Update: Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah jatuh daripada tingkat empat. Jenazahnya ditempatkan di Mustashfa Mashrahah (Hospital Mashrahah). Ahmad Sarhan merupakan pelajar tahun satu jurusan perubatan Univeriti Tanta. Pihak kedutaan sedang menguruskan urusan penyempurnaan jenazah mangsa.
Saksi-saksi kejadian kini berada di balai polis untuk membantu siasatan. Turut hadir di balai polis malam tadi; Ustazah Nor Zakiah dan Ust. Sukimi, Pegawai JPMK Iskandariah dan Tuan Haji Idris, Pegawai MARA Iskandariah, Ustaz Fairuz Tamjis, Ustaz Khairul Nizam dan beberapa orang wakil PCI; Saudara Abdul Rahim Suhaini, Muhammad Hafidzuddin Abd Razak, Qamarul Azwan Kamaluzaman dan Muhammad Hafiz Zaini. Pengerusi PERUBATAN Tanta, Saudara Azhan dan Ustaz Muiz, Presiden PMRAM sedang dalam perjalanan ke Iskandariah.
Pihak PCI merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan atas ujian yang dihadapi. Semoga roh allahyarham Ahmad Sarhan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. -mediaPERUBATAN
Iskandariah,12 Mac - Jenazah Allahyarham Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan kini berada di bilik mayat HospitalMashrahah.Urusan memandikan jenazah akan dilakukan dan jenazah akan dibawa ke Kaherah.Rentetan itu, solat jenazah akan diadakan esok 13 Mac 2010 bersamaan 27 Rabiulawal 1431H sekitar pukul 9-10 pagi di Dataran Kompleks Rumah Negeri, Haiyu Asyir.Pengkebumian jenazah akan dilakukan di Kaherah atas persetujuan ibu bapa Allahyarham.
Untuk makluman seluruh ahli PERUBATAN juga, kenyataan rasmi berkenaan insiden yang menimpa Allahyarham akan dikeluarkan oleh Tuan Presiden PERUBATAN, Saudara Muhammad Husaini Saleh. Diharapkan agar seluruh ahli PERUBATAN memberi kerjasama dengan tidak menyebarkan sebarang berita yang belum pasti kesahihannya berkenaan insiden tersebut sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan. –mediaPERUBATAN
berita tiga : berita hari ini dipetik dari ( aminmenulis )
Kaherah 13 Mac : Jenazah Allahyarham Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan telah selamat dikebumikan jam 11 pagi tadi bertempat di Perkuburan Keledang, Hayyu Asyir.
Jam 10.15 pagi, Solat jenazah telah diimamkan oleh Ust Zulkifli Din (Pegawai Atase Pendidikan JPMK) serta seluruh pelajar-pelajar Malaysia yang hadir. Turut serta Pelajar-pelajar Perubatan Cawangan Tanta yang dibawa khas menaiki 3 buah Tremco.
Turut menyolatkan jenazah pagi tadi juga ialah Pengarah Malaysian Student Department (MSD)Prof Madya Dr. Jamil, Badan Pengurus (BP) PMRAM, Menteri Besar Rakyat Perak/Ahli Parlimen Bukit Gantang/ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim (Cina Islam), Pesuruhjaya PAS Perak Ust Abu Bakar Hussain dan beberapa Pimpinan PAS Perak.
10.30 : Jenazah dibawa ke tanah perkuburan Hayyu Asyir. Diiringi oleh Duta Besar Malaysia-Mesir. Prof Madya Jamil
Jam 11.30 : Diadakan sedikit tahlil dan doa selamat di tanah perkuburan.
Ini bangunan rumah kedah. mula dengan pintu besar kat bawah tu-->lobi tingkat bawah seterusnya rumah pegawai kemudian tingkat dua dan tiga (pelajar lelaki)-->skema kan? kami panggil "ikhwah" kalau pelajar perempuan : akhawat(maklumat tambahan)
Ini rumah kedah juga..rumah kedah lama dah statusnya sekarang. dari tingkat bawah sampai la tingkat 4. tinggi kan? pada ketinggian inilah mangsa dipercayai jatuh.tetapi rumah ni dibina dengan faktor keselamatan sikit (penghuni rumah ini agak lega) pasal balkoni nye agak luas sebab tu ada lambakan2 "hagah" di balkoni tersebut. rumah siapa? tak tahu.
Ini sama juga macam rumah yang kat atas tu. yang mebezakannya ialah tahap ketinggian "pic" yang di copy paste dari GOOGLE. tenkiu google. terharu dan tidak sangka rumah kita yang indah ini ada di sana (abaikan)

























2 comments on "INSIDEN PELAJAR JATUH BANGUNAN"
rasa sedih sgt2.. xbrkesempatan nk tgk jenazah dikebumikan..ada kuliah time tu.. smoga rohnya bahagia...
alfatihah...
.
insyaAllah amin.. semoga kita juga ambil peringatan.
Post a Comment