Wednesday, June 24, 2009

tazkirah hari ini

Posted by UmmuL SyabinaR at Wednesday, June 24, 2009

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat

kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah

kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka

hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu : Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan

percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan

kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk

mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing

merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan

nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan

sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI

AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang

beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu

bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan

memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,

bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan

maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,

bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para

sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari

kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Moga kita tergolong dalam orang yang sebegini...

Moga Ada manfaat

2 comments on "tazkirah hari ini"

ummu on June 27, 2009 at 8:09 AM said...

assalamualaikum,salam taaruf.tazkirah yang menarik.blog anti pun cantik...

UmmuL SyabinaR on June 27, 2009 at 7:06 PM said...

waalaikumsalam...syukran ukhtie..ana akan lebih berusaha untuk menyebarkan perkara baik untuk semua..doakan ana.

2 comments:

ummu said...

assalamualaikum,salam taaruf.tazkirah yang menarik.blog anti pun cantik...

UmmuL SyabinaR said...

waalaikumsalam...syukran ukhtie..ana akan lebih berusaha untuk menyebarkan perkara baik untuk semua..doakan ana.

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal