Apabila dikatakan tentang ukhwah, baru aNA sedar bahawa jalinan ukhwah itu amatlah penting sekali. Sebab ia menjadikan kita kuat dan bersemangat kerana ada seseorang yang bersama kita dalam setiap perkara yang kita lalui. Cuba kita bayangkan seperti ini, ukhwah itu seperti tali dan organisasi sebagai benda yang hendak diikat. Jika sesuatu tali ukhwah itu tidak diikat dengan ketat, maka pautan silaturrahim itu menjadi longgar dan akan mengakibatkan perpecahan di dalam susunan sesuatu organisasi ataupun kumpulan. Tetapi jika kita mengikat tali ukhwah itu dengan ketat, maka tentulah susunan organisasi itu menjadi kuat dan tidak akan senang untuk dirobohkan. Ukhwah terjalin asas silaturrahim!
“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.”
Cara untuk merapatkan ukhwah Actually there are many methods yang kita boleh lakukan untuk merapatkan ukhwah itu, tetapi caranya mestilah tepat sesuai mengikut keadaannya. Apabila kita melakukan sesuatu perkara itu bersama-sama, maka dari situ kita dapat mengetahui dan mengenali seseorang itu dengan lebih baik, dan ini akan menjadikan sesuatu kerja itu mudah untuk dilakukan.Di dalam satu organisasi juga, kita janganlah mengumpat ataupun berkata belakang tentang seseorang itu, kerana ia akan menimbulkan syak wasangka di antara ahli-ahli yang lain. Ia juga merupakan salah satu virus ukhwah yang akan meruntuhkan hubungan silaturrahim sesama ahli. Oleh itu perkara yang terbaik jika kita tidak puas hati dengan seseorang itu ialah bercakap terus dengan orang itu, jangan simpan dendam di dalam hati. Selepas itu selesaikan dengan cara yang terbaik, dari situ insyaAllah kita dapat menyelamatkan sesuatu ukhwah itu daripada roboh akibat daripada mengumpat.
“jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”
Merapatkan ukhwah adalah sesuatu perkara yang mudah, tetapi untuk mencipta sesuatu ukhwah itu memerlukan cabaran serta pengorbanan. InsyaAllah jika ikhlas dan berniat kerana Allah dalam melakukan sesuatu perkara itu, ukhwah itu akan datang dengan sendirinya dan apabila terciptanya ukhwah maka lahirlah generasi Islam yang kuat dan teguh dalam mengharungi liku-liku kehidupan dunia ini.

BUAT SAHABAT2 SEPERJUANGANKU..ANA SAYANG KALIAN KERANA ALLAH TAALA.

0 comments on "...SaYaNG uKhWAh iNi...."
Post a Comment