Assalamualaikum..
sihat semua? lama tak menconteng kat sini. Biasa lah. Sibuk. (internet rosak selama 4hari) sepatutnya tak perlu pun bagitau ni.. Ciptaan manusia ni memangla mudah rosak. Ana teringin nak berkongsi2 cerita kat sini..Kalau kat U malaysia tanah airku..semua orang dah habis exam malah dah cuti siap menganggur lagi kat rumah.. Kami di Bumi Kinanah Perlembahan Nil Universiti Tertua Dunia ini baru nak exam..petang2 tak tahu nak buat apa ni jom ana nak kongsi pengalaman ana selaku pelajar yang pernah menduduki peperiksaan kat sini. Cara pembelajaran kami disini mungkin kurang sama dan kalau sama pun mungkin tidak serupa dengan sisitem pembelajaran di malaysia. kat bawah ni ada beberapa tips sebelum exam.
(1) KELAS TOTURIAL a.k.a TUSYEN
TUSYEN???ada jugak ke tusyen2ni.."xde klas langsungla..kata pelajar U...baca la buku sniri!" ya...mungkin inilah kalam2 yang tidak berasas akan keluar dari mulut2 mereka yang tidak tahu menahu. tusyen sangat penting disini kerana untuk mendalami sesuatu ilmu bahasa arab tu perlu kepada pemahaman yang mendalam. Macam mana nak hafal kalau tidak faham isi dan maknanya? jadi..dengan kelas tusyen inilah sedikit sebanyak dapat membantu untuk kita lebih memahami. Kelas toturial ini bukanlah wajib untuk semua. dan yang paling penting ialah kelas ini TIDAK BERBAYAR. Seorang mas'ul atau mas'ulah(ketua darjah) akan menghubungi tenaga pengajar tersebut dan bersepakat bila dan dimana kelas akan dilakukan. Oleh kerana kelas ini tidak berbayar, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang anak didik yang baik menyediakan sedikit jamuan untuk cikgunya. sungguh beradab bukan? Guru yang ikhlas mengajar dan sampaikan ilmu manakala anak murid yang menghormati dan menghargai ilmu Allah..beginilah kehidupan kami...wahai guru2 ku..halalkan segala ilmu yang kalian curahkan. Semoga Allah permudahan urusan kalian..amin
*****************
(2) STADI dan ULANGKAJI
Ya..seperti mahasisiwa biasa lah..di mana2 U pun akan stadi kan..tak kan tak stadi pulak. macam mana nak berjaya. ye tak? Bila IMTIHAN dah dekat maka buku dan kitab kuliah sangatlah berguna. kitab yang bertimbun2 mesti dihafal dan diingat kesemuanya...hukum agama kan..mana boleh main2 cipta sesuka hati..so, masa yang sesuai untuk stadi adalah 10JAM..lama kan?(maaf ana tidak mengamalkannya..:P) Kalau dah rasa lama sangat..stadi rilex2 je la..bak kata pepatah org zaman sekarang ni.."Stadi biar lepak,result biar gempak" lagi ape lagi..."STADI SMART BUT NOT HARD"-ana tidak mempercayai pepatah ini. kenapa ya? sebab ada orang tu dia kena hard baru boleh berjaya...(orang lain tak tahu la) ANtara perkara yang boleh mempercepatkan proses nak ingat sesuatu perkara tu adalah mendengar semula rekod2 tusyen yang dah dirakam. Mengikut kajian oleh "saya" apabila di dalam dewan peperisaan nanti kalam2 dari ustaz yang mengajar tiba-tiba berbisik-bisik kat telinga. (Ustaz mana yang bertuah tu..abaikan) apa yang penting disini apabila kita mendengar berulang-ulangkali secara tidak langsung dapat membantu kita nanti..cuba jelah..tak rugi pun.
*************
(3)JOM KE KULIAH! masuk mohadoroh!
Muhadoroh..ni pun penting jugak. kadang2 duktur atau dukturah akan memberitahu apa yang beliau nak dan apa yang beliau tak nak dalam kertas jawapan nanti. Mengikut pengalaman "saya" kadang2 dukturah macam tak puas hati je dengan wafidat(pelajar luar kawasan mesir) apabila ditanya yang lain dijawab yang lain.. Dalam kelas dukturah selalu je cakap banyak kali supaya kaum2 wafidat ni jangan buat begitu lagi.(tapi buat jugak, tak faham soalan la tu atau tak faham arab??). Nak datang kuliah ni memang kena banyak mujahadah. KEna banyak bersabar dan bergaul dengan kawan arab. Kalau kurang faham bahasa ammi yang diajar oleh dukturah jangan "lena" pula..rugi tu..buat2 faham je..hehe nak lagi senang kalau tak faham angkat tangan then cakap "ANA MUSH FAHMAH YA DUKTURAH..MUMKIN MARRATAN UKRO?" ala..hentam je cakap salah pun..tak de sapa nak gelak pun. kita kan nak belajar. buat tak tau je. lepas tu pulak tak payah amik kisah kalau org cakap kita ni over la..buat2 pandai cakap arab tapi salah la..abaikan.mereka dengki la tu(Ish2..suk zhon betul) Mulut orang kan..bukan macam tempayan boleh tutup pakai penudung tempayan tu. Kesimpulannya sebulan sebelum exam, kuliah dan muhadoroh akan tamat sebab nak bagi peluang untuk pelajar belajar dan menghafal kat rumah.
