Sunday, April 25, 2010

lawa tak?

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, April 25, 2010 4 comments
lawa kan.......:)

xdak idea la..sori.

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, April 25, 2010 1 comments

p/s : saja upload byk2 gmbar ni sbb nanti semua ni hanya tinggal kenangan,,,(T_T)

Monday, April 19, 2010

jom insaf nak?

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, April 19, 2010 1 comments

Assalamualaikum..

Hari ini entah kenapa tiada mood. Malas pun ada. Exam makin dekat. Tiba-tiba rasa nak insaf. Oleh itu nak ajak kawan insaf sekali dengan ana. boleh? Kadang2 kita lalai, kita lupa yang sebenarnya Allah sedang perhatikan gerak geri kita.. kerja baik atau kerja jahat segalanya diperhatikan. setiap hari kita digemparkan dengan kematian. Sakit, kemalangan dan sebagainya. kematian itu datang tanpa kita duga. Mungkin tahun depan, mungkin bulan depan, mungkin minggu depan, mungkin esok..mungkin hari ini..mungkin selepas sedetik ini..kita tidak tahu! apa yang perlu kita lakukan? perkara yang perlu kita lakukan adalah persiapkan diri untuk ke sana dan bukan lah mencipta ayat seperti dibawah :

" Aku muda lagi la...sihat pula tu, mustahil aku mati lagi"
" Jangan sia2kan masa muda..enjoy dulu..dah tua2 nanti baru bertaubat "
" yang mati tu biarlah..bukan ada kena mengena dengan kita pun.."

Maha Suci Allah..begitu lidah umpama pedang..tajamnya bisa memakan diri..sedarlah jangan dengan kerana kata-kata kita menjadi perbualan di akhirat kelak..semoga Allah mengampunkan dosa kita semua..amin.

kat bawah ni ana sertakan lagu yang cukup memberikan kesan pada ana. hayati liriknya dengan penuh keinsafan..

Ahmad Bukhatir "Last breath"
From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!
A chilly wind begins to blow,
Within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!
So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.
Oh mark the words that I do say,

Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let us pray
Decide which now, Do NOT delay!
Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!
Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....

Kat bawah ni adalah video yang dirakam ketika mana kematian datang menjemput tanpa diduga..Subhanallah..

p/s : Doakan ana ye semua kawan2..supaya ana lebih rajin nak baca buku..huhu (T_T)

Thursday, April 15, 2010

wajah2 yg ku rindu

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, April 15, 2010 0 comments
mama saya

Ammar

Muhammad

Itu sahaja. Sekian terima kasih.

Wednesday, April 14, 2010

anda pelajar perubatan?

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, April 14, 2010 2 comments

sifat pelajar perubatan idaman

(1) Seorang pelajar perubatan adalah seorang bijak,memiliki akal pintar yang cerdik dan sangat cerdas dalam segala aspek.

(2) Dia adalah seorang berjiwa besar dan rajin belajar untuk memikul tanggungjawab sebagai penolong agama Allah.

(3) Pelajar perubatan yang soleh adalah yang menjaga akhlaknya. Dia menutup aurat dengan sebaiknya dan meninggalkan segala larangan Allah.

(4) Pelajar perubatan mempunyai tanggungjawab yang besar suatu hari nanti. Dia adalah golongan yang Allah pilih untuk menolong manusia lain.

(5) Pelajar perubatan yang baik adalah sentiasa mendengar nasihat dari orang lain. Dan sentiasa menerima teguran lalu segera berubah sekiranya dia salah.

(6) Kehidupan pelajar perubatan berbeza dari kehidupan pelajar lain.

(7) Dia akan bangun awal untuk mengulangkaji pelajaran. Sebelum itu dia akan tahajud dan membaca Al-Quran supaya Allah memberikan kemudahan padanya dalam pelajaran.

(8) Selepas solat subuh, dia akan berzikir seketika, mengulangkaji matapelajaran sebelum ke kelas.

(9) Pelajar perubatan tidak ponteng kelas kecuali keuzuran.

(10) Dia tidak sombong dengan ilmu yang dipelajari.

(11) Dia selalu berkhidmat kepada guru-gurunya begiu juga kepada kawan-kawannya.

(12) Dia sentiasa menjaga solat. Dan tidak melakukan perkara yang sia-sia dan membuang masa seperti melepak dan sebagainya.

(13) Dia bercita-cita untuk menjadi doktor yang membantu bukan dibantu.

(14) Selesai kuliah,dia akan mengikuti pengajian-pengajian tambahan contohnya bahasa arab,kitab-kitab lama dan bab hukum agama.

(15) Dia rajin mengeluarkan pendapat dan menerima pendapat orang lain sebagai muhasabah.

(16) Dia cintakan pada agama yang dianuti dan dia berbangga dapat menjadi doktor yang mampu merawat orang sakit.

(17) Dia rajin mendalami pelbagai bahasa terutamanya bahasa arab sebagai bahasa syurga.

(18) Dia juga tidak ketinggalan dia dalam membaca buku-buku ulama semasa agar dia tidak ketinggalan di dalam masalah-masalah baru.

(19) Pelajar perubatan seorang yang tekun mengkaji dan mencari ilmu.

(20) Pada hari cuti,dia akan mengamalkan kehidupan yang sihat. Dia sama sekali tidak merokok! Dia juga tidak boros.

(21) Dia kemas,suka kepada baju yang cantik dan minyak wangi,badannya sentiasa wangi,suka kepada minyak wangi,giginya selalu digosok rambutnya selalu kemas dan berketerampilan.

(22) Dia suka kepada kebaikan,menolong orang,penyanyang dan disayangi.

(23) Berjiwa pemurah dan pengasih.

(24) Dia seorang yang penyabar.

(25) Pelajar perubatan tidak menghina orang lain dengan dengan percakapan. Sentiasa menjaga tutur kata apabila bercakap.

(26) Pelajar perubatan sangat menjaga masa, selalu menepati janji dan datang dengan segera apabila bantuan diperlukan.

(27) Dia sangat beradab dengan siapa sahaja tanpa mengira umur atau bangsa.

(28) Dia ingin menjadikan pekerjaannya nanti sebagai suatu ibadah.

(29) Dia suka bekerja daripada bercakap.

(30) Hidupnya kerana Allah Taala.

Monday, April 12, 2010

selamat hari lahir

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, April 12, 2010 1 comments

Assalamualaikum..

lama juga tidak menaip diruang ini. sibuk . tiada masa . (alasan)

tiada apa yang hendak ditulis disini. Hanya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-80. Semoga "kamu" dikurniakan anak2 dan cucu2 yang mempertahankan dan terus melindungimu..kami tidak akan menghantar kamu ke "rumah org2 tua" kerana kami anak dan cucumu sangat sayang padamu. Kuatkan semangat. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki supaya kita ada syaqah kita sendiri.. jom pakat bantu!

p/s : tahniah dan takziah bagi yg menang. selamat berjuang.

~entri yang paling sikit patah perkataan tapi makna yang paling banyak~

Monday, April 5, 2010

Penuntut Ilmu Allah telah dipanggil..

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, April 05, 2010 3 comments

Assalamualaikum..

"Minggu lepas 'dia' tidur atas katil, hari ni.. 'dia' tidur di liang lahad yang di simen"

"Minggu lepas 'dia' bawa moto pergi kuliah dan pengajian hari ini.. moto itu dan 'dia' sudah tiada.."

"Minggu lepas 'dia' boleh lagi bersembang dan tersenyum hari ini.. hanya tinggal kenangan.."

"Minggu lepas 'dia' solat jemaah di masjid hari ini.. 'dia' disolatkan secara berjemaah.."

"Minggu lepas 'dia' digelar USTAZ hari ini..'dia' digelar ALLAHYARHAM.."

"Hari ini 'dia' telah dipanggil oleh Allah..kita pula bila lagi..?"

Inilah dialog2 yang bermain2 di lubuk hati ana ketika sedang menyaksikan solat jenazah yang disempurnakan di dataran Asyir, Kaherah zohor tadi. Dimana ketika ini ana dan kawan2 bertungkus lumus untuk kemeriahan muktamar tidak lama lagi di rumah selangor. Kita kehilangan seorang lagi penuntut ilmu di bumi anbiya' ini..Takziah untuk keluarga dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan para solihin..amin

AL-FATIHAH

Berikut adalah gambar ketika solat jenazah berjemaah di Dataran Haiyyu Asyir, Kaherah Mesir:

" SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA KEMBALI"
-peringatan untuk kita yang masih menghidu udara kurniaan Allah..

p/s : Untuk maklumat lebih lanjut sila buka dan baca di :

Sunday, April 4, 2010

posting semula

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, April 04, 2010 2 comments

Assalamualaikum..

Ana sudah tidak marah lagi..^_^ dah masuk bulan empat sekarang. Dalam fikiran ana sekarang,bulan ni adalah " Bulan Mengaji Bulan Setadi Bulan Talaqqi " kena bersemangat! seronok dengar orang2 malaysia munaqosyah Master dan Phd di Universiti Azhar..mereka sungguh bersemangat.Apakah rahsia mereka? pada entri dulu (Sabtu, 11 jun 2009) ana ada post kan entri gambaran pelajar Azhar yang digambarkan dalam blog Ustaz Fawwaz . Entah kenapa pagi ni, sebelum berangkat ke kuliah teringin pula nak baca entri tu..(^_^) Oleh itu dengan baik hatinya ana posting semula untuk tontonan umum..mana lah tahu kan disana boleh menaikkan semangat sahabat2 untuk teruskan perjuangan dan betulkan niat semula. Disamping menaikkan semangat ana juga.

SEORANG PENUNTUT AL-AZHAR ADALAH.....

1)Seorang pelajar azhar adalah seorang bijak,memiliki akal pintar,berakhlak tinggi dan bertaqwa.

2)Dia adalah seorang berjiwa besar dan rajin belajar untuk memikul tanggungjawab sebagai pewaris Nabi.

3)Pelajar azhar adalah pelajar yang paling beban tanggungjawabnya berbanding pelajar lain kerana dia akan membawa risalah syariah yang di bawa oleh Nabi kita.

4)Tidak ada tanggungjawab yang paling berat seperti mana tanggungjawab yang akan dipikul oleh pelajar azhar.

5)Pelajar azhar adalah penukil ilmu syarie yang di ambil ilmu itu daripada guru-gurunya secara amanah untuk disampaikan kepada orang ramai.

6)Kehidupan pelajar azhar berlain daripada pelajar lain.

7)Dia akan bangun awal untuk menunaikan tahajud kemudian membaca buku.

8)Selepas solat subuh, dia akan berzikir seketika,kemudian dia menghafaz al-quran sebelum bergerak universiti atau masjid.

9)Pelajar azhar adalah pelajar yang tidak akan ponteng kelas melainkan terdapat keuzuran, dia akan pasti sampai awal di kelas untuk meduduki tempat dihadapan,paling kurang 5 minit sebelum kelas bermula.

10)Dia amat menghormati guru dengan apabila guru masuk ke kelas dia akan bangun, dia memberi penumpuan yang penuh di dalam kelas dan rajin bertanya dan bermunasyah di dalam masalah yang sulit.

11)dia selalu berkhidmat kepada guru-gurunya begiu juga kepada kawan-kawannya.

12)Dia tidak pasif di dalam kelas,dia selalu berebut untuk membaca buku dihadapan guru untuk memperbetulkan kesalahan bacaannya.

13)Dia tidak takut kepada kesalahan,tetapi dia takut kepada kejahilan.
Apabila ada masa sedikit ,dia belikan makanan untuk di alas perutnya,bagi meneruskan pembelajarannya dikelas.

14)Bila tamat kelas,dia akan pergi masjid azhar untuk menadah kitab-kitab dengan guru-guru yang hebat untuk dia menambah ilmu.

15)Dia rajin bercakap di dalam bahasa arab.

16)Dia cintakan bahasa arab,dalam masa yang sama dia menguasai baik bahasa melayu dan bahasa inggeris.

17)Dia mendalami bahasa arab dan ilmu mantik dengan begitu baik untuk dia mampu berinteraksi dengan kitab-kitab tua.

18)Dia juga tidak ketinggalan dia dalam membaca buku-buku ulama semasa agar dia tidak ketinggalan di dalam masalah-masalah baru.

