orang sering bertanya pada ana seperti dibawah :
"kamu sakit apa?boleh saya tahu?"
"cik ratu sakit apa?"
"akak sakit apa niii..??"
"enti sakit lagi..bila nk lega??"
"sya kena operate lagi.sebenarnya macam mana?"
"kena bedah lagi ka? "
"yong..awt sakit lagi ka penyakit yong tu?"
jawapan yang sama ana berikan adalah " ana pun tak tahu nak cerita macam mana". dengan adanya blog