********
(4) MUNAQOSHAH a.k.a study group
Benda ni penting jugak sebenarnya...tapi ramai yang malas nak buat macam ni. kenapa ye? ana pun tak tahu. kalau kita setadi ramai2 macam ni secara tidak langsung dapat melatih dalam peperiksaan syafawi (oral test) ini untuk jangka masa pendek la.. Dan untuk jangka masa panjang pula boleh mendidik lidah kita supaya boleh menyampaikan dakwah dan tazkirah bila pulang ke tenah air dan tempat masing2..Andaikata bila kita kat kampung kita nanti tiba2 pakcik siak yang hampar sejadah tiap2 subuh tu suruh kita bagi tazkirah subuh..time ni apa lagi..hentam je setadi group tajuk yang kita kena bentang tu..ala..orang kampung bukan tau pun tu tajuk kita masa stadi dulu2..kawan2bukan ada kat situ pun..hehe (ana main-main dan bergurau senda ja ni. jangan amik serius pulak tau) sebenarnya macam ni..Allah dan Nabi ajar kita supaya saling bantu membantu ANTARA SATU SAMA LAIN kan..jadi apa salahnya kita pakat2 bantu kawan2 dan kawan2 boleh bantu kita..manalah tau kefaham kawan kita tu lebih dari apa yang kita faham.. sambil2 stadi tu.."pau" kawan kita suruh dia masak special2 sikit karipap ke..kuih ketayap ke..takmau masak?piza ke..sekarang ni pakat order je..Al-WaliD la..KEcHup la..RodwA la..HoruSla..macam2.(nama2 tadi tu nama kedai piza)
************
(5) DOa sahabat YANG PALING MUSTAJAB
Doakan saya ye wahai kawan2!
*********
(6) Ikhlas..
Niat tuntut ilmu ni bukan semata2 nak jawab exam pastu najah..pastu dapat ijazah pastu balik macam tu je..mana amal nya? praktiknya dah buat ke belum? mana ilmu tu? kenapa tak sampaikan pada orang yang memerlukan? Orang yang betul2 niat ikhlas hanya kerana Allah..pasti akan terfikir pasal ni..Kalau kita nak Allah bantu kita,senangkan urusan kita,najahkan kita sepatutnya kita juga perlu bantu sampaikan ilmu Allah walaupun satu ayat, senangkan urusan kawan2..(ish2..jadik ceramah pulak ye..)
***********
(7) Kata semangat dan pembangun jiwa....

********************
(8) letakkan wajah mereka yang mengharapkan kejayaan kita....
************
ok itu sahaja..moga bermanfaat. buang yang keruh ambil yang jernih. Ruyung mesti dipecahkan kalau nakkan sagunya. "Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat". jumpa lagi ..Wassalam..
8 comments on "bila imtihan dah dekat..."
Sangat bermanfaat ... thanks ya ummul buat info dan tips2 untuk menghadapi ujiannya ... :)
Salamualaik wa salam Imtihan,
sape yg lukis tu? Comel2.. (^_^)
Part yg paling best lam nih, handset dr bonda la yg tak tahan tuh.. huhu.. jeles2..
gud luck ye akak utk exam final ni..ha,student al-azhar ade cara tersendiri kan bile nk exam..cmne plak student defence university?ha,msti ada cara tersendiri kan?nak balance military stdy ngn academic..:)..smga berjaya...
-->Azhar Amrullah Hafizh
syukran..doakan ana ya.. bisa jadi seperti kamu :)
--> aminmenulis
wslm..
comel la sgt..yg tu la lukisan paling hodoh. tu pun letak kat blog. huhu
lawa kan hset tu..hhihi org bukan suruh tgk hset tu lah..kata2 smngat kat sebelah tu..:P
---> adik khairul
tenkiu..
khairul bila pulak nak cerita pengalaman sendiri. akak xpernah tau pun. cita la sikit nanti ye..
semoga berjaya jugak. dan boleh bawak akak naik helikopter nanti. boleh kan..:D
salam...alhamdulillah,bila dh baca blog kak sha td,sy jd smgt sket.em,kak sha,nk tmbah stu lg ni...Bila nk exam ni,mcm2 ujian disamping ujian exm tu sndiri..tp,ada lg.Iaitu kita mesti jaga hubungan kita dgn Allah..DAN JUGA HUBUNGAN KITA DGN MANUSIA...baru hati tenang nk membca,menghafal dll.Redha dgn kelemahan dan kekurangan shbt2.Jgn pntgkan diri sendiri,shggakan memudharatkan org len..(pesanan utk diri sndiri)tq kak sha..'Benda yg tiada,tidak boleh memberi...'
Bittaufiq Wannajah Bahirah,moga ilmu dgn amal,amal dgn ikhlas,ikhlas yg diterima dan diredhaiNya.amin...
assalamualaikum,
buat yong.....
moga berjaya dalam imtihan dan lapangan yang diceburi....
dah tengok yong tulis baru da mood skit...hehe, dok tgh pnin la kata
k....
wassalam
Post a Comment