19)Selepas waktu isyak,dia pulang ke rumah,dia berehat dalam 30 minit untuk makan dan minum, kemudian dia akan sambung pembacaannya sehingga tengah malam.

20)Pada hari cutinya,dia membuat aktiviti mengemas rumah,membasuh baju,menggosok baju untuk 5 tau 6 hari bagi untuk dipakai kelas.

21)Dia kemas,suka kepada baju yang cantik dan mnyak wangi,badannya sentiasa wangi,suka kepada minyak wangi,giginya selalu digosok rambutnya atau serbannya selalu kemas dan berketerampilan.

22)Dia suka kepada kebaikan,menolong orang,penyanyang dan disayangi.

23)Berjiwa pemurah dan pengasih.

24)Dia seorang yang penyabar.

25)dia tidak kedekut utuk membeli buku,jika dia ada duit,dia akan beli buku dulu daripada yang lain.

26)Pelajar azhar adalah pelita di dalam dunia ini,dia perlu kuat semangat,berilmu bertaqwa,istiqamah dan sebagaainya,kalau tidak bersikap sedemikian maka gelaplah dunia ini.

27)Dia bercita-cita untuk menjadi mujtahid bukan muqallid,sebab ilmu yang sebenar baginya adalah ijtihad berdasarkan dalil.

28)Dia ingin berdakwah,menulis,membuang bidaah-bidaah, kezaliman yang ada pada masyarakat. Dia benci kepada malas dan kepada orang-orang malas.

29)Dia suka bekerja daripada bercakap.

30)Hidupnya kerana Allah Taala.

*********

tambahan dari ana :

(1) Seorang pelajar Azhar itu,dia tidak menyakiti, tidak menganiyai dan tidak menzalimi kawan serumahnya.

(2) seorang pelajar Azhar akan jalankan amanah dengan baik semasa dirumah,mengambil berat tentang keadaan kawan serumah, tidak saling bermasam muka dan tidak bersikap biadap dengan orang yang lebih tua darinya dan sebagai orang yang lebih tua pula,dia menunjukkan contoh yang baik supaya boleh jadi teladan adik2 serumahnya.

(3) Seorang pelajar Azhar pandai bahagikan masanya untuk diri sendiri,untuk kawan2, untuk pengajian dan untuk persatuan dengan baik.

(4) Seorang pelajar Azhar tidak menceritakan aib kawan2 semasa diluar malah dia suka berterus terang dengan kawan serumah apa yang membuatkan dia tidak berpuas hati.

(5) Seorang pelajar Azhar bersikap tidak mengungkit kebaikan yang dia telah lakukan malah dia merasakan seolah-olah dia tidak pernah membuat kebaikan supaya kebaikannya lebih bertambah.

(6) Seorang pelajar Azhar itu melakukan apa yang dia katakan, tidak pernah mungkir janji dan saling memperingati kawan2 yang lain apabila kawannya leka dan lalai.

(7) Seorang pelajar Azhar mengaku kesalahan yang dilakukan, tidak bersikap ego dan menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri.

(8) Seorang pelajar Azhar tidak mengumpat,menghina dan mencaci orang lain.

(9) Seorang pelajar Azhar tidak mementingkan diri sendiri,apabila dia membeli sesuatu dia akan kongsi bersama kawan2 serumah dan mengeratkan kasih sayang antara dia dan kawan2 serumah.

(10) Seorang pelajar Azhar bersikap sayang dan gembira apabila berada dirumah kerana dia menganggapkan rumahnya itu sebagai syurganya..

rumahku syurgaku..ayuh eratkan hubungan bukan berpecah belah. melarikan diri bukanlah penyelesaian yang baik.

**********

p/s : hehe..pandai2 menambah sendiri. apapun segala luahan dihati telah disampaikan..semoga hatiku tenang hendak pergi ke kuliah..jom pi kuliah masuk muhadoroh! :)

Thursday, April 1, 2010

saya sangat MARAH!

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, April 01, 2010 15 comments

Assalamualaikum..

p/s : entri kali ini menggunakan perkataan "saya" bukan "ana" untuk menggantikan kata nama. Juga memuatkan perasaan geram dan marah. Kepada pihak yang berkenaan maafkan saya.

