hari ini?
semoga selalu nampak maju...

apa khabar hatimu hari ini?
semoga selalu bersih dari debu juga kelabu..

apa khabar cintamu hari ini?
semoga selalu berpeluh rindu pada Nya...

Ukhtiku sayang..

sungguh indah hidup setelah di alam perkahwinan..
apa yang sebelumnya haram menjadi halal..
semua perbuatannya mendapat pahala..

yang berlimpah di sisiNya...
suka duka dilalui berdua..
senang sedih ada yang menemani...
tawa tangis ada insan disisi..

Ukhti yang ku cinta..

pernikahan adalah setengah dari agama..
dan ia menggenapkan agama menjadi satu..
sungguh, menikah seperti melihat dunia lain..
yang tiada pernah dikunjungi sebelumnya..
apa yang tidak boleh dilihat sebelum menikah..
kini tidak lagi..
seakan membuka mata kanan yang sebelumnya..
belum pernah dibuka begitu luas..
begitu indah...
hingga Rasul pun menyunnahkan suatu pernikahan ini...
"bukan termasuk ummatku, jika ia berkeinginan tidak menikah..."

Ukhti yang ku rindu..

menikah adalah keputusan besar..
dari suatu perjanjian berat...
pernah ada yang berkata..
"saat akad diucapkan Arsy tertinggi bergoncang.."
kerana suatu perjanjian berat diucapkan..
kerana itu saat akad terjadi ada tangis disana..
tangis suka, tangis duka...
"Allah menjadi saksi kerana..
Dia Yang Maha Melihat lagi Mengetahui segalanya...
dan setiap undangan yang datang..

Ukhti yang sanjungi..

yang sedang menanti "anugerah"nanti lah dengan sabar...
sungguh, Allah Maha Tahu yang terbaik untuk dirimu...
siapkan dirimu, hatimu..
sangat mudah bagiNya memberikan "anugerah" itu untukmu
berharap lah pada Nya..
dan mintalah padaNya..
Pemilik semester alam..
dan Pencipta "anugerah" untukmu

Ukhti..

yang sedang menjelang akad..
berdoa lah selalu padaNya..
penentu segalaNya...
mohon petunjukNya jika "anugerah" ini adalah yang terbaik untukmu..
kemudahan, juga kelancaran dalam peristiwa besar nanti...
sungguh, Allah Maha Tahu yang terbaik untuk dirimu..
siapkan dirimu, hatimu..

Ukhti yang ku hormati..

yang telah menikah..
jagalah nikmatNya yang besar ini..
jadilah penyejuk hati dan pandangannya..
menjadi isteri solehah dambaan..

Ukhtiku sumber inspirasiku..
bahagiamu adalah bahagiaku..
sedihmu juga sedihku..
tawamu, tawaku..
juga tangismu adalah tangisku..
semoga Allah Yang Maha Indah,
memudahkan langkah ini..
memberikan yang terbaik menurutNya..
dan menjadikan wanita dan isteri juga ibu solehah

yang amat menyayangi kalian...

~sis~

salam taj mahal..

antara gambar2 kenangan yang sempat di ambil bersama kakak2 medic di india

aktiviti menariknya...:

solat di masjid azhar..

ziarah makam husin..

jalan-jalan shoping kt khan alkhalili..

beli2 brg..

tawar menawar...hehe

makan burung merpati..
beli barang lagi...hihi

hmm..

best la..

nnti nk pi india la pulak...!

mama boleh x?nk pi india..

huhu..~

Wednesday, January 7, 2009

...BiDaDaRi BuAt Aku...

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, January 07, 2009 1 comments

Bidadari untukku..
By:disebalikkacaistanaku

“Nikah??betul ni ammah?” Jawab gadis manis yang sedikit tersipu malu serta tangannya cepat-cepat dimasukkan dalam albaya nya yang labuh itu..
Ayesha yang begitu lembut itu tiba-tiba menjadi tegas.”Tapi dengan siapa ammah?tanya Ayesha lembut kepada ammahnya yang tersayang..ammah leila lah yang menjaga dia selama ini..sejak dari kecil Ayesha hidup tanpa ibu bapa dan keluarga..tiba-tiba wajah ammah nya itu bertukar menjadi suram..mengapa?”adakah ammah sedih perihal pernikahanku nanti?”terdetik dihati Ayesha memikirkan tentang ammahnya itu.. Ayesha masih menunggu jawapan dari ammahnya itu..beberapa detik selepas itu bebola mata yang berkaca milik wanita berumur itu menembusi ruang mataku seolah-olah merelakan aku bernikah secepatnya..tapi kenapa ammah tidak menunjukkan kebahagian di wajahnya sedangkan aku akan bernikah?bukankah ini berita yang gembira pada umumnya..?
“Dengan Syaheed.” “Apa..??Syaheed??”disaat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa terkejutnya Ayesha..tangannya cepat-cepat menutup bibirnya..Syaheed..
“Ayesha fikir dulu ye..Syaheed beri Ayesha 3hari..”kata ammah yang separa sebak itu. “Tapi kalau lagi cepat lagi bagus ya Ayesha..”Ayesha masih tidak bergerak ditempatnya sedangkan ammah nya sudah mula beredar dari situ..pandangannya beralih ke jendela memerhatikan rumah-rumah dilorong sempit itu dan disana juga terdapat debu tebal yang memenuhi jalan..Pernikahan?dengan Syaheed..?Siapa tak hendak..? Tapi semua orang pun tahu apa erti sebuah pernikahan di Palestin? Apatah lagi para pejuang lain amat memerlukan ketabahan yang luar biasa.Terutamanya bagi tiap gadis,yang menikahi pemuda pejuang seperti Syaheed..tapi mampukah aku setabah ini menghadapi apa yang bakal berlaku?
Pernah seketika dulu di waktu kecil Ayesya sering memerhatikan Syaheed dan teman-temannya yang baru pulang dari kem latihan Hammas. Mereka saling bertentang mata secara kebetulan. Mereka juga jiran. Begitu lah Ayesha mengenali Syaheed yang lebih tua lima tahun darinya dan Ayesha kagum melihat keberanian yang ada pada diri Syaheed. Abuya Syaheed adalah salah seorang pemegang pimpinan tertinggi dalam organisasi Hammas sebelum beliau Syahid dalam pertempuran penyerangan markas tentera Israel. Umi Syaheed pula memimpin para wanita palestin.biasanya tugas mereka adalah untuk menyulitkan lagi pasukan Israel yang cuba menceroboh masuk kawasan mereka seperti di pasar-pasar serta kediaman dengan pelbagai cara. Barisan tentera yahudi ini diberi pengajaran atas pejuang Intifadah. Bukan lah tujuan untuk berisiko tapi,melihat para tentera laknat itu tidak sedikit pun menaruh rasa simpati terhadap wanita apatah lagi kanak-kanak yang masih kecil..para wanita palestin ini sama-sama bergabung menyedari betul apa yang mereka hadapi.Biarpun terkena tamparan,tendangan bahkan peluru senapang hingga tubuh mengalir darah hatta terpaksa korbankan nyawa sekalipun,mereka sedikit tidak kisah..kerana mereka telah pun menjalani tanggungjawab mereka pada agama..
Ayesha pula sejak lima tahun lalu tidak pernah sekali-kali tidak menghadirkan diri dalam pertempuran seperti ini..walaupun sekali..Ayesha sangat cemburu melihat kaum adam yang mendapat kesempatan memegang senjata. Oleh sebab itulah gadis berkulit cerah kemerahan tidak ingin kehilangan kesempatan berjihad,sejak usianya 10tahun.
Tiga tahun lalu umi Syaheed syahidah dalam suatu pertempuran,setelah sebutir peluru mendarat didahinya dengan jarak dekat. Begitu ramai yang hadir kerumah Syaheed untuk kali terakhirnya. Ayesha juga sempat mengebumikan jenazah pejuang wanita itu.
Pedihnya kehilangan umi..!Ayesha sedar perasaan sedih itu datang dari fitrah manusia sedangkan sebenarnya tak perlu bersedih atas kematian seorang syahid..jaminan syurga milik umi Syaheed..
Begitu kagum melihat ketabahan Syaheed yang menguruskan upacara pengebumian dengan tenang..disaat hingga tanah pusara menutup dan memisahkan dari bunda tercinta..tidak ada sedu-sedan, tidak ada air mata yang gugur dari mata lelaki itu..kerana dia sedar menangis hanya sia-sia..Syaheed hanya berdoa yang tidak putus-putus untuk uminya itu..begitulah Syaheed menghadapi kehilangan abuya,saudara-saudara lelakinya adik perempuannya yang paling kecil dan yang terakhir ummi yang dikasihi..

Dan kini Ayesha berumur 21tahun masih menyimpan rasa kekaguman dan simpati terhadap Syaheed..bayangan wajah lelaki bermata besar itu menjelma lagi..menjadi pemuda yang gagah.dengan kulitnya yang merah kecoklatan,hidungnya yang pasak indah,dan matanya yang setajam helang.semangat perjuangan dan ketabahan yg sunnguh luarbiasa.sewaktu dua abangnya melakukan aksi bom berani mati.meletupkan gudang glogistik Israel.dia hanya mengucapkan innalillhi sebelum bangkit menggemakan Allahu Akhbar sebanyak tiga kali dia juga mengkhabarkan berita ini pada umi nya..Lalu,ketika Fatimah adiknya yang diseksa dengan kejam oleh tentera laknatullah.diperkosa dan dibunuh sebelum dilemparkan tepi jalan yang pakaiannya yang carik.Syaheed tetep dengan tabahnya seperti yang sebelumnya. Padahal semua orang tahu betapa cintanya pada Fatimah adik bongsu dalam keluarga.Sesekali Ayesha tidak mengerti hati Syaheed itu diperbuat dari apa?setelah semua kehilangan tak ada dendam yang boleh membuatnya menyerang secara membabi buta atau meluapkan amarahnya dengan makian kotor.Bahkan Syaheed menerima semua ini dengan keikhlasan yang amat dasyat. Matanya masih berkilat saat diluar sana ramai yang menyebut nama adiknya yang solehah itu juga ketaatan dan kesetiaan Syaheed dalam koordinasi gerak Hammas yang semakin bertambah.

