Friday, July 16, 2010

cuti2 summer part 1

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, July 16, 2010

Assalamualaikum...adakah kamu semua sihat? alhamdulillah ana masih lagi berkesempatan mencoret sedikit pengalaman bersama kalian. percutian di Matruh adalah pengalaman yang tidak dapat ana lupakan..dengan tempat2 nya yang begitu indah..mampu memukau setiap orang yang menyaksikan. inilah..penciptaan Allah yang Maha Kuasa..hanya Dia yang mampu menciptakan sesuatu yang menakjubkan..Subhanallah.. jom saksikan..(^_^) sebelum itu ana akan perkenalkan sejarah tempat yang ana lawati :

Matruh & Siwa terletak di utara Mesir. Kedua kawasan ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Matruh mempunyai pantai antara yang tercantik di dunia. Matruh juga mempunyai pantai di mana Cleopatra pernah bersiram dan mandi. Manakala Siwa merupakan kawasan oasis yang subur dikelilingi padang pasir. Kawasan subur ini
mengandungi tasik dan hidup subur tamar dan buah zaiton di mana Siwa merupakan
kawasan pengeluaran utama Mesir bagi kedua jenis buahan tadi. Siwa juga merupakan kawasan pemerintahan Cleopatra dan juga Alexander pernah datang ke sini kerana kecantikan Cleopatra. Matruh merupakan sebuah pekan pantai, tempat ratu Cleopatra dan Mark Anthony suatu ketika dahulu mempunyai sebuah istana. Matruh atau nama asalnya Marsi Matruh terletak di barat laut Mesir. Jarak ke Matruh adalah 600 km dari kaherah, mengambil tempoh sembilan jam perjalanan. Perjalanan menuju ke Matruh ini dikelilingi padang pasir dan melalui kota Iskandariah dan Al-‘Alamin. Matruh juga merupakan pusat perangin
an sederhana pada musim panas yang merupakan mercu tanda seekor kijang. Buah Thin dan anggur merupakan tanaman utama bagi Matruh. Siwa dikenali dengan nama Jazira Malah (garam) kerana dikelilingi oleh lautan garam, 90 km dari paras laut. Juga dikenali sebagai Ja
zira Balah (buah kurma) kerana terdapat banyak pokok kurma. Jazira Fatmas juga adalah nama ketiga bagi Siwa kerana tanamannya yang subur. Jazira Fatmas ini telah dinamai oleh orang-orang barat.Dinamakan Jazir kerana terletak di tengah-tengah laut Jerman. Di sini terdapat kebun yang terletak di tasik garam. Di sini juga terdapat sebuah kolam mandi Cleopatra sedalam tujuh meter dan menjadi sumber air bagi
kebun tersebut. Oasis Siwa dikelilingi padang pasir yang luas dan terletak di bahagian barat Qattara, di tengah-tengah Padang Pasir Libya dalam Negara Mesir. Jaraknya ke tenggara Matruh sekitar 300 km. Di Siwa terdapat kilang air mineral berjenama AQUA Siwa
dan Safi. Pengeluar balah billuz, minyak zaitun, buah zaitun dan buah kurma
yang terbesar di Mesir juga kota kedua di dunia pengeluar tamar dan zaitun. Masyarakat Siwa menggunakan bahasa Barbar (bahasa Libya) sebagai bahasa perantaraan di antara mereka juga merupakan antara golongan yang payah umtuk menerima Islam pada suatu masa dahulu. Tetapi apabila memeluk Islam mereka adalah golongan yang berpegang teguh pada ajaran Islam.

hari pertama :

(1) Pantai Cleopatra (Bahar Cleopatra / Laut Cleopatra) -7 km dari Marsa Mat
ruh. Disini terdapat hamam Cleopatra (tempat mandi) dan juga tempat bersiram permaisuri Cleopatra. Belakang hamam Cleopatra adalah kawasan yang merbahaya kerana batunya yang licin, curam dan ombak yang begitu kuat. Juga terdapat kesan pahat di dinding hamam.

dari jauh : hamam Cleopatra(batu yang agak kecil itu adalah patung cleopatra,akibat dihakis air ianya terjadi sebegitu rupa)

keadaan dalam hamam-kami agak bernasib baik kerana ombak tidak terlalu kuat jadi kami boleh masuk dan menyaksikan keadaan hamam dari dalam...^_^

(2)Teluk Ajibah (Bahar Ajibah / Laut Ajaib) -10 km dari Marsa matruh. Dinamakan Bahar Ajibah kerana keindahan pantainya yang menghijau dan membiru. Sesiapa yang melihatnya pasti berasa kagum kerana lautnya mempunyai tujuh warna berlapis apabila dilihat pada waktu menjelang senja.

(3)Pasar Libya (Suk Libya) -Merupakan tempat membeli belah yang amat terkenal di Bandar Marsa Matruh. Disini terdapat pelbagai barang seperti makanan, pakaian, barang-barang hiasan dan barang-barang keperluan lain. Harga barangan disini juga berpatutan. Kebanyakan barang yang terdapat disini berasal dari nergara jiran iaitu Libya.

ok..untuk hari kedua dan ketiga nantikan posting akan datang...(ana sangat sibuk untuk memosting sekarang..huhu) doakan kesihatan ana. wasalam..

tambahan : Terima kasih Ya Allah kerana menemukan hamba dengan seseorang yang sangat berharga dalam islam.."YA Allah..engkau limpahkan kasih sayangMu yang luas dan Engkau berikan kehidupan islam yang syumul kepada adikku ini..rahmatilah kehidupannya dan seluruh keluarganya..bertemukan kami di syurga yang Abadi.." amin...

2 comments on "cuti2 summer part 1"

kurniawan.q on July 16, 2010 at 9:42 PM said...

indah sekali

muhammad khairul ikhwan (MKI) on July 19, 2010 at 7:18 PM said...

assalamualaikum kak ummul....

akak x sht ye?pekabo skrg?em...best percutian kalini...bley la nti tlg tnjuk jln ye?:)hihi

smga akak cpt smbuh ye...amin

2 comments:

kurniawan.q said...

indah sekali

muhammad khairul ikhwan (MKI) said...

assalamualaikum kak ummul....

akak x sht ye?pekabo skrg?em...best percutian kalini...bley la nti tlg tnjuk jln ye?:)hihi

smga akak cpt smbuh ye...amin

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal