Sunday, November 1, 2009

sejarah al-azhar

Posted by UmmuL SyabinaR at Sunday, November 01, 2009

Boleh dikatakan seluruh dunia mengenali al-Azhar,
sebuah pusat pengajian yang membekalkan ramai
ulama'-ulama' yang terkenal dan terbilang. Namun,
tidak ramai yang mengetahui sejarah dan
perkembangannya. Di halaman ini dibentangkan, sejarah
dan pengenalan al-Azhar secara ringkas untuk pembacaan
semua.

Ianya mula dibina oleh Kerajaan Fatimiah. Langkah
pertama yang dilakukan ialah membina Masjid Al-Azhar
pada hari Sabtu Bulan Jamadil Awal, tahun 359 Hijrah.
Pembinaannya mengambil masa 2 tahun, dan berakhir pada
hari sabtu 7 Ramadhan tahun 361 Hijrah bersamaan
dengan 22 Jun tahun 972 Masihi. Pembinaan ini telah
dimulakan oleh Jauhar as-Saqali seorang panglima
perang di zaman Fatimiah. Masjid ini pada awalnya
dibina sebagai Masjid Rasmi bagi Kerajaan Fatimiah
yang bermazhab Syiah sebagai pusat penyebaran
dakwahnya dan bagi menunjukan kemajuan Kerajaan
Fatimiah itu sendiri.

Keadaan ini berterusan sehingga tiba Kerajaan
al-Ayubiah (Salahuddin al-Ayubi) yang berpegang dengan
mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Kerajaan al-Ayubiah
ini bertungkus-lumus dalam memerangi pemikiran Syiah
dan mengembangkan Mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Keadaan ini berterusan selama sekurun hinggalah Zaman
Kerajaan Beraja di Mesir.

Majlis ilmu yang julung kali dijalankan di Masjid al
Azhar pada tahun 365 Hijrah (975 Masihi) oleh Kadhi
Abu Hassan Ali Ibnu An-Nu'man. Idea untuk menjadikan
al-Azhar ini sebagai sebuah Maahad timbul daripada
seorang Menteri yang bernama Yaaqob ibnu Kals dengan
izin Khalifah Al-Azizu Billah pada tahun 378 Hijrah
(988 Masihi). Dan beliau (Khalifah) menentukan
ulama'-ulama'
yang mengajar disana pada setiap kali selepas
mengerjakan Solat Jumaat sehingga waktu Asar, yang
diketuai oleh Al-Uqbah Abu Yaaqob. Kesimpulan dari
maklumat diatas, bolehlah dikatakan al-Azhar ini mula
menjadi pusat pengajian semenjak awal zaman Al
Fatimiah lagi.

Kemudian tibalah Zaman pemerintahan al-Ayubi dan
terbinalah sekolah-sekolah dan maahad-maahad. Maahad
yang pertama dibina pada zaman ini ialah Madrasah
an-Nasiriah bersebelahan dengan Masjid Amru al-As yang
mengajar Fekah Syafi'e. Pada tahun yang sama (566
Hijrah), Madrasah al-Qomhiyah yang mengajar Fekah
Maliki dibina, juga berhampiran dengannya. Kemudian
diiukuti dengan pembinaan madrasah-madrasah yang lain,
pada zaman tersebut dan zaman selepas itu, yang
merangkumi pelbagai mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Pertumbuhan yang pesat ini berlaku pada kurun ketujuh
dan kelapan, dan ia memberi kesan kepada sejarah
pembelajaran di Universiti al-Azhar. Serta pertumbuhan
pusat-pusat pengajian ini seolah-olah mencabar
kewibawaan al-Azhar. Tetapi dengan keistimewaan-
keistimewaan yang dimiliki oleh al-Azhar itu sendiri,
seperti menyediakan sistem pembelajaran yang berbentuk
umum bukannya khusus untuk sesuatu mazhab sahaja
berbanding dengan madrasah-madrasah yang lain dan juga
kedudukannya yang strategik, disamping
sokongan daripada Sultan-sultan dari segenap pelusuk
negara Islam dan
juga pembesar-pembesarnya, serta tumpuan ulama'-ulama'
dan pelajar-pelajar luar,
Azhar mampu menyaingi madrasah-madrasah yang lain.

Al-Azhar pernah mendapat beberapa nama dalam lipatan
sejarah. Di peringkat pertama al-Azhar dikenali
sebagai Jamiah Kaherah iaitu disandarkan kepada
ibukota Mesir dimana masjid itu terletak. Pendapat
pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan
kepada Saidina Fatimah binti Rasulullah
s.a.w. yang dikenali dengan panggilan az-Zahra'.
Gelaran inilah yang diabadikan pada nama masjid
tersebut. Mengikut pendapat kedua pula, nama ini
dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu
pembukaan kota Kaherah. Dan yang ketiganya pula
berpendapat bahawa nama ini dicadangkan besesuaian
dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi
sebagai pusat penyebaran ilmu islam. Kini masjid ini
tetap utuh dan kekal walaupun ianya bukan lagi seratus
peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti
di zaman beliau. Fungsinya sebagai tempat pusat
penyebaran ilmu islam tetap gemilang hingga sekarang.

Sistem pendidikan al-Azhar.

Sistem pengajiaan al-Azhar dari peringkat rendah
sehingga ke peringkat tinggi terletak di bawah
pentadbiran Majlis Tertinggi al-Azhar yang
dipengerusikan oleh Syeikh al-Azhar.
Tempoh pengajian al-Azhar adalah seperti berikut :
(1)Peringkat rendah (ibtidaie) 6 tahun
(2)Peringkat menengah (i'dadi) 3 tahun
(3)Peringkat menengah atas (thanawi) 4 tahun
(4)Peringkat universiti 4-6 tahun

Bermula sesi 1992/1993, Universiti al-Azhar mula
menghantar sebahagian pelajar Malaysia ke
tujuh cawangannya di luar Kaherah iaitu Iskandariah,
Damanhur, Dimyat, Mansurah, Zaqaziq,
Tanta dan Shibin el-Kom. Pihak al-Azhar turut
mengadakan fakulti yang berasingan di antara
pelajar lelaki dan perempuan.

Fakulti-fakulti yang terdapat bagi pelajar lelaki
adalah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Bahasa Arab,
Dakwah Islamiah, Usuluddin, Pengajian Islam dan Bahasa
Arab, Pendidikan Sains, Perubatan, Pergigian,
Perdagangan, Bahasa dan Terjemahan, Farmasi,
Pertanian, Kejuruteraan dan sebagainya. Manakala
fakulti untuk pelajar perempuan adalah Pengajian Islam
dan Bahasa Arab yang terdiri daripada kuliah-kuliah
Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Pengajian
Kemanusiaan, Perubatan, Perdagangan, Sains dan
lain-lain.

Al-Azhar dulu, kini dan selamanya telah berjaya
melahirkan jutaan graduan dan cendikawan yang optimis
dan komited. Ini adalah kesan daripada berkat asuhan
para Syeikh yang ikhlas menabur bakti meninggikan
syiar islam. Ini menjadi sumber inspirasi
mahasiswa\mahasiswi seluruh dunia untuk menimba ilmu
pengetahuan daripada Masyaeikh al-Azhar.

sesungguhnya...saya amat berbangga belajar disini..syukur ALHAMDULILLAH,
semoga saya lebih tabah dan thabat
berada disini..amin

0 comments on "sejarah al-azhar"

No comments:

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal