Monday, January 5, 2009

Posted by UmmuL SyabinaR at Monday, January 05, 2009
Imtihan terakhir..

“Assalamualaikum yahabibti..! rajinnya study..tak ajak ana pun..??” suara lembut sahabatku buah hatiku memecah ruang telingaku.Maryam Aula binti Muhammad..satu nama yang cukup berharga buatku..
“Astaghrirullahalazim..Maryam..Terkejut ana..Enti kata nak bangun pukul 3..Sekarang kan baru pukul 2pagi..Hmm…?”
“Hmmm..Asifu Ya Zuhairah…Ana mimpi buruk tadi..Takleh tidoq la..Ana temankan enti na? Ha…Tengah study apa ni..?. Diatas mejaku penuh kitab-kitab rujukan fiqh..Maryam sempat mencapai nota hasil tulisanku lalu tersenyum.
“Rajinnya dia…Nanti ana taswir jelah nota enti..Ana syaghol la sekarang tak sempat nak buat..Tak macam dulu…”, rungut maryam padaku..Aku mengerti situasi Maryam sekarang.. Di tahun akhir ini entah kenapa sahabatku ini seperti kilat.Selalu tidak lekat di rumah, pengajian di sana sini. Hatta pengajian di kedutaan Indonesia, Brunei dan Singapura apatah lagi talaqi di Azhar sentiasa istiqomah..Hinggakan taqdim untuk mengajar tahun 3 Syariah terpaksa ditolak atas sebab terlalu sibuk dengan pengajian luar..Aku ingin sekali mengikut jejak langkahnya tapi apakan daya,diriku bukanlah sepandai dia..mumtaz sofi setiap tahun..Tapi alhamdulillah aku najah ala tul..Tanpa Maryam siapalah aku,dia banyak membimbing aku sampailah aku mampu berdiri ditahap ini..”Ya ALLAH sesungguhnya kami telah datang bersama, maka pulangkanlah kami bersama..”
“Takpa Maryam nanti ana taswirkan untuk enti na..Maryam,ana tengok enti kurus sangat..Jagalah kesihatan..Imtihan dah dekat ni ana tak mau jadi apa-apa kat enti..”. Kucapai tangan halus milik Maryam, ternyata dapat kurasakan tulang-tulang ditangannya..Sangat kurus. Tanganku digenggam erat oleh Maryam.. “Zu..Ana rasa dah tak sempat lagi nak jaga kesihatan..Tanggungjawab ana sebagai penuntut ilmu agama Allah melebihi masa yang ana ada..Ana tak mau sia-siakan masa yang allah bagi kat ana ni..Kalau boleh ana minta Allah panjangkan umur ana….Ana nak amik Master pastu PHD….pastu…”. Aku amat terkejut dengan sikap Maryam yang tersedu-sedan serta amat ketakutan bagai dikejar hantu,air matanya,peluhnya dan tangannya yang menggigil..Ya ALLAH kenapa dengan sahabatku ini..??
“Maryam..Awat ni…Enti kenapa takut sampai macam ni?”. Tubuhnya yang lesu kupeluk erat. Semakin kupeluk semakin kuat tangisannya..Amat luar biasa sekali sikap Maryam..Adakah disebabkan mimpi buruknya tadi?
“Dah…jom kita solat sunat sama-sama na..Tak mau macam ni..”, kuseka airmata Maryam dan alhamdulillah bibirnya tersenyum mekar padaku..Aku kira mungkin Maryam kepenatan disebabkan terlalu banyak berjalan sepanjang hari.Kami solat sama-sama pada sepertiga malam itu lantas kami sempat membaca al-quran dan berzikir .
Esok, aku ada perjumpaan sedangkan kertas kerja belum kuselesaikan lagi..Ya ALLAH bantu lah hambaMu ini.. memegang jawatan exco selama dua tahun berturut-turut dalam MKKK bukanlah suatu perkara yang mudah bagiku..Tapi aku sedar perancangan Allah itu lebih hebat..dan dengan pertolongan Allah jualah aku terus bangun dan bersemangat.. Aku segera mengemaskan meja belajarku yang penuh dengan kitab-kitab rujukan yang telah kurujuk bersama Maryam semalam..Ternyata Maryam menjadikan semua kitab-kitab yang dibelinya di ma’rodh sebagai bahan rujukan utamanya.Aku hanya tersenyum apabila terdengar rakaman dari portal yang ku buka dipagi yang hening ini untuk mengisi suasana sepi asrama darulaman 3..Disana ku amati kalam Tok Guru Al-Fadhil Ustaz Aidil Azwal yang mengatakan akhawat boleh mati akibat ditimpa kitab sendiri.. Mungkin boleh terjadi begitu kalau tak manfaatkannya dengan baik dan aku tidak menafikannya..wanau’zubillah..Tapi Maryam bukan seperti itu..Aku yakin dan percaya.Dalam angan-anganku itu,aku dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitku..Serta-merta kucapai lalu membuka ruang pesanan.Aku menerima suatu pesanan dari Maryam..”Salam Zuhairahku sayang..ana balik malam sikit tapi janji tak sampai pukul 10 mlm”. Aku sepantas kilat membalas “ musyrif ada dak?”
“Mestila ada…Musyrif Singapura kot..hehe ok jaga diri, jaga iman”
“Enti la yang kena jaga diri..Jangan buat ana risau Maryam..ok salam”
Hari berlalu begitu pantas..Maryam pula begitu sibuk dengan talaqqinya, kuliahnya,
pengajiannya, ulangkajinya..Begitu juga denganku dan teman-teman seperjuangan yang lain.Kami hanya sempat berborak pada waktu tengah malam..Esok berakhirnya imtihan fasa kedua tahun empat merangkap tahun terakhir aku disini..Aku perlu lebih berusaha dan bersabar atas apa pun yang bakal berlaku..Tapi aku sentiasa bersangka baik dengan ALLAH…dan ALLAH takkan sia-siakan usaha hambaNya yang ikhlas mendapatkan ilmu..
Aku sempat mengintai Maryam yang berada di ruang tamu bersama meja bulatnya..Tekun dan bersungguh-sungguh..membuatkan aku begitu bersemangat untuk sambung menghafal kembali..
“Taraaaa…!! Jemput minum wahai puteriku sayang.”segelas teh panas buatan Maryam tiba-tiba dimejaku dua jam selepas itu..
“Wah…Syukran..Sempat lagi no..hurm…Manisnya..”, kuhirup perlahan-lahan air itu..manis sekali..
“Semanis ukhuwah kita…Zu, maafkan ana sekiranya ada melakukan kesalahan terhadap enti..Ana sayangkan enti sepenuh jiwa ana..Entilah sahabat yang paling ana sayang..,” kata-kata yang begitu menyentuh perasaanku.
“Ana pun Maryam..sayang sangat ukhwah kita,”kami sempat berpelukan dan bergurau senda hingga lewat malam.
Alhamdulillah..maka tamatlah imtihan pada hari ini..Seperti hari biasanya aku menunggu Maryam di depan pintu mabna adim kuliyyah banat. Maryam muncul dengan wajahnya yang berseri-seri.
“kaifa imtihan??”. Tanyaku. “Alhamdulillah kuwais,” Maryam tersenyum girang,itulah kali pertama kulihat wajahnya yang begitu ceria..Kami melangkah keluar jamia’h menuju ke mahattoh berhampiran dengan kuliah..Kereta begitu banyak dan laju membuatkan kami sukar untuk melintas.Ku pegang erat tangan Maryam cuba untuk melintas. Kami hanya ke depan dan ke belakang semula kerana tidak berani untuk melintas ketika itu..Maryam juga seperti menarikku supaya naik ke tebing melihat keadaan yang kurang selamat dan aku dapat melihat Maryam seakan-akan membacakan sesuatu,mulutnya terkumat kamit.Apa yang Maryam bacakan??Tidak lama selepas itu mama arab datang untuk melintas bersama-sama kami..Ku menarik nafas lega..Kereta bertambah laju dan mama arab itu tetap mahu melintas..Kami hanya mampu ikut sahaja..Kami berjaya melintasi jalan itu..Tapi kenapa tanganku dipegang oleh mama arab itu?mana Maryam?Aku mencari-cari Maryam. Maryam berada betul-betul ditengah jalan besar itu!! Aku terus menjerit..”Maryamm…!! hati-hati! Ada bas tu…!! Maryam hanya menoleh ke arah bas yang menuju betul-betul di hadapannya itu dan terus menoleh ke arahku semula dan sempat menjerit padaku.. “Tolong cetak kitab ana..!! ana sayang enti…!!”. Tubuh Maryam dilanggar bas. Aku nampak tubuh Maryam rebah di saat tubuhnya yang kecil itu bukan sekadar dilanggar bahkan digilis tayar bas dengan kejam! Percikan darah merah membasahi jalan yang baru sahaja aku lintasi..Aku juga nampak di saat kepala Maryam tercabut dari tubuhnya..Dan aku juga nampak kepala Maryam terguling dilanggar dan digelek oleh kereta lain..seperti tembikai hancur berderai..YA ALLAH..!!apa yang aku saksikan ini…?Aku hanya mampu menjerit dan teriak sekuat hatiku….MARYAMMMM……!!
“Dijemput Maryam Aula binti Muhammad, Tahun Empat Kuliah Syariah Islamiyah,Kaherah dengan pangkat Mumtaz,” aku tersedar dari lamunan lantas terus ku bangun sebagai wakil untuk mengambil ijazah Maryam selaku mahasiswi paling cemerlang dalam Festival Konvonkesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang yang dianjurkan oleh PMRAM.. “Maryam..ana akan berikan kejayaan enti pada mak ayah enti di kampung..”. Hampir sebulan lebih Maryam meninggalkan aku. Air mataku gugur tiap kali terkenangkanmu Maryam..Aku telah tunaikan amanah terakhirmu..Kitab Maryam telah berjaya dipasarkan di semua BKAN dan mendapat sambutan yang begitu hangat.
Aku akan pulang ke tanah air tak lama lagi..dan aku akan tinggalkan Maryam bersemadi disini,bumi anbiya’. Hanya kenangan Maryam bersamaku apabila pulang ke tanah air nanti..Bagaimana harus ku berdepan dengan keluargamu Maryam?jiranku sekampung denganku? YA ALLAH..Tabahkan hatiku menempuh segalanya..”Maryam…Ana rindukan enti..rindukan senyumanmu..,” dadaku sesak dan sukar untukku bernafas lagi apabila ku menatap potret yang pernah ku hadiahkan untuk Maryam dan disana aku dapat melihat tulisan Maryam “Maryam sayang Zuhairah”.Aku menangis dengan begitu kuat hingga memecah kesunyian malam.
“Maryam…Maryam..Maryam…”.aku hanya mampu memanggil nama itu dan tangisanku beralun seiring dengan alunan nasyid ‘kau sahabat kau teman’ nyanyian Hijjaz.
Baju milik Maryam ku pakai lalu menyusur keluar dari Lapangan Terbang Kepala Batas..Begitu ramai yang menantiku disana..dan aku ternampak ibu Maryam yang sangat pucat kaku seperti patung.. Aku terus berlari mendapatkan ibu Maryam lalu memeluknya dengan kuat…
“Makcik nak Maryam…Maryam anakku...,” kuseka airmataku supaya tidak mengalir keluar tapi akhirnya aku tewas.
“Ini Zu persembahkan kejayaan milik Maryam untuk pakcik dan makcik…”. Segulung ijazah sentiasa bersamaku telah dihulurkan kepada orang tua Maryam..Air mataku mengalir begitu pantas apabila melihat orang tua Maryam cepat-cepat membuka dan menatap ijazah itu seolah-olah Maryam akan kembali.
Ibuku segera menarikku dan memeluk rapat lalu berbisik padaku suatu ungkapan “Terima kasih anak mama kerana pulang dengan selamat..Terima kasih YA ALLAH kerana pulangkan anakku dengan baik..penantianku selama empat tahun ini tidak sia-sia..”. Aku memeluk dan mencium dahi ibuku dan ku persembahkan kejayaanku. Graduanita Universiti Al-Azhar Kaherah pulang bersama memori Maryam…

Maryam pernah menghadiahkan kepadaku kalam dari Imam Syafie’ sebelum pergi :

“Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku..Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang aku selalu berharap untuk mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka,jika aku dapat aku akan setia padanya….-Imam Syafie-
Sahabatku Anisah Zuhairah bt Mustafa…Ana sayang enti..-Maryam Aula Muhammad.

Glosari:
1)yahabibti.:sayangku 2)Taswir:Photostat 3) syaghol:sibuk 4) taqdim:dilantik 5) mumtaz sofi:mumtaz semua matapelajaran 6) najah ala tul: Berjaya setiap tahun 7)Imtihan:peperiksaan 8) ma’rodh:pesta buku 9) musyrif:peneman10) kaifa imtihan?:bagaimana peperiksaan?11) Kuwais:baik 12) jamia’h:universiti 13)mahattoh:perhentian bas
selamat menempuh imtihan ye sahabat2 suma...cerpen kt atas ni saja2 je cipta isi masa kosong dan sumbangkan ke majalah minda jelapang..hehe hargai sahabat anda teruskan usaha capai impian kita..!! jangan cepat putus asa..terus gagahi walaupun tersungkur..DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN...

1 comments on " "

Anonymous said...

cerpen yang sangat bagus ... :)

1 comment:

Anonymous said...

cerpen yang sangat bagus ... :)

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal