Friday, February 4, 2011

Kisah Di Januari

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, February 04, 2011

Assalamualaikum...

ini adalah entri yang tertangguh. Buku comel yang berwarna pink diambil dan dibelek beberapa kali. Dairi saya. Saya mengambil keputusan untuk menghiaskan segala kisah yang berlaku di JANUARI saya di sebalik istana ini. Suatu perkongsian untuk kalian.

1 Januari 2011

(1) (1) seorang sahabat saya kehilangan pasport. ya PASPORT. buku kecil yang berwarna merah merupakan "nyawa" kami selaku pelajar luar negara. Seandai dihilangkan buku ni sangat susah hati. Sahabat saya tidak sengaja mencicirkannya semasa ingin memperbaharuhi visa. Akibat beratur yang TERLALU LAMA melebihi 5jam. tidak makan apa-apa maka wajarlah beliau jatuh sakit. Saya selaku seorang sahabat menggalas tanggungjawab ibu dan ayahnya membawa beliau ke hospital. ini adalah pengalaman PERTAMA kali saya "membawa" orang ke hospital kerana biasanya saya yang "dibawa" ke hospital. Hanya kami berdua di ruang kecemasan saya mengawal rasa panik yang bertalu-talu menimpah kepala saya. Dan Alhamdulillah segalanya kembali sediakala setelah sahabat saya diberikan suntikan ubat. Saya menarik nafas tanda bersyukur Pada Yang Satu. ( pasport telah dijumpai semula oleh seorang mahasiswi dari negeri Kelantan. MasyaAllah! inilah ujian menguji kesabaran..terima kasih ya Allah..)

(2)

P

(2) Perkahwinan senior saya iaitu kak Habibi dan suaminya Ustaz Saiful Yamin. Saya juga tumpang gembira atas perkahwinan ini. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah. Semoga kekal dan percintaan ini diberkati hingga ke Syurga. Amin.

3 januari 2011

Peperiksaan fasa pertama tahun tiga bermula pada tarikh ini. Peperiksaan adalah peristiwa yang paling menakutkan saya. Semoga Allah menghitung segala usaha hambaNya. Wahai Tuhanku.. berikan yang terbaik buat kami. Kami berdoa, kami Usaha , Kami ikthtiar dan akhirnya kami tawakal pada Allah.

5 Januari 2011

Kepulangan sebuah keluarga yang sudah kami anggap sebagai “keluarga sendiri" Syeikh Yusuf dan Ustazah Nawwal serta adik-adik. Terasa baru semalam mereka datang. Terima kasih atas segalanya.

15 Januari 2011

“hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri”

Buat pertama kalinya bumi mesir telah ditimpa hujan batu. Di depan mata saya sendiri. Saya menyaksikan ketulan ais turun dari langit. Subhanallah. Tidak pernah

saya membayangkan perkara ini terjadi. Kami insan pilihan oleh Allah untuk menyaksikan kuasa luar biasa ini. Syukur..

26 Januari 2011

Buat pertama kali reunion di mesir. Dengan idea kreatif ahli bait kuning. Musfirah, Asma husna , Syamimi , Rabiatul Adawiyah , Nawwar dan Nafisyah. Saya mendapat jemputan untuk menghadiri jamuan serta “reunion mahasiswi tahun 1988”. Acara dimulakan dengan membaca surah Yassin serta bacaan doa. Kemudian sesi fotografi dan akhirnya kami dihidangkan dengan hidangan setaraf Antarabangsa. Tahniah dan Syabas pada kalian!

27-31 januari 2011

Peristiwa yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya. Sekali lagi Allah telah memilih saya dan sahabat2 untuk menyaksikan rusuhan ala Tunisia di bumi Mesir. Punca rusuhan ini bertujuan menggesa pemimpin mesir 30tahun pemerintahannya meletak jawatan sebagai Presiden. Tetapi beliau enggan dan menyebabkan ramai pihak yang marah! Pada mulanya saya ingatkan hanya rusuhan biasa, kemudian segalanya bertukar menjadi pahit seperti :

(1) Talian internet diputuskan

(2) Talian telefon juga diputuskan

(3) “HARI KEMARAHAN” yang paling dasyat pernah saya saksikan, bom, bunyi tembakan, kereta kebal,helicopter, tentera, banduan terlepas, dan kekecohan berlaku di hadapan rumah saya.

(4) Perintah berkurung

(5) Negara darurat

(6) Barang makanan naik harga

(7) Perlu keluar menggunakan khidmat mushrif(penjaga lelaki) semasa keluar di siang hari

(8) Bank dibom, kereta dibakar, jalan dikorek, ramai yang syahid menegakkan keadilan

(9) Semua jalan ditutup dan diperiksa satu per satu

(10) Bekalan makanan yang terhad

Dan sebagainya. Terlalu banyak untuk saya menceritakan semuanya.

ihsan gambar : ustaz Al-Amin dan Ust Fairuz

lagi gambar menarik mesti klik : ILMAM

p/s : sekarang sedang menanti panggilan penerbangan saya dan sahabat2 saya ke Jeddah. Doakan, doakan dan terus doakan. itulah yang saya harapkan pada kalian. jumpa di Jeddah insyaAllah..

3 comments on "Kisah Di Januari"

muhammad khairul ikhwan (MKI) on February 4, 2011 at 12:05 PM said...

semoga akak slmt smpai ye...sy doakan sume nye berjlan dgn lncar...akak baik2 shja...amin

Hamba Ilahi on February 5, 2011 at 9:09 AM said...

layan blog ni pagi-pagi buta best jugak.hehe

terkini: saya kekal di Mesir buat masa ini

haqeema on July 1, 2011 at 3:57 PM said...

oh! ada muka sy.. hehe.. bila nk update? =)

3 comments:

muhammad khairul ikhwan (MKI) said...

semoga akak slmt smpai ye...sy doakan sume nye berjlan dgn lncar...akak baik2 shja...amin

Hamba Ilahi said...

layan blog ni pagi-pagi buta best jugak.hehe

terkini: saya kekal di Mesir buat masa ini

haqeema said...

oh! ada muka sy.. hehe.. bila nk update? =)

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal