
Assalamualaikum..
disini ana sertakan sedikit petua yang baik punya :
1) sila iron jubah anda(akhawat) pada malam hari untuk persiapan awal
2) kunci jam pada pukul 4.30-5.00pagi
3) bagitahu ahli bait supaya kejutkan anda sebelum pukul 5pagi
4) sila turun tunggu di bawah asrama darulaman satu atau tiga sahaja
5) tunggu sehingga sebuah tremko(van) khas datang ambil kemudian naiklah dengan riangnya
6) semasa didalam tremko itu bolehlah menikmati pagi subuh anda dengan melihat kawasan sekeliling anda
7) sediakan wang kecil sekurang2nya 4genih sebagai wangsaku tambahan
8) turun dengan cepat apabila tremko sudah sampai ke destinasi tersebut
9) duduk bersimpuh atau bersila di sebuah masjid yang diberi nama "MASJID ASYROF"
10) jom mengaji kitab sunan Abi Daud disertai tadabbur Al-Quran bersama Syeikh Yusri di muqattam!
anda pasti tidak ketiduran selepas subuh..tidak percaya?? CUBALAH!
p/s : saya tahu ada yang kurang faham. silalah kemukakan soalan anda disini.
(untuk memanjangkan lagi posting ini,ana telah sertakan biodata Syaikhuna Murabbi yang tercinta Syeikh Dr Yusri Rushdi)
siapakah Syeikh Yusri ini?
-Nama penuh beliau ialah Yusri Rushdi as-Sayyid Jabr al-Hasani. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama'ah, bermazhab Syafi'ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli.
-Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 H bersamaan 23 September 1954 M di Hayyu Raudhul Faraj,kaherah
-Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat 'Jayyid Jiddan' pada Disember 1978. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dari Universiti Kaherah
-pada November 1983 dan beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam 'Pembedahan Am' juga dari Universiti yang sama pada Mei 1991. Kemudian beliau meneruskan pengajian di bidang syariah (B.A) dalam kuliah Syariah wal Qanun, Universiti Al-Azhar pada tahun 1992 dan mendapat pangkat 'Jayyid Jiddan' pada tahun 1997.
-Beliau mula menghafaz al-quran dengan riwayat Hafs 'an 'Asim semasa dalam pengajian di kulah perubatan melalui guru beliau Fadhilat as-Syeikh Abdul Hakim bin Abdul Salam Khatir (sekarang bertugas sebagai panel rujukan al-Quran al-kareem di Madinah) dan berjaya mengkhatamkannya secara hafazan pada tahun 1985.
-Jawatan beliau sekarang ialah Penasihat dan Ketua Jabatan Pembedahan Am dan الأوعية الدموية di Hospital Ahmad Mahir at-Ta'limi, Kaherah. Beliau juga merupakan imam dan khatib di Masjid Al-Asyraf, Hayyu al-Muqattam.
"Semoga Allah memanjangkan umur beliau dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan"

























2 comments on "petua tak tidur selepas subuh"
Salam,
Yeaa.. Sangat Setuju dengan petua ni. he2..
Lagi best rempit(naik motor) pagi2.. memang mengeletar sampai ke kaki. huu..
Tp akhowat takleh la tiru aksi ni. mamnu' minassorfi.
wslm..
ish2..rempit ke jalan yg benar xpe kot. sejuk mata tgk moto budak2 malaysia byk di muqattam. semoga istiqomah. amin.
Post a Comment