Friday, December 11, 2009

...Alhamdulillah ketemu juga akhirnya..

Posted by UmmuL SyabinaR at Friday, December 11, 2009

Assalamualaikum..selamat hari jumaat semua ye..ada berita gembira hendak dikhabarkan..(gembira dipihak ana) Hampir 2bulan otak ana berfikir untuk menulis satu "artikel" ni..tiba2 semalam timbul pula rasa nak cepat-cepatkan post tentang "hal" ini..Dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah..ana terjumpa satu artikel yang bertepatan dengan apa yg ana nak tulis. Oleh itu ana amatlah berterima kasih kepada beliau! ana mohon keizinan dari pihak tuan hamba,sekiranya anda membaca artikel ini ana mohon maaf dan minta dihalalkan..syukran(^_^)

p/s : artikel ini ditulis sendiri oleh ikhwah.

ostad! tolong jadi musyrep buleh tak??

MUSYREP? Pernahkah anda mendengarnya? Perkataan ini berasal daripada bahasa arab. Adakah ia merupakan nama sejenis makanan arab? Seperti kusyari? to'miyyah? suguk? firakh masywi? kibdah? kuftah? Mari sama-sama kita saksikan dan lihat apakah rahsia yang ada di sebalik perkataan ini.
Sebenarnya tiada sebarang rahsia yang tersembunyi. Apa yang ada hanyalah pelbagai kisah suka dan duka, sedih dan gembira serta aib dan maruah yang tercalar...

Musyrep pada asalnya ialah musyrif, isim fa'il yang bermaksud seseorang yang menjaga, memelihara dan mengawal sesuatu dengan baik. Ia juga mempunyai maksud lain, tetapi cukuplah maksud tadi untuk menjelaskan apa yang akan saya sampaikan pada kali ini.

Di Mesir, suasananya agak berbeza berbanding Malaysia. Tahap keselamatan di sini agak rendah terutamanya bagi kaum wanita lebih-lebih lagi pada waktu malam. Jadi, ia membuatkan keadaan menjadi tidak sesuai bagi kaum hawa untuk keluar pada waktu malam tanpa alasan dan cara yang sepatutnya.

Secara mudah kita katakan bahawa tidak sesuai bagi kaum perempuan keluar pada waktu malam. Siapa tidak kenal pak arab? ataupun kurang sedikit, abang-abang arab? Tahukah anda makanan arab adalah sangat baik untuk tenaga. Lengkap dan cukup untuk zahir dan batin. Mereka tidak perlu lagi kepada tongkat ali atau kacip fatimah. Apa buktinya? Pernah suatu ketika, saya menyaksikan sesuatu yang tidak pernah saya saksikan sebelum ini. Seorang mak cik arab (tok nek), menjunjung tong gas di atas kepalanya dengan gaya selamber rocknya. Itu baru mak cik arab yang perempuan, cuba bayangkan abang-abang arab atau pak arab yang sihat, kuat, gagah dan perkasa.

Bagaimana jika kaum hawa ada urusan penting? Di sini sudah maklum dan jelas bahawa apabila akhowat (wanita) ingin keluar malam kerana urusan penting, maka mereka berhajat kepada musyrif iaitu seorang lelaki atau lebih (bergantung pada keadaan) yang akan menjaga dan menemani mereka sepanjang perjalanan mereka. Perkara ini sudah terlalu jelas, seolah-olah ia merupakan salah satu daripada perkara al-ma'lum minad din bid doruroh.

Tapi, terlalu banyak kes di mana terdapat akhowat yang tidak dapat mematuhi dan memenuhi etika ini. Ada yang sanggup dan berani keluar seorang diri pada lewat malam di kawasan yang orang lelaki pun takut untuk melintasinya seorang diri, tapi itulah yang berlaku. Maka, berlakulah pelbagai kes yang menyayat hati, mengguris perasaan dan menusuk qalbu... Apa yang boleh kita katakan? Bubur tidak mungkin menjadi nasi...

"Eh, nape nak guna musyrif ni? x baik tau! semua ni ikhtilat!"

Ada juga yang berfikiran begini. Tidakkah dia tahu bahawa ada ikhtilat (pergaulan) yang dibenarkan? Lelaki dibenarkan untuk berkomunikasi dengan perempuan atau sebaliknya jika mempunyai urusan penting. Mungkin dia menganggap dirinya bertambah siqah (dipercayai) dengan bersikap demikian, padahal dia tidak sedar bahawa perkara itulah sebenarnya yang membuatkannya hilang siqah.

"x prlulah musyrif2 ni, tawakkal ja. Nnti Allah akan jaga kita..."

Wah!hebat sungguh tawakalnya! mungkin ditarbiah oleh mereka yang hebat pergantungannya pada Allah. Alangkah jahilnya orang yang sebegini pemikirannya. Rasulullah pernah menasihati seorang sahabat agar menambat untanya apabila sahabat tersebut bertanya sama ada cukup dengan bertawakal atau ditambat terlebih dahulu.

Dalam riwayat Imam Al-Qudha’i disebutkan:

“Ertinya : Amr bin Umayah Radhiyallahu ‘anhu berkata, ‘Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah !!, Apakah aku ikat dahulu unta (tunggangan) ku lalu aku bertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal ? ‘Beliau menjawab, ‘Ikatlah kendaraan (unta) mu lalu bertawakkallah”. (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, no. 633, 1/368)

Lihatlah, unta yang kita katakan sebagai haiwan pun Rasulullah nasihatkan agar ditambat supaya terjaga, inikan pula maruah seorang wanita! Adakah maruah unta lebih bernilai dan mulia daripada kita? Ataupun kita sudah merasakan bahawa kita sudah terlalu hina sehingga menjadi lebih sesat daripada haiwan ternakan?

"kawan2! ustaz yang dok round slalu tu xdak! jom la kita kluar! yah! kita merdeka!!"

MasyaAllah! Ada juga yang macam ni? Di manakah keihkhlasan kita? Apakah kita lebih takut disergah dan dinasihat oleh ustaz hisbah (penguatkuasa) berbanding takutnya kita akan kehilangan maruah yang Allah kurniakan?

"xmau la guna musyrif, nnt nk kna tggung tambang dia. bankrap la cmni.."

Todia!! Mai nak tanya, kalau diberi pilihan antara wang dan maruah, manakah yang akan anda pilih? Mungkin bagi sebahagian kita wang adalah segala-galanya...

Adakah semua ini hanya salah akhowat-akhowat? Adakah yang ikhwahnya (lelaki) terselamat? Tidak begitu sebenarnya, kedua-dua pihak bertanggungjawab.

Kaum lelaki perlu sedar bahawa Allah telah memberikan beberapa kelebihan pada mereka. Allah tidak ciptakan sesuatu dengan sia-sia. Lelaki dan perempuan saling memerlukan dan saling bekerjasama. Bak kata Wonderpet, "Apa yang penting? Kerjasama..."

Tidak lupa juga kata-kata datuk Spiderman, "Remember, with great power, comes great responsibility."

Jadi, saya menyeru kaum lelaki, ustaz-ustaz dan doktor-doktor agar kita sama-sama menjaga keselamatan dan keharmonian bersama. Janganlah kita asyik memberi alasan yang dibuat-buat. Sikit-sikit sibuk, sikit-sikit ada kerja. Ya, kita tidak nafikan bahawa setiap kita ada tugas masing-masing, tapi cubalah kita luangkan masa untuk membantu insan lain. Jika kita benar-benar sibuk, cubalah tolak dan jelaskan dengan sebaik-baiknya.

Ada juga sebahagian ikhwah yang terasa, marah dan merajuk dengan sikap sebahagian akhowat. Mungkin kerana kurang adabnya atau kurang menghormati musyrif mereka atau terlepas kata-kata yang kasar. Bagi saya, kita perlu memahami mereka (akhowat), mungkin mereka kurang stabil atau tiba bad mood time. Mungkin juga ada yang memang rendah akhlak dan peribadinya, orang yang sebegini perlu diberi nasihat, cubalah jelaskan dengan baik. Apa-apapun, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Jangan dicampur-adukkan dengan perasaan atau dendam.

Akhir kata, marilah kita hargai maruah yang Allah kurniakan, marilah kita tunaikan tanggungjawab kita setelah kita dikurniakan kelebihan oleh Allah. Sebenarnya, telah Allah tunjukkan akibatnya pada kita setelah ada yang mengabaikan ini semua, ada yang ambil pengajaran dan insaf. Tidak kurang juga yang mengabaikan dan tetap dengan egonya. Moga kita sama-sama diberi petunjuk dan dipelihara Allah.

jasa baik :http://almomentum.blogspot.com

tambahan :

bagi ustaz2 dan doktor2 majlis kebajikan keluarga kedah(mkkk) yang pihak akhawat hormati sekalian.Supaya tidak berlaku hanya exco sahaja yang jadi musyrif seperti yang berlaku sebelum ini, pihak badan dan unit kebajikan tabung derma(mkkk) telah mengeluarkan jadual musyrif yang bertugas bagi menyelaraskan dan memudahkan semua pihak. Harap pihak kalian merujuk hal ini. Ini kerana pihak akhawat sangat memerlukan bantuan dan khidmat masyarakat dari kalian untuk pergi kelas toturial dan pengajian pada waktu malam. Semoga usaha kalian dihitung oleh Allah di padang masyar nanti..kami barisan akhawat mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih di atas kesudian anda dalam menjalankan tugas yang mulia ini. Semoga kalian najah dalam imtihan..amin. SELAMAT MAJU JAYA!

1 comments on "...Alhamdulillah ketemu juga akhirnya.."

skyjamil on December 27, 2009 at 9:43 AM said...

owh macam tu erk keadaan kat cna..hebat ar mak cik tu, ntah2x tong gas plastik ja kot hehe,patutla kawan ana kata, nasib tak dak muslimat sekolah lama..agaknya e2 la maksudnya..tak pa, yg sudi lebih rmai dri yang tak sudi...jaga diri hiasi peribadi terpelihara maruah..meow2x

1 comment:

skyjamil said...

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal