
entah mengapa terdetik dihati ana untuk postingkan sesuatu yang mungkin agak simple dari sebahagian pihak. disebabkan ada sesuatu perasaan yang ingin ku luahkan dan dikongsikan..AKU RINDU SESEORANG...
Rindu , adalah fitrah yang suci. sering kita rindu pada orang yang kita sayangi. Kaum kerabat , sanak saudara dan rakan rakan. apabila mereka jauh dan sudah lama tidak sering bertanya khabar maka kita pasti akan dilanda kerinduan. Rindu sudah tentulah pada orang yang kita kenal dan selalu lihat akan dia sebelum ini. Bila ia tiada di mata dan kita selalu teringatkan nya dengan kasih dan sayang maka inilah rindu. rasa ingin selalu berjumpa. memeluknya dan melepaskan segala rindu yang terbuku. inilah hakikat rindu yang dicipta oleh Allah Taala yang maha Agung.
Kita sering mendengar rindu kepada Rasululllah s.a.w. Hakikatnya bagaimana kita memahami dan berusaha ke arah itu? pernahkah kita bawa diri kita untuk merindui orang yang selayaknya dan paling berhak untuk dirindui? mencintai , mengasihi dan merindui Rasulullah s.a.w. yang mulia adalah salah satu dari cabang iman. Salah satu jua dari tanda kesempurnaan iman. Tidak sempurna iman seseorang yang beriman dengan Allah dan hari qiamat itu jika tidak membahagikan hatinya untuk merindui Rasulullah s.a.w.
Justeru bagaimanakah cara kita untuk merindui Rasulullah , Sedangkan kita tidak pernah melihatnya , mendengar suaranya atau bertemu dengannya. Sebenarnya tiada yang mustahil dalam perkara ini. malah Rasulullah sendiri semasa hayat baginda s.a.w. pernah memberitahu sahabat baginda r.a. yang baginda merasa rindu kepada ikhwan baginda s.a.w. Para sahabat kehairanan dan bertanya siapakah ikhwan baginda s.a.w. bukankah mereka yang berada disekeliling baginda itu adalah ikhwan baginda s.a.w.? Baginda menerangkan mereka adalah Sahabat baginda..akan tetapi orang yang digelar ikhwan baginda itu adalah orang yang hidup di akhir zaman selepas nabi s.a.w tiada lagi. Mereka terdiri dari ummah nabi yang patuh pada segalanya dalam agama. Mereka sememangnya tidak pernah melihat wajah mulia nabi , tidak pernah mendengar suara nabi dan sebagainya...akan tetapi mereka ini berusaha dan menyuburkan rasa rindu yang membara kepada nabi s.a.w. Dan inilah yang menyebabkan Nabi tahu dan nabi s.a.w. juga rindu pada mereka sehinggakan diberi gelaran sebagai ikhwan (saudara) kepada nabi s.a.w. yang mulai lagi terpuji.
rindu padamu juga wahai Rasulullah..!!

























0 comments on "..rindu padamu.."
Post a Comment