
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada
seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah
di kalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang
menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah
besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap
manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan
ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......:
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling
cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada
nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah...
lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu.. kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu
dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada
nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang
terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu
ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu
hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu
sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat
kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga....
ana tahu ramai yang dah tahu kisah ni kan?sebab tu la ana nak kita sama2 refresh semula otak kita dari perkara maksiat yang telah banyak yang kita telah lakukan tetapi kita langsung tidak menyedarinya..ambil 15 saat sama beristighfar pada Allah..Astaghfirullah...ampuni doasaku dan dosa saudara2ku..wahai saudari-saudariku...semoga kamu didik jiwa dan hatimu..kerana sekarang masih belum terlambat untuk itu..berubahlah!!
"YA Allah..aku bangga menjadi muslimah yang takut pada-MU sayang pada Rasul-Mu dan rasa hebat menganut agama-mu.."

























5 comments on "refresh.."
salam, mm x tau pun anak syeikh sangat comel dan gebu..
--->>zurhain
la..xtahu lagi ke?huhu. lagi2 mohsin.
(^_^)
biasala..bila syeikh bawak anak mai mesir,ramai la akhawat2 yg menempek nak dukung dan nak tunjuk yang mereka rapat dgn anak2 syeikh.tuan blog ni pun sekali pa..
--->tak tahu nama sapa.
assalamualaikum sedara/ri
awak ni ikut belajar hadis ke tak eh...?ni mesti suka tidor petang2 ni..pastu ikut xhabis pa..haha
awak jelez eh anak syeikh tu xpandang awak lgsung pun..:P relax la..budak2 mmg xsuka org2 suka cakap lepas ni...
p/s : jgn selalu sgt dok usha akhawat..tunduk pandangan ok?baru xfitnah org..hihi..peace..(^_^)
mentang-mentang berpurdah pastu menempek nk dukung anak syeikh tu nampak mcm relative sgtla dgn zaujah syeikh, bila org lain pakai baju kurung je pandang lain macam
Post a Comment