GERAM!
BENCI!
MENYAMPAH!
MELUAT!
TIDAK SUKA!
HIDUP MENYUSAHKAN ORANG!
TENGOK NAK TERMUNTAH!
TAK SEDAR DIRI!
PERASAN BAGUS!

Ya. Perkataan diatas cukup jelas menunjukkan saya sangat marah. Mari kita terjemah dan huraikan satu persatu.

GERAM :

Apakah itu geram? geram boleh di takrifkan kepada dua : pertama geram dekat orang sebab dia buat salah, kedua geram kat budak kecil sebab dia comel. Oleh sebab saya sedang marah maka tidak sesuai saya menggunakan takrif yang kedua. Saya sangatlah geram kepada orang yang buat salah. Kenapa ya? sebab saya geram. Geram sungguh.

BENCI :

Benci. benci adalah perasaan yang tidak menyenangkan. ianya datang secara tiba-tiba apabila melihat sesuatu perkara yang tidak disukai berlaku depan mata. Secara tidak langsung tersimpan dihati dan sanubari lalu menjadi dendam. (takrif ini tiada dalam kamus mana2) sifat benci ini juga hadir ketika mana terpandang orang yang kita tidak suka itu.

MENYAMPAH :

menyampah itu lebih kurang macam kita tengok sampah. perkataan asalnya ialah sampah lalu dimasukkan imbuhan "men" maka jadilah menyampah (sila jgn percaya) menyampah ini sifat yang kita tidak suka pada sesuatu yang kita tidak ingin melihatnya. Menyampah ini lahir apabila sesuatu yang kita tidak suka itu datang lalu kita buat muka yang menyampah contohnya buat muka sebek ke...faham ke sebek? tarik muka empat belas..faham? kenapa tarik muka empat belas eh..saya juga tidak tahu sejarahnya. bagi yang tahu bolehlah bagitahu. kesimpulannya disini menyampah itu adalah perasaan yang kurang menyenangkan.

MELUAT :

Meluat. meluat adalah rasa loya,nak termuntah dengan perangai seseorang itu. ayat yang sesuai digunakan seperti "saya meluat pada budak itu!" meluat juga menunjukkan bahawasanya kita tidak suka pada sesuatu perkara itu sehinGga nak termuntah.

TIDAK SUKA :

Tidak suka sama maknanya dengan benci. kenapa saya pisahkan dua perkataan ini? kerana saya nampak ada perbezaan dari segi makna diantara "mereka berdua" ini. Tidak suka pada sesuatu dan benci pada sesuatu membawa maksud yang berlainan. saya membawa contoh seperti dibawah :

1) " Saya benci peperangan yang menghancurkan islam"-benci disini bermaksud tidak suka pada sesuatu dengan sunguh2.

2) " Saya tidak suka makan ubat"-tidak suka disini bermaksud segan dan malas nak makan ubat.

Jadi kesimpulannya disini tidak suka adalah sifat yang malas hendak mengambil tahu tentang sesuatu perkara yang membuatkan kita rasa sia2 sahaja jika kita memikirkan tentang itu.

HIDUP MENYUSAHKAN ORANG :

menyusahkan=tidak menyenangkan .Ayat ini keluar dari mulut seseorang yang bercakap atau terdetik dihati apabila seseorang itu membuat suatu kesalahan yang kita tidak boleh terima hakikatnya. Contohnya melakukan sesuatu yang kita rasa tidak masuk akal dan juga secara tidak langsung dengan kesalahan orang itu membuatkan kita juga terjerumus dengan apa yang dia lakukan. Perbuatan yang orang itu lakukan kemungkinan besar boleh memanyahkan orang2 disekelilingnya lalu timbullah perasaan yang tidak tenteram atau rasa gelisah dengan kesalahan itu.

TENGOK NAK TERMUNTAH :

Tengok nak termuntah ini akan terjadi apabila kita berpandang pada sesuatu yang meloyakan. Contohnya melihat orang muntah. melihat najis2 yang membuatkan tekak kita akan rasa kembang. Muntah ini berlaku hanya pada kita melihat pada sesuatu bukan disebabkan sakit dan sebagainya. Contoh yang boleh disimpulkan disini adalah seperti :

" eii..nak termuntah aku tengok mak nyah tu..tergedik sana tergedik sini"- ayat ini tidak perlu melihat najis atau seangkatan dengannya tetapi hanya melihat tingkahlaku seseorang yang membuatkan kita tidak suka.

TAK SEDAR DIRI :

1) " Cikgu! Aminah tiba-tiba tidak sedarkan diri dalam kelas!"

2) " Engkau memang tidak sedar diri! emak penat-penat melahirkan engkau, sekarang engkau pilih calon isteri yang emak tidak suka!"

contoh diatas berbeza maknanya walaupun perkataan yang digunakan adalah sama. Tidak sedar diri yang dimaksudkan ialah seseorang yang melakukan suatu kesalahan tanpa memikirkan natijah keburukan yang bakal berlaku di kemudian hari. Semasa dia melakukan kesalahan seolah-olah dia membuat keputusan tidak menggunakan otak dan hanya mengikut kehendak nafsu semata. yang lebih membarah lagi, dia tidak dapat mengawal tindakan yang dilakukan. Orang2 yang melakukan kesalahan sebegini akan membuatkan orang disekelilingnya akan memjadi marah dan terkilan maka lahirlah ayat seperti contoh di atas.

PERASAN BAGUS :

perasan.

maksud pertama : terhasil daripada memeras ; perahan
maksud kedua : megah berasa bangga atas sesuatu perkara

perasan bagus yang dimaksudkan disini ialah seseorang yang melakukan kesalahan tetapi dia tidak nampak kesalahan itu dan dia merasakan kesalahan dia itu benar. Pada hakikatnya perbuatannya itu sebenarnya buruk,jijik dan menjengkelkan. Juga membuatkan orang lain tidak suka atas perbuatan kotor itu. Oleh yang demikian secara tidak langsung dia telah melakukan tiga kesalahan sekaligus :

1)melakukan kesalahan.
2)bangga dengan kesalahan yang dilakukan.
3)menafikan orang lain-sebab dia rasa dia jee..yang betul orang lain salah.

..terjemahan ayat tamat..

sekarang tiba masanya saya untuk melepaskan geram :

luahan perasaan untuk mereka yang merokok

Saya berasa sangat geram pada perokok jalanan yang suka menghisap rokok dan menyebabkan orang lain menghidu asap yang keluar dari mulut mereka. ingat wangi ka?? busuk lah! kalau awak nak merokok, janganlah mengganggu orang lain. pergi merokok jauh2. awak suka makan asap ke?kalau macam tu jangan makan nasi, jgn mkn benda lain pergi mkn asap sampah asap kereta asap lori(ni sedap sikit kot) dan asap2 yang sama waktu dengannya. Sedap sangat ke mkn asap? kenyang? ada otak tak tahu guna dengan betul. apa nak jadi la perokok2 ni. tak berkaliber langsung!( perokok memang la tak berkaliber) kalau berkaliber tidak akan pilih jalan yang menyusahkan hidup orang ni.
Dahla merokok menjejaskan kesihatan, lepas tu merokok di depan orang ramai pula. hidup menyusahkan orang..Kalau menyusahkan hidup sendiri tak apa juga.dalam teksi merokok dalam kedai merokok, yang terang benderang ada tertulis "dilarang merokok" pun merokok juga. buta ka?? tak nampak?? dah tidak tahu membaca merokok di tempat yang dilarang. Kalau nak meninggal dunia cepat tu, meninggal dunia la sorang2. jap nak tanya? dah cukup bekal amalan ke nak meninggal awal2 ni? kami di sekeliling nak hidup lagi..nak buat amal ibadat. kalau awak dah pasti amalan ibadat awak tu cukup hisaplah rokok banyak2 lagi. sediakan kain kapan sekali. Tempah kubur yang mana satu nak. Orang semua nak meninggal dalam keadaan husnul Khotimah yang awak pula terbalik. Peliklah awak ni!
saya meluat dengan perangai awak ni. Dah la mengganggu kerja orang lain dengan bau asap rokok tu. Kadang2 buat saya terbatuk dan nak termuntah dengan bau busuk asap tu. Sudahla terkena bau tu ke baju saya. Bila saya tutup hidung saya(walaupun sudah ditutup dengan niqob) awak ketawakan saya. awak kata saya skema. ENCIK!! saya bukan skema tetapi saya nak termuntah bau asap rokok tu! tak faham bahasa ke?(memangla tak faham yang buat tu ammu-pakcik arab)
menyampah betul. menyampah tengok muka orang2 yang tengah hisap rokok sebab nak termuntah bau nafas. dah tahu merokok kuat tu pergi la gosok gigi ke..kumur2 ke..hilangkan bau nafas yang membuatkan saya nak termuntah. gigi pula kuning mulut hitam tak lawa langsung. Dah molek Allah kasi gigi putih bersih mulut merah tak payah pakai gincu pergi hisap rokok bnyak2 tu buat apa?
perasan bagus! siapa kata merokok itu menunjukkan kelakian awak? nak tunjuk macho?siapa kata? hanya monyet betina sahaja yang cakap begitu (kesian monyet. maafkan saya wahai monyet) kalau nak tunjuk kelakian awak, nak tunjuk yang awak tu macho lah sangat kan..meh saya bagi petua nak tunjuk macho dan baik hati : time dalam bas nampak wanita dan orang tua tengah berdiri dalam keadaan orang ramai, bangunla...bagi mereka duduk. Yang awak duduk sedap2..siap boleh terlena dibuai mimpi lagi tu. tahu tak sifat anda yang sebegini menyebabkan orang ambil kesempatan pada wanita dan orang tua. boleh jadi gangguan seksual dan kecurian. Tahu ke tak ni? apa perasaan anda sekiranya orang lain buat begitu pada emak,kakak,adik perempuan dan nenek anda? marah kan..?? dah tahu nak marah tu cuba la nak tunjuk macho pada tempat yang betul. tahu tak 99.99% wanita tidak ingin calon suami yang merokok? nak tahu sebab apa? tak mahu bakal zuriat mereka dicemarkan benda2 yang tidak elok. bukan itu sahaja..nanti tak pasal2 dapat title "balu" dalam usia yang muda. kenapa? merokok itu berbahaya. bila orang kata merokok tu bahaya anda kata :

"eh...tak lahh..." awak tu doktor ke yang nak menafikan tak2 ni? dah kaji apa benda yang ada dalam tu? malas nak hurai pasal ramai ja yang tahu pasal ni.

bila orang kata merokok itu haram anda jawab :

"siapa kata haram?" awak tahu tak tak..ulamak Timur Tengah sudah pun mengharamkan rokok. "merokok itu diharamkan kerana telah terbukti membahayakan kesihatan dan termasuk sesuatu yang khobith(buruk lagi menjijikkan)"

suka hati awaklah..dah besar panjang,tahu nak fikir sendiri tapi malas! saya tidak suka orang yang begini.

Tahu apa yang paling membuat saya sakit hati? perkara yang membuatkan saya sakit hati apabila pelajar YANG BELAJAR HUKUM DAN ILMU AGAMA sendiri merokok. belajar tinggi2 masuk universiti duit pinjaman,duit zakat habis beli rokok yang tak berguna tu. beli kitab kedekut,tahu nak pinjam kitab orang ja..Baca Al-Quran tapi tak amalkan apa yang ada dalam Al-Quran tu. Hafaz Al-Quran tetapi tidak ikut perintah yang Allah kalamkan dalam kitab suci..

“…dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk…”. (QS. Al-A’raaf: 157)

Awak ni tak sedar diri tahu tak?sedar lah sikit..!! malulah..malu dekat orang2 yang tidak berpeluang untuk menjadi seperti kalian. Pelajar dari Universiti Al-Azhar sendiri pun ada yang merokok, merokok dalam asrama, kedai makan tanpa rasa segan..mana hilangnya ilmu kalian..kenapa tidak dipraktikkan? bukan tujuan saya untuk menjatuhkan status pelajar Azhar. Saya berasa terkilan kerana yang mengeluarkan fatwa pengharaman rokok itu juga Syeikhul Azhar..tolonglah..kalian datang nak mengaji atau nak membazir masa? kalau nak merokok cuba fikir semula kita sedang membina tembok fitnah dan bakal dibawa balik pulang ke tanah air. Apa yang awak ingin sampaikan pada orang kampung nanti?

"Merokok dibenarkan kerana saya pelajar Al-Azhar juga merokok"- nak bawa ajaran sesat?

sudahlah.. berhenti sekarang sebelum terlambat.

saya benci merokok,saya benci perokok,saya benci berkawan dengan perokok, saya benci adik-beradik saya merokok,saya benci rokok,saya benci asap rokok ,saya benci isi rokok, dan saya benci kotak rokok. saya benci rokok keseluruhannya.

..melepaskan geram tamat..

nasihat :

kalau awak ayah saya...(mustahil,kerana ayah saya sudah tiada dan arwah tidak pernah menyentuh rokok pun tetapi Allah lebih sayangkan arwah meninggal disebabkan sakit jantung.Al-Fatihah)

kalau awak adik dan abang saya..berhentilah merokok..arwah bapak kita meninggal disebabkan sakit jantung. Kita berpotensi untuk terkena penyakit itu. Jagalah kesihatan berbakti pada mama yang tercinta. Jangan bakar duit dengan perkara yang tidak berfaedah..adikku..kasihanlah pada mama. abangku..kasihanlah pada diri,isteri dan anak2mu..kalian pasti boleh menghentikannya. kerana segalanya di tangan kalian. kerana saya sangatlah sayang pada kalian

kalau awak bakal suami saya..tolong berhenti merokok sekarang.. saya tidak mahu dikahwinkan dengan perokok yang akan mengindahkan rumah saya dengan bau asap yang busuk itu. saya tidak mahu perabot rumah kita nanti terpaksa ditukar banyak kali akibat bau rokok awak yang melampau2 tu. Saya tidak mahu darah daging anak yang bakal dilahirkan bercampur aduk dengan perkara2 kotor dan keji itu.

kalau awak pakcik saya..berhentila merokok..kerana anak-anak dibawah sedang memerhatikan tingkahlaku kita. Dan jangan hairan suatu hari nanti anak di bawah mengikut jejak langkah perokok. kerana diri mereka sudah sebati dengan rokok..coraklah mereka sebelum terlambat.

kalau awak guru saya..berhentilah merokok..kerana saya hormat awak sebagai guru saya. kerana awak telah ajarkan ilmu yang baik untuk saya. tetapi dalam masa yang sama awak melakukan kesalahan yang besar dimata saya..

kalau awak sepupu saya..jangan cuba hendak merokok dan jangan terpengaruh dengan kawan2..merokok itu terjadi apabila kita mulakannya..jangan terpedaya dengan kalam2 seperti

"sekiranya kamu ingin tahu rasanya..cubalah!"
" rahsia rokok diketahui apabila dirasa"
" kalau hang anak jantan, kena rokok baru la power!"
"malulah nak kawan dengan ko..ko ni lembik macam pompuan!"
" kalau kita merokok hilang segala masalah"
"layan rokok lagi bagus la..gua suka rokok2 ni..baru sempoi bro.."
" rilex ar derr..okok je ponn..bukan dadah lagi..asal takut lakk..entah pape la.."

kalam2 seperti diatas tidak layak dikeluarkan oleh seorang manusia yang waras tetapi dikeluarkan dari iblis dan syaitan yang dilaknat. Yang ingin menghancurkan tubuh badan anak2 adam..bangunlah! sedar! fikir guna otak bukan guna nafsu..hargaila sikit anugerah yang Allah bagi..jangan sia2 kan hidup bergelumang dengan asap2 yang menyakitkan mata hati.

"orang yang takut akan dosanya seolah2 dia sedang berada diatas gunung yang tinggi-kerana perasaan takut terjatuh dari gunung yang tinggi itu. Tetapi orang yang tidak takut akan kesalahan seolah2 dia membiarkan lalat sedang bermain2 hinggap dihidungnya sesuka hati"

..entri tamat..

dengan sukanya saya telah meng uploadkan gambar2 yang begitu banyak ini untuk tontonan umum.

"HIDUP AMAN TANPA ROKOK. SAYANG DIRI SENDIRI SAYANG ORANG LAIN"

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal