
Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuksangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bilanampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepasmandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semuaorang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid punpakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummikata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denaikecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar,La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adikkhusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilalmasjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagatadik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adikpandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walidberbual tentang syahid, perjuangan,perang.. dan lain-lain lagi. Nama negara adikpun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjidkebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, MasjidilAqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salahsatu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israkdan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adiklihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk dipenjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solatraya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bilawalid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamitmembaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adikbaca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud. Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salamandengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itutenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalamudara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orangbertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjatasedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan.Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut.Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautantangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuhtumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak.Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid.Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopakmata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari.Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisiwalid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah.Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku."Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dankanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adiksebut nama walid berkali-kali.Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis.Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cubatenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dahbesar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dancium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah.Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adiktanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagumenunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walidpergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembalilagi. Adik cuma mengangguk."Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air matadi pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah.Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu.Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok.Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali.Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adikdibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak bendabulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegangdan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adikmasam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abangtersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipimontel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bolaseperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi.Merajuk. Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak adauntuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahumenangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, oranglelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abanggalas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulatseperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menunggu didepan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi pelukabang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mataterkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik.Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang."Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergiberjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara. Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adikmengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macamperkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi.Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebutperkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan namamalaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutanadik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kataIsrael jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yangmencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benciIsrael. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah. Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebayaadik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yangbersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuhwalid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adikbaling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yangmenimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu.Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada jugakawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju merekamerah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untukmenyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Diajuga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangatcantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adikpulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi padakeesokkan harinya. Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adikbuka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mulaberbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masihberasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunyaroti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagitadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnyatersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulutadik. Adik kunyah dengan gelojoh."Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhiroti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik."Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan."Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.Ummi senyum."Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketikamenyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuhnabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Namaadik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabahdan cekal macam Nabi Muhammad. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran.Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejapadik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mataadik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran."Bismillahirrahmanirrahim.."Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itudengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adikhendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baruumur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatamAl-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlahsatu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari.Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkandari luar."Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depanrumah."Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh.Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurgamenanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golonganorang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebutlagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummiberitahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyaianak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yangsangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyumpada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin merekamenghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adiktunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkirpada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkirapabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adikyang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi kesatu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semuaorang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abangdan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adikdikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekorantindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecilmemudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosokdi satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendangummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidakputus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adikmenahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adikbenci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummidengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba..... "Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adikberlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit.Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untukmelindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidakberdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyumpada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikutwalid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telingaummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripadajatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamalmelambai-lambai ke arah adik. 


























0 comments on "adik kita di palestin..."
Post a Comment