Friday, January 20, 2012

nasib baik ada diari ^_^

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, January 20, 2012 2 comments

Bismillah..

Assalamualaikum sahabat-sahabat budiman dan budiwanita sekalian. MasyaAllah! lama kita tidak bersua kalimah. Ya saya tahu, sudah lama saya tidak menaip di sini. Lebih kurang 12 bulan yang lalu. Keadaan saya disini (KAHERAH) alhamdulillah baik-baik sahaja namun ada juga sedikit perubahan yang tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar. Saya tahu ada sahabat kita di sana tidak suka membaca entri peribadi, ada juga yang s sudi bersama-sama kongsi kisah hidup masing-masing. Sedar atau tidak UMUR kita sudah meningkat Subhanallah. Yang bujang telahpun berkahwin, yang sudah berkahwin ( sepupu saya ) sudahpun menimbang cahaya mata, yang sudah mempunyai permata hati, ditambah lagi,dari anak satu menjadi dua (kakak2 saya) ^_^

Kisah Diary :

Dahulu saya mempunyai sebuah diari. Sudah semestinya diari tersebut sangatlah mengarut. Pada ketika itu umur saya 12 tahun. Saya mencoret pelbagai masalah dan perasaan muda saya ketika itu. Suatu hari abang saya telah membaca diari tersebut lalu beliau mengusik dengan tulisan-tulisan saya yang memalukan! Padahal pada mukasurat pertama saya telah menulis : "SIAPA YANG MEMBACA SAYA TIDAK REDHA DUNIA AKHIRAT! ALLAH MAHA MELIHAT ". Tetapi kenapa beliau masih membaca juga? Kemudian saya tersedar, rupanya mungkin abang saya tidak membaca tulisan pada muka surat pertama pun.. hehe :) :)

hubungkait diari dan kehidupan kita :

cuba kita lihat masalah yang terjadi di negara kita. kenapa masih ada manusia yang masih melakukan perkara yang Allah larang? Ini kerana mereka mengamalkan sebahagian dari Quran lalu mereka meninggalkan sebahagian yang lain. Sepatutnya seorang hambaNya yang taat WAJIB melakukan perkara yang Allah suruh dan TINGGALKAN apa yang Allah larang. Saya semakin hairan pabila seseorang itu tanpa segan berkata-kata penuh bisa :

" Walaupun saya tak tutup aurat, tapi saya solat "

" Saya tutup aurat, tapi Xsolat, kira okay la kan?"

" Saya solat, tapi mencuri, nak jadi robin Hood.."

" Setiap tahun saya pergi umrah nak buat macam mana Allah xnak bagi hidayah kat saya"

ASTAGHFIRULLAH.. tahukah kalian perkara itu adalah sia-sia? seolah-olah kamu memberikan bantuan kepada orang lain tetapi kamu memintanya kembali. Ya, Allah itu Maha Pengampun segala dosa-dosa. Tetapi setelah hamba itu TAUBAT dengan ikhlas dan bersungguh. Memang tiada manusia sempurna, tetapi seharusnya kita sempurnakan akhlak dan peribadi kita dengan nilai-nilai islam.

macam mana nak terapkan nilai islam tu?

- pergi mengaji agama
- berkawan dengan ulamak
- rajin bertanya tentang agama
- tinggalkan kawan yang melakukan maksiat
- jangan cakap sahaja manis, perbuatan takda pun. BUKTIKAN!
- melakukan perubahan sedikit demi sedikit

jom cuba okay? ^_^

6 OKTOBER 2009- saya agak trauma selepas diari saya diceroboh beberapa tahun yang lepas. Namun pada tarikh ini saya membeli sebuah diari untuk saya mencoret dan merakamkan segala kejadian yang berlaku dalam hidup saya. dan pada muka surat pertama saya menulis :
" HARAP ANDA TIDAK MEMBACA APE YANG SAYA TULIS DALAM BUKU NI, KALAU ANDA BACA MALU LAH SAYA SEBAB SAYA MENGARUT SAHAJA..huhu " dan Alhamdulillah setakat ini tiada pula orang yang berani membacanya. hehe

p/s : nasib baik ada diari, kalau tak saya pun dah lupa pasword blog ini. Alhamdulillah..jumpa lagi ye. terima kasih sudi membaca ^_^

antara tips mempunyai diary :
- beli yang buruk2, baru orang tau tu bukan diary
- buat2 tulis lirik lagu ke, nota exam ke,kata pujangga dan selang selikan , orang yang ceroboh pun confius ni diari ka apa?
-tulis bahasa orang tak faham
- beli diary yang ada bunyi ^_^

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal