lama kita tidak bersembang2 kan..pagi ni ana exam tauhid..doakan ye..tiba2 ana rasa nak kongsi sesuatu yang "berilmiah kot" bersama2 rakan blogger dan semua pembaca..insyaAllah moga2 berilmiah..sorry hacker! terkesan dgn kata2 anda..(kita tinggalkan hacker ke sebelah..tidak! buang dia jauh2 jgn letak disebelah..)ok.....DAPAT TIKET FREE??
nak balik malaysia ke?
nak pergi melancong?
nak jalan2 ke mana?
kenapa tajuk posting "dapat tiket free?"
jawapan nye...adalah seperti dibawah :

oo..macam tu ke...TAKABBUR?RIAK?UJUB? apa maksudnya? adakah takabbur adalah sejenis bubur?adakah riak itu perbuatan bayi yang sedang menangis?(teriak) dan adakah ujub itu sejenis kiub ayam yg dimasukkan ke dalam masakan? TIDAK SAMA SEKALI... pertama sekali jom kita kenali apakah istilah yang sebenarnya....
TAKKABUR :Sombong, bongkak, angkuh dan takabur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Iaitu salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun hanya sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga.
RIAK :Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
UJUB :Ujub adalah sikap seseorang yang merasa bahawa segala nikmat,kejayaan yang dikecapi adalah semata-mata hasil usaha dan kesungguhan dirinya tanpa bantuan orang lain, serta tidak menyedari bahawa semua itu akan binasa dan tidak akan kekal. Orang yang terjangkit penyakit ‘ujub ini biasanya merasa dirinya mempunyai pelbagai bakat hebat,megah lalu merasa bahawa segala yang telah perolehinya itu semata-mata hasil dari potensi dirinya
ALLAH berfrman :
"Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina." (Almukmim:60)
NABI bersabda :
Sabda Rasulullah s.a.w : "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong."
imam GHAZALI berkata :
"Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar." Orang yang sombong atau takabur ini mudah menghina orang lain dan akan marah jika ada yang mengatasinya.
kata iblis :
"Aku lebih baik dan mulia dari dia (Adam), aku dijadikan dari api sedangkan dia dijadikan dari tanah," lalu dengan angkuhnya Iblis enggan tunduk kepada Nabi Adam, sehingga dengan itu menyebabkan Allah melaknat Iblis dan keturunannya.
kata ana(saya)
Jelas menunjukan bahawa Allah dan rasul bersifat tegas dalam urusan hati manusia ini..
Sifat yang mendorong kepada sombong dan angkuh kepada manusia yang lain.
Sifat sombong atau takabur ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu, takabur zahir dan takabur batin.
Takabur zahir dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah (pangkat, kealiman, darjat keturunan) daripadanya. Ketakburan itu adakalanya dapat dilihat melalui perbicaraan, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat.Ia akan dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan akan berdendam dengan orang yang menandingnya. Takabur batin ialah membesarkan diri di dalam hati. Inilah maksiat di dalam hati yang dicela. Dengan adanya rasa angkuh di dalam hatilah lahirnya kata-kata membanggakan diri.

sebab2 ianya terjadi :
1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk
kelebihan kepada orang lain.
2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur
dan suka berpura-pura.
3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaan
adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

kata anda pula bagaimana??
adakah anda pernah mengalami perasaan seperti ini? mahu merawat nya?berikut adalah sedikit panduan..bersihkan hati..bersihkan jiwa..
bagaimana cara nak rawat...

(1)Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita.
Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.
(2)Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
(3)Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
(4)Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
(5)Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
(6)Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
(7)Lawan daripada sifat sombong ialah sifat tawadhuk atau rendah diri . Sekiranya seseorang telah berjaya mengikis sifat sombongnya akan datanglah sifat tawadhuk padanya, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.

"kalau kita nak orang jaga hati dan perasaan kita..kita kena lah jaga hati dan perasaan orang.."-ratu
"hiduplah hanya dengan memberi sebanyak-banyaknya..bukan hanya menerima sebanyak-banyaknya.."-ratu
p/s :semoga bermanfaat..kadang2 kita nak tegur seseorg tu takboleh dgn cara bersemuka..tapi harap2 sesiapa yang membaca ni dapat merasa pedasnya..kerana kita semua bukanlah sempurna termasuk diri ana juga..berubahlah! jangan banyak bersoal dan beralasan..tetapi byklah berubah tanpa alasan..PEACE...(^_^)

2 comments on "dapat tiket free...(^_^)"
Sy xbubuh pun bunjut byk2...nk kata koyak2 buku smbil teriak pun dak...apatah lg nk masak bubur...tp awat mkn cabai rsa pdas?terasa ja pdas..so ada ka cbai yg xpds? Hoho
salam adik yong...kak suka posting ni..moga kita sama-sama beroleh manfaatnya..salam imtihan..doakan kejayaan bersama
Post a Comment