Selepas dua hari mereka berhadapan pertama kali dalam hidupnya bisa menatap wajah lelaki itu dengan dekat.Syaheed yang tenang.. Bibir Syahed sukar untuk menguntum senyuman sebelum ini sering tersenyum..sejak ijab Kabul diucapkan maka rasmilah rumah tangga kedua mempelai ini..Syaheed tetap dengan tenangnya manakala Ayesha pula yang tersangat gemuruh.Tapi segala makin berkurang ketika Ayesha menatap wajah lelaki yang kini sudah menjadi suaminya itu..dan senyum yang pertama kali dilihatnya begitu manis tetapi tiba-tiba perasaan Ayesha bertukar menjadi kurang enak apabila terkenangkan peristiwa sejak dua hari lalu..ketika seluruh pekan Gaza ini sibuk membicarakan tentang Syaheed yang berumur 26tahun itu sedang mencari calon isteri dan dia akan menikahi gadis itu secepatnya.Tapi siapa yang akan menerima perkahwinan yang berusia sehari semalam..? percakapan gadis-gadis seusia dengannya ini membuatkan Ayesha tidak mengerti lalu bertanyakan ammah tentang perihal ini..sebab lelaki itu sudah menentukan hari kematiannya.Ya allah sungguh,aku telah tahu suamiku ini akan pergi meninggalkanku..masa untuk kami berdua sudah hampir habis..

Ayesha hanya mengigit bibir menahan sebak didada kerana Syaheed adalah salah seorang pejuang yang akan bertempur besar-besaran pada esok hari selepas asar.adakah Syaheed akan melakukan aksi bom berani mati seperti dua saudaranya yang dahulu?alasan itu boleh diterima tapi mengapa Syaheed tidak sabar untuk menikah? Syaheed hanya menjawab dengan tenang kepada isteri nya yang tercinta itu..

“Ana ingin menghadap Allah yang telah memberi begitu banyak kemuliaan pada diri dan keluarga ana dalam keadaan sudah menyempurnakan separuh agama dan sekarang ana mahu minta keizinan dari isteri ana yang kini dihadapan ana”. Kalimah lelaki itu terhenti dengan wajahnya yang tunduk dan rahangnya yang terkatup rapat. Sambil menunggu jawapan dari Ayesha yang sedang cuba untuk merakamkan semua kata-kata suaminya dalam ingatannya..agak lama untuk Ayesha membuat keputusan putus. Syaheed juga tidak memaksa Ayesha dan dia hanya menunggu dan menunggu jawapan dari isterinya itu..

“Ya..ana izinkan pemergianmu suamiku Syaheed andainya pengorbananmu mampu menyelamatkan negara kita, mampu menyelamatkan agama kita, dan mampu menyelamatan saudara kita yang lain dari kekejaman Israel..” Jawabnya memecah kesunyian.Syaheed serta merta memeluknya dengan wajah berurai air mata..Bahagia bercampur kesedihan atas keputusan Ayesha..Syaheed tampak seperti sangat bahagia, sebelum tugas itu dilaksanakan dia berhasil menemukan pengantinnya.seorang bidadari dalam perjuangan yang sangat dia hormati dan selama ini Syaheed amat mengkagumi semangat juang Ayesha dari segi mental dan fizikal. Mereka bertentangan mata lagi..dalam lubuk hati Syaheed, Ayesha Nampak sangat jelita..Pengantinku?bidadariku?kata-kata itu diulang berkali-kali dalam hati. Namun secantik manapun Ayesha,Syaheed tidak akan berpatah balik untuk tujuan ini..perjuangan ini perlu diteruskan…kerana inilah janji yang ditekadkan jauh dalam sanubarinya..
Syaheed mula bersuara.. “Ana tidak menginginkanmu bukan kerana ana tak menghormatimu…….” Senyum Ayesha mulai surut dan matanya yang luas itu menatap wajah Syaheed tak berkedip,menunggu lanjutan kalimat lelaki itu. Ini malam pertama mereka dan setelah ini tidak ada malam-malam seterusnya. Esok lelaki yang berdiri dihadapannya akan pergi menemui kekasih sejati Allah RabbulIzzati. Namun begitu.tidak layakkah Ayesha memberikan yang terbaik bagi Syaheed sepertimana seorang isteri melakukannya?pandangan mata Ayesha makin luruh..Syaheed serta merta mendongakkan dagu isterinya itu manakala tangannya yang lain memegang kemas jari-jari panjang milik Ayesha seakan mengerti akan isi hati isterinya..
“Ana sangat mencintaimu Ayesha. Dan ana meredhoi semua yang telah dan akan Ayesha lakukan selama kebersamaan ini dan setelah ana pergi. Ana percaya dan berdoa Allah akan memberimu seorang suami yang lebih baik,selepas pemergian ana…”
Ayesha tersenyum dengan tindakan kali pertama suaminya itu lalu menyembunyikan hatinya yang masih gemuruh..seandainya dia bisa menceritakannya pada Syaheed. Tapi Ayesha tidak sanggup tetapi tidak mengapa. Langit tanpa bulan tidak mempengaruhi kebahagiaan dihati Syaheed . Bulan baginya telah menjelma bersama isterinya. Lelaki itu menyambung semula kalimatnya

“Ayesha pasti mendapatkan suami yang terbaik selepas ini dan kerana inilah ana merasa wajib untuk memelihara kehormatanmu..kita berborak sahaja ya?baiklah Ayesha ceritakan sesuatu yang ana tak tahu?”. Ayesha menatap keras wajah Syaheed sambil berfikir apa yang perlu diceritakan untuk Syaheed bagi menurut arahan suaminya itu. Tidak lama selepas itu bibir wanita itu tak henti-henti menceritakan kisah lucu semasa mereka kecil. Gurau senda bersama teman-teman sepermainan. Mereka saling ketawa dan saling bertukar cerita masing-masingnya. Diantara senyum tawa riangnya suaminya,Ayesha sempat memikirkan tentang lelaki yang berada disisinya itu.. “Ya Allah,aku ingin membahagiakan dia dengan apa cara sekalipun..”

Malam itu mereka mengerjakan Qiamulail dan tilawah bersama. Kali pertama dan terakhir. Hingga masuk waktu subuh mereka tak putus-putus saling memandang dan perpegangan tangan lalu solat subuh yang terakhir bersama-sama secara berjemaah..Ayesha belum pernah rasa bahagia seperti ini berada disamping suaminya,menunaikan solat bersama.. jauh di lubuk hati Ayesha hanya menghitung jam. Tinggal beberapa jam lagi dan semua ini akan menjadi suatu kenangan yang terindah.. dirinya dalam kenangan Syaheed. Dan Syaheed dalam kenangan kami semua..pejuang islam!

Ketika fajar mula menampakkan diri,Ayesha yang kelihatan kemas kembali menatap wajah Syaheed yang tertidur di atas tikar sejadah itu lalu mencium kening dan tangan lelaki itu sebelum mengorak langkah dengan pelannya yang lain tidak siapa pun mengetahuinya. Dan mengambil satu-satunya barang milik Syaheed yang tersangkut di dinding. Ayesha mahu ke mana?

Syaheed terjaga dari tidurnya apabila ketukan pintu berkali-kali yang kuat pada jam tujuh setengah pagi itu. Begitu ramai orang memenuhi ruang halaman rumahnya..dalam hati Syaheed dapat mengagak tentera Israel menyerang lagi..dan ada yang syahid lagi.. mahu pun di pagi pernikahan Ayesha dan Syaheed..
“Syaheed……isterimu…Ayesha.. ” air mata yang mengalir di wajah aamah Ayesha amat mengejutkan Syaheed.. Syaheed segera masuk ke dalam dan melihat senapangnya serta seluruh peluru telah hilang lalu dia keluar mendapatkan ammah..
“apa yang berlaku…??!”
“ Isterimu telah menyelamatkan Markas Hammas dari diserang tentera laknat itu…10 dari tentera Israel mati ditangan Ayesha..malangnya mereka sempat menembak Ayesha sebanyak tiga kali menembusi dada isterimu…” Cerita ammah yang agak tersekat-sekat.
Syaheed merasakan tubuhnya menggigil..isterinya…? Ayesha mendahuluinya..? kepalan tangannya mengeras penumbuk. Mengenangkan semua keceriaan dan kemesraan serta upaya Ayesha membahagiakannya semalam. Jadi? Masya Allah….! Isterinya kini?benar-benar bidadari?. Fikirkan tentang ini mampu menghapuskan rasa pedih tadi yang cuba menguasai hatinya. Setapak demi setapak Syaheed berjalan ke hadapan. Keramaian umat islam di hadapan rumahnya menanti dengan sabar. Tidak lama selepas itu lelaki itu mula mempersiapkan diri lalu dengan tenang melangkah kakinya meninggalkan rumah. Waktunya tinggal sebentar. Tentera Israel pasti akan melakukan serangan sesegera mungkin setelah apa yang dilakukan Ayesha. Dia harus segera pergi. Syaheed mempercepatkan langkahnya. Teman-temannya sudah menunggu dalam Jip terbuka yang memuatkan mereka berempat. Sepanjang jalan tidak ada satu pun kata-kata yang lahir dari bibir mereka berempat. Semuanya melarutkan diri dalam zikir dan memutihkan niat. Operasi kali ini bercadang akan menghancurkan salah satu pusat militer Israel di daerah perbatasan. Memimpin paling depan,langkah Syaheed sedikit pun tidak ada keraguan disaat diam-diam mereka menyusur masuk. Allah memberikannya bidadari, dan tak lama lagi dia akan akan menemui dan menyusul bidadarinya di syurga..fikiran bahagiannya berbicara. Syaheed tersenyum, lalu mengaktifkan alat letupan bom yang melilit badannya..INI UNTUK PERJUANGAN..

Dan bumi baru sahaja menyaksikan suatu perjuangan pejuang Palestin..
Hujan pertama pagi itu untuk Syaheed dan Ayesha….

Tuesday, January 6, 2009

JANGAN STRESS..JOM KITA SANTAI

Posted by UmmuL SyabinaR at Tuesday, January 06, 2009 0 comments
NAK MAIN TEKA TEKI TAK?

ana tanya ana yang jawab ye..hehe
ok selamat berteka teki..

*dalam banyak2 air air apa yang paling berani?
-air terjun sbb berani terjun

*huruf jawi apa yang ada angin?
-huruf TA dan YA..tayar kan ada angin

*kasut apa yang paling keras?
-kasut cap bata

*ada 4org wanita kongsi payung kenapa sorang pun xbasah?
-sbb xhujan pun..

*hitam dan berpeluh..apa dia?
-semut hitam tgh joging

*scorpion kaler apa?
-kala jengking la...

*antara byk2 kotak,kotak apa xleh angkat?
-kotak penalti la..

*byk2 kera.kera pe pandai menaip?
-kerani

bersambung yer.....

NAK DENGAR CITA LUCU TAK?

DUA SEKAWAN
*Diceritakan di dalam sebuah hutan tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak khinzir dan seekor anak kerbau.. Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan, khinzir : Eish, boring la plak kan kerbau..
Kerbau : AAh, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie.. khinzir : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao.
Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau. khinzir : Ok. Kau dok diam2..
5 minit kemudian
khinzir : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau.. Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak khinzir..
5 minit kemudian Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..
khinzir : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau???
Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)
khinzir : Nie bukan muke aku Nie muke khinzir..

SAPE SASTERAWAN KITA?
Seorang Guru melihat Shima sedang mengantuk dan hampir tertidur di dalam kelas.. Kerana itu Guru tersebut segera memberi soalan kepada Shima.. Guru : Shima.. Siapa Sasterawan Kita? Shima : eh.. tidak tau cikgu... Bukan saya cikgu.. Guru : Cepat Shima.. katakan siapa Sasterawan kita? Shima : Sumpah cikgu.. bukan saya..! Kerana kesal.. Guru itu mengadukan hal tersebut kepada Dato Rahman.. bapa Shima.. yang merupakan seorang pemimpin yang paling ditakuti. Setibanya di sekolah, Dato Rahman berjumpa dengan anaknya Shima.. Ayah : Shima.. cepat katakan siapa Sasterawan kita Shima : Sungguh ayah.. saya tidak tau.. Dato Rahman marah.. dan terus menampar Shima.. Ayah : Cepat!.. jangan malu2... katakan.. siapa Sasterawan kita Shima : Betul Ayah.. Bukan saya.. saya tak tahu (sambil menahan sakit) Dato Rahman memukul Shima hingga jatuh ke lantai.. Dan pukulan demi pukulan, bahkan tendangan... dan Shima Tetap menjawab.. Saya tidak tau.. bukan Saya.. Melihat anaknya sudah setengah mati.. akhirnya Dato Rahman kembali berjumpa Guru Shima.. Guru : Bagaimana Dato?... Dato Rahman : Entahlah cikgu.. nampaknya memang bukan dia...!

BIL TALIPON

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!....

SIAPA PALING JAHIL

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgniat nak tarbiyah depa ni.Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkattakbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam punundur le ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka paramakmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawaterbhk2.Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus kedepan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habissembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgnbongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."Tok imam pun terkedu & terpana

KENAPA ORG MELAYU MKN DGN TANGAN?

window.google_render_ad();
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ........ !Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:Pertama:Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.Kedua:Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannyaKetiga:Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia
tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........

nnti kita sambung lagi yer..jangan tension2 lagi ye..ngapai bebaik..gembira itu ubat...

SEDEKAH..by opick

Sedekah

Alangkah indah
orang bersedekah
dekat dengan Allah
dekat dengan surga

Takkan berkurang
harta yang sedekah
akan bertambah
akan bertambah

Allah Maha Kaya
yang Maha Pemurah
yang akan mengganti
dan membalasnya

Allah Maha Kuasa
yang Maha Perkasa
semoga kan membalas surga

Oh indahnya
saling berbagi
saling memberi
karna Allah

Oh indahnya
saling menjaga
saling mengasihi
karna Allah

Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allahu ya Rahman

hmmm...ana suka sangat lagu ni..terasa dilubuk hati..sangat indahnya klo kita bersedekah.. sgt indahnya klo kita saling menjaga sgt indah klo kita saling berkasih..knp kita xblh nk sedekahkan doa kita pada saudara kita dipalestin?kan itu pun sedekah..kita masih terleka..alasannya jauh dari palestin..then kita xnmpak apa yg dirasa oleh mereka..

susah sgt ke nk doakan saudara kita?

sebelum mkn doakan la.."ya allah selamatkan saudara2 km di palestin.."

sebelum nk study doala..."ya allah laknatkanlah negara israel..."

sebelum kuar rumah doala.."ya allah berikan kemenangan pada umat islam.."

sebelum tidur doala.."ya allah andai aku pergi dulu satukanlah km di syurga.."

INDAHNYA BERSEDEKAH TU...

lawa kan gaza...?nk tau x tempat dah pun musnah....
tau sapa yang musnahkan?
ISRAEL LAKNATULLAH..!!

tersergam indah jamia'h ni...sekarang ni entah ada orang ke x...

kita kt sini pernah terfikir x..anak2 palestin belajar mcm mana?
ank2 palestin mkn mcm mana?

TERDETIKLAH DIHATI KALIAN SEDEKAHKANLAH DOA PADA SAUDARA KITA..WALAUPUN SIKIT..FIKIRKANLAH SIKIT KEADAAN DISANA..sekeras manapun hati kita..lembutkanlah..keamanan pasti milik islam...

Monday, January 5, 2009

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, January 05, 2009 1 comments
Imtihan terakhir..

“Assalamualaikum yahabibti..! rajinnya study..tak ajak ana pun..??” suara lembut sahabatku buah hatiku memecah ruang telingaku.Maryam Aula binti Muhammad..satu nama yang cukup berharga buatku..
“Astaghrirullahalazim..Maryam..Terkejut ana..Enti kata nak bangun pukul 3..Sekarang kan baru pukul 2pagi..Hmm…?”
“Hmmm..Asifu Ya Zuhairah…Ana mimpi buruk tadi..Takleh tidoq la..Ana temankan enti na? Ha…Tengah study apa ni..?. Diatas mejaku penuh kitab-kitab rujukan fiqh..Maryam sempat mencapai nota hasil tulisanku lalu tersenyum.
“Rajinnya dia…Nanti ana taswir jelah nota enti..Ana syaghol la sekarang tak sempat nak buat..Tak macam dulu…”, rungut maryam padaku..Aku mengerti situasi Maryam sekarang.. Di tahun akhir ini entah kenapa sahabatku ini seperti kilat.Selalu tidak lekat di rumah, pengajian di sana sini. Hatta pengajian di kedutaan Indonesia, Brunei dan Singapura apatah lagi talaqi di Azhar sentiasa istiqomah..Hinggakan taqdim untuk mengajar tahun 3 Syariah terpaksa ditolak atas sebab terlalu sibuk dengan pengajian luar..Aku ingin sekali mengikut jejak langkahnya tapi apakan daya,diriku bukanlah sepandai dia..mumtaz sofi setiap tahun..Tapi alhamdulillah aku najah ala tul..Tanpa Maryam siapalah aku,dia banyak membimbing aku sampailah aku mampu berdiri ditahap ini..”Ya ALLAH sesungguhnya kami telah datang bersama, maka pulangkanlah kami bersama..”
“Takpa Maryam nanti ana taswirkan untuk enti na..Maryam,ana tengok enti kurus sangat..Jagalah kesihatan..Imtihan dah dekat ni ana tak mau jadi apa-apa kat enti..”. Kucapai tangan halus milik Maryam, ternyata dapat kurasakan tulang-tulang ditangannya..Sangat kurus. Tanganku digenggam erat oleh Maryam.. “Zu..Ana rasa dah tak sempat lagi nak jaga kesihatan..Tanggungjawab ana sebagai penuntut ilmu agama Allah melebihi masa yang ana ada..Ana tak mau sia-siakan masa yang allah bagi kat ana ni..Kalau boleh ana minta Allah panjangkan umur ana….Ana nak amik Master pastu PHD….pastu…”. Aku amat terkejut dengan sikap Maryam yang tersedu-sedan serta amat ketakutan bagai dikejar hantu,air matanya,peluhnya dan tangannya yang menggigil..Ya ALLAH kenapa dengan sahabatku ini..??
“Maryam..Awat ni…Enti kenapa takut sampai macam ni?”. Tubuhnya yang lesu kupeluk erat. Semakin kupeluk semakin kuat tangisannya..Amat luar biasa sekali sikap Maryam..Adakah disebabkan mimpi buruknya tadi?
“Dah…jom kita solat sunat sama-sama na..Tak mau macam ni..”, kuseka airmata Maryam dan alhamdulillah bibirnya tersenyum mekar padaku..Aku kira mungkin Maryam kepenatan disebabkan terlalu banyak berjalan sepanjang hari.Kami solat sama-sama pada sepertiga malam itu lantas kami sempat membaca al-quran dan berzikir .
Esok, aku ada perjumpaan sedangkan kertas kerja belum kuselesaikan lagi..Ya ALLAH bantu lah hambaMu ini.. memegang jawatan exco selama dua tahun berturut-turut dalam MKKK bukanlah suatu perkara yang mudah bagiku..Tapi aku sedar perancangan Allah itu lebih hebat..dan dengan pertolongan Allah jualah aku terus bangun dan bersemangat.. Aku segera mengemaskan meja belajarku yang penuh dengan kitab-kitab rujukan yang telah kurujuk bersama Maryam semalam..Ternyata Maryam menjadikan semua kitab-kitab yang dibelinya di ma’rodh sebagai bahan rujukan utamanya.Aku hanya tersenyum apabila terdengar rakaman dari portal yang ku buka dipagi yang hening ini untuk mengisi suasana sepi asrama darulaman 3..Disana ku amati kalam Tok Guru Al-Fadhil Ustaz Aidil Azwal yang mengatakan akhawat boleh mati akibat ditimpa kitab sendiri.. Mungkin boleh terjadi begitu kalau tak manfaatkannya dengan baik dan aku tidak menafikannya..wanau’zubillah..Tapi Maryam bukan seperti itu..Aku yakin dan percaya.Dalam angan-anganku itu,aku dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitku..Serta-merta kucapai lalu membuka ruang pesanan.Aku menerima suatu pesanan dari Maryam..”Salam Zuhairahku sayang..ana balik malam sikit tapi janji tak sampai pukul 10 mlm”. Aku sepantas kilat membalas “ musyrif ada dak?”
“Mestila ada…Musyrif Singapura kot..hehe ok jaga diri, jaga iman”
“Enti la yang kena jaga diri..Jangan buat ana risau Maryam..ok salam”
Hari berlalu begitu pantas..Maryam pula begitu sibuk dengan talaqqinya, kuliahnya,
pengajiannya, ulangkajinya..Begitu juga denganku dan teman-teman seperjuangan yang lain.Kami hanya sempat berborak pada waktu tengah malam..Esok berakhirnya imtihan fasa kedua tahun empat merangkap tahun terakhir aku disini..Aku perlu lebih berusaha dan bersabar atas apa pun yang bakal berlaku..Tapi aku sentiasa bersangka baik dengan ALLAH…dan ALLAH takkan sia-siakan usaha hambaNya yang ikhlas mendapatkan ilmu..
Aku sempat mengintai Maryam yang berada di ruang tamu bersama meja bulatnya..Tekun dan bersungguh-sungguh..membuatkan aku begitu bersemangat untuk sambung menghafal kembali..
“Taraaaa…!! Jemput minum wahai puteriku sayang.”segelas teh panas buatan Maryam tiba-tiba dimejaku dua jam selepas itu..
“Wah…Syukran..Sempat lagi no..hurm…Manisnya..”, kuhirup perlahan-lahan air itu..manis sekali..
“Semanis ukhuwah kita…Zu, maafkan ana sekiranya ada melakukan kesalahan terhadap enti..Ana sayangkan enti sepenuh jiwa ana..Entilah sahabat yang paling ana sayang..,” kata-kata yang begitu menyentuh perasaanku.
“Ana pun Maryam..sayang sangat ukhwah kita,”kami sempat berpelukan dan bergurau senda hingga lewat malam.
Alhamdulillah..maka tamatlah imtihan pada hari ini..Seperti hari biasanya aku menunggu Maryam di depan pintu mabna adim kuliyyah banat. Maryam muncul dengan wajahnya yang berseri-seri.
“kaifa imtihan??”. Tanyaku. “Alhamdulillah kuwais,” Maryam tersenyum girang,itulah kali pertama kulihat wajahnya yang begitu ceria..Kami melangkah keluar jamia’h menuju ke mahattoh berhampiran dengan kuliah..Kereta begitu banyak dan laju membuatkan kami sukar untuk melintas.Ku pegang erat tangan Maryam cuba untuk melintas. Kami hanya ke depan dan ke belakang semula kerana tidak berani untuk melintas ketika itu..Maryam juga seperti menarikku supaya naik ke tebing melihat keadaan yang kurang selamat dan aku dapat melihat Maryam seakan-akan membacakan sesuatu,mulutnya terkumat kamit.Apa yang Maryam bacakan??Tidak lama selepas itu mama arab datang untuk melintas bersama-sama kami..Ku menarik nafas lega..Kereta bertambah laju dan mama arab itu tetap mahu melintas..Kami hanya mampu ikut sahaja..Kami berjaya melintasi jalan itu..Tapi kenapa tanganku dipegang oleh mama arab itu?mana Maryam?Aku mencari-cari Maryam. Maryam berada betul-betul ditengah jalan besar itu!! Aku terus menjerit..”Maryamm…!! hati-hati! Ada bas tu…!! Maryam hanya menoleh ke arah bas yang menuju betul-betul di hadapannya itu dan terus menoleh ke arahku semula dan sempat menjerit padaku.. “Tolong cetak kitab ana..!! ana sayang enti…!!”. Tubuh Maryam dilanggar bas. Aku nampak tubuh Maryam rebah di saat tubuhnya yang kecil itu bukan sekadar dilanggar bahkan digilis tayar bas dengan kejam! Percikan darah merah membasahi jalan yang baru sahaja aku lintasi..Aku juga nampak di saat kepala Maryam tercabut dari tubuhnya..Dan aku juga nampak kepala Maryam terguling dilanggar dan digelek oleh kereta lain..seperti tembikai hancur berderai..YA ALLAH..!!apa yang aku saksikan ini…?Aku hanya mampu menjerit dan teriak sekuat hatiku….MARYAMMMM……!!
“Dijemput Maryam Aula binti Muhammad, Tahun Empat Kuliah Syariah Islamiyah,Kaherah dengan pangkat Mumtaz,” aku tersedar dari lamunan lantas terus ku bangun sebagai wakil untuk mengambil ijazah Maryam selaku mahasiswi paling cemerlang dalam Festival Konvonkesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang yang dianjurkan oleh PMRAM.. “Maryam..ana akan berikan kejayaan enti pada mak ayah enti di kampung..”. Hampir sebulan lebih Maryam meninggalkan aku. Air mataku gugur tiap kali terkenangkanmu Maryam..Aku telah tunaikan amanah terakhirmu..Kitab Maryam telah berjaya dipasarkan di semua BKAN dan mendapat sambutan yang begitu hangat.
Aku akan pulang ke tanah air tak lama lagi..dan aku akan tinggalkan Maryam bersemadi disini,bumi anbiya’. Hanya kenangan Maryam bersamaku apabila pulang ke tanah air nanti..Bagaimana harus ku berdepan dengan keluargamu Maryam?jiranku sekampung denganku? YA ALLAH..Tabahkan hatiku menempuh segalanya..”Maryam…Ana rindukan enti..rindukan senyumanmu..,” dadaku sesak dan sukar untukku bernafas lagi apabila ku menatap potret yang pernah ku hadiahkan untuk Maryam dan disana aku dapat melihat tulisan Maryam “Maryam sayang Zuhairah”.Aku menangis dengan begitu kuat hingga memecah kesunyian malam.
“Maryam…Maryam..Maryam…”.aku hanya mampu memanggil nama itu dan tangisanku beralun seiring dengan alunan nasyid ‘kau sahabat kau teman’ nyanyian Hijjaz.
Baju milik Maryam ku pakai lalu menyusur keluar dari Lapangan Terbang Kepala Batas..Begitu ramai yang menantiku disana..dan aku ternampak ibu Maryam yang sangat pucat kaku seperti patung.. Aku terus berlari mendapatkan ibu Maryam lalu memeluknya dengan kuat…
“Makcik nak Maryam…Maryam anakku...,” kuseka airmataku supaya tidak mengalir keluar tapi akhirnya aku tewas.
“Ini Zu persembahkan kejayaan milik Maryam untuk pakcik dan makcik…”. Segulung ijazah sentiasa bersamaku telah dihulurkan kepada orang tua Maryam..Air mataku mengalir begitu pantas apabila melihat orang tua Maryam cepat-cepat membuka dan menatap ijazah itu seolah-olah Maryam akan kembali.
Ibuku segera menarikku dan memeluk rapat lalu berbisik padaku suatu ungkapan “Terima kasih anak mama kerana pulang dengan selamat..Terima kasih YA ALLAH kerana pulangkan anakku dengan baik..penantianku selama empat tahun ini tidak sia-sia..”. Aku memeluk dan mencium dahi ibuku dan ku persembahkan kejayaanku. Graduanita Universiti Al-Azhar Kaherah pulang bersama memori Maryam…

Maryam pernah menghadiahkan kepadaku kalam dari Imam Syafie’ sebelum pergi :

“Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku..Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang aku selalu berharap untuk mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka,jika aku dapat aku akan setia padanya….-Imam Syafie-
Sahabatku Anisah Zuhairah bt Mustafa…Ana sayang enti..-Maryam Aula Muhammad.

Glosari:
1)yahabibti.:sayangku 2)Taswir:Photostat 3) syaghol:sibuk 4) taqdim:dilantik 5) mumtaz sofi:mumtaz semua matapelajaran 6) najah ala tul: Berjaya setiap tahun 7)Imtihan:peperiksaan 8) ma’rodh:pesta buku 9) musyrif:peneman10) kaifa imtihan?:bagaimana peperiksaan?11) Kuwais:baik 12) jamia’h:universiti 13)mahattoh:perhentian bas
selamat menempuh imtihan ye sahabat2 suma...cerpen kt atas ni saja2 je cipta isi masa kosong dan sumbangkan ke majalah minda jelapang..hehe hargai sahabat anda teruskan usaha capai impian kita..!! jangan cepat putus asa..terus gagahi walaupun tersungkur..DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN...

HADIAH BUAT PENGANTIN

KHAS BUAT KANDA2KU YANG TERCINTA...

"hm..kak bal n kak ah ingat dak kita selalu lepak sama2 sembang kt bilik hujung?smbg pasal masalah famili,settlekn mslh famili..smbg pasal ummah..smbg pasal arwah bapak..kita cerita kisah masing2 masa kak bal kat mrsm pastu masa kak bal kt utm?kak ah pulak slalu cita kisah kak ah masa kt matrix,masa kt usm.. mentang2 time tu kak ti ada lagi memang malas la kita 3orng ni..suma suh ti wat..masak,basuh pinggan,basuh baju,kebun lagi..rindu kt ti la..!! pastu kak ti dah blk kita 3 org masih still lepak2 n sembang lagi..hehe dah habis sembang mama macam bising2 je sbb xmasak..huhu kak bal pila masak..sya tolong kak bal..kak ah pulak kemas2..kak ah suka lipat kain..kak ah mmg sesuai lipat kain kot..hehe..pastu kita hidang2 mkn sama2..kak bal pulak mmg terer la masak..kami suma tabikla kt kak bal..pergh..!! kalo masak tu kira licin la...huhu sya pulak tau tolong2 je..tolong kak bal ckit..tolong kak ah ckit..time raya pakat dok bahagi tugas..kak ah pi beli santan beratur punya panjang,lama pulak tu..(cian kak ah)..kak bal pulak mcm besa wat rendang(so amazingla...)sya pulak bahagian kuih dah kek2(beli je majoriti..haha)dari dulu lagi kita still wat cni kan??pastu klo hari jumaat suma kita pakat turun pi kebun...mlm makan sama2..kdg2 tu mkn kt luaq..bestnya..hmm...tapi sekarang suma dah berubah..kak ah n kak bal ada hidup masing2 tinggal sya sorang...(isk,isk) cepat sgt masa tu berlalu..rasa2nya tahun depan boleh lagi dak wat macam ni lagi?hm...sya dok mesir..kak bal n kak ah dah ada rumah masing2..tapi..sampai bila kita nk macam ni kan?baru sya tersedar rupanya umur kita dah semakin meningkat..apa2pun jasa mama kita jangan diabaikan..sya sentiasa doakan kebahagian kak bal n kak ah..moga allah berikan kalian rahmat hidup..berkat umur..rezeki yg melimpah ruah..zuriat yg soleh&solehah..moga dapat dpt jadi isteri yg solehah.ibu yg mithali, still kakak yang slalu ingat kat sya ni....sya sayang kak bal n kak ah..inilah hadiah sya untuk kak bal dan kak ah..doaku sentiasa bersama kalian...love u all.."-sis

KEPADA SAPA YANG MASIH MEMPUNYAI KAKAK KT DUNIA NI...SAYANGILAH MEREKA DENGAN SEBAIKNYA..SEBURUK-BURUK MANA PUN SESEORANG KAKAK TU INGATLAH MEREKA PERNAH MEMBERIKAN KASIH SAYANG PADA KITA...HARGAILAH MEREKA..

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, January 05, 2009 0 comments

......KENANGAN TERINDAH.......

"ya Allah ya tuhanku...rahmatilah arwah bapak ku.pakngahku serta paksu ku...jadikan mereka bersama golongan para solihin..tempatkan mereka disyurgaMu yang abadi..satukanlah kami sekeluarga disana nanti...kalau ada salah seorang dari keluarga kami tersesat dan tersasar pimpinkanlah ke jalan yg benar yg Kau redhoi..aku hanya mampu berdoa padaMU...."

sronok sangat kali terakhir jalan2 melancong dgn arwah paksu,maksu n tok..pi cameron..kami mkn2..naik ladang teh,pastu mkn coklat strawberi(wat sendiri tu!) main kad dengan maksu..tok pulak main puzzle..siap menang lagi..saat2 yang paling berharga walaupun ana agak xsihat tapi best....rupanya itu adalah percutian yg terakhir bagi kami..Allah itu Maha Mengetahui segalanya..ana xsempat nk jumpa paksu buat kali terakhir dan ana hanya berdoa time tu..Allah saja yg tahu perasaan ana rindu nk jumpa paksu..pelancongan ini adalah
suatu kenangan yang paling terindah...

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal