assalamualaikum..para sahabatku..para blogger..terima kasih atas kunjungan anda ke istana. akhirnya dapat juga ana mencoret sedikit kalam di wadah blog yang kian lama ditinggalkan ini..hampir 3minggu jari2 ini tidak menari di pentas kekunci laptop. begitu banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama kalian. lebih kurang seminggu lagi kaki ini terpaksa angkat untuk pulang ke medan perjuangan semula..tetapi kenapa terdetik sesuatu dihatiku?kenapa terasa berat jauh disudut hati?sedangkan ini bukanlah kali pertama ana meninggalkan mereka2 yang ku cinta.tetapi sudah pun menjangkau kali yang ketiga..(kenapa ana menggunakan perkataan yang begitu sastera ini?huhu)
"YA ALLAH..kuatkan hatiku.." inilah yang terdetik dihati ana. ana mesti kuat semangat. perjuangan ana sudah di tengah jalan. dua pilihan ja...nak patah balik atau nak teruskan perjalanan? ana pasti tidak toleh ke belakang.
alhamdulillah.. begitu ramai kunjungan yang tiba setiap hari..total untuk hari ini hampir 3440. follower sudah mencecah 77 orang. setinggi-tinggi perhargaan ana kalungkan untuk kalian. teruskan menyokong ana. semoga medan ini mengeratkan lagi ukhwwah antara kita.amin..
semalam ana tiba dari kedah ke subang.rumah kakak. ana akan terus berada disini hingga pulang nanti.berikut adalah jadual penerbangan pulang:
hari : isnin
tarikh : 2.11.2009
masa : 10.30 pagi
check in : 8.30 pagi
tempat : KLIA
....transit di hotel bahrain 24jam....
tiba di mator kaherah :
hari : selasa
tarikh :3.11.2009
masa :11.00 pagi
tempat : mator gadid(kot)
ini adalah maklumat untuk org2 yang nk pegi ambil nanti ye..(^_^)
ok kawan2 ana sedang menjaga anak sedara nih..(rajin kan?hihi) kalau ada kesempatan lain. kita pasti akan bertemu lagi. doakan ana. doakan malaysia kita dalam keadaan aman kerana begitu banyak kes jenayah yang begitu menakutkan setiap hari.ana pun dah rasa nak termuntah dengan sikap orang2 jahat sekarang ni..(tak pasal2 org2 baik ni nak termuntah..huhu)
jumpa lagi ye..assalamualaikum..
cerpen : Lelaki Pihlihan Allah
-
" Lelaki pilihan Allah "
kesinambungan dari cerpen " demi anak ummi "
karya : Ummul Syabinar Binti Johari
Jam menunujukkan waktu solat fardhu Zohor. Suasana...
12 years ago

























0 comments on "seminggu sebelum pulang kaherah.."
Post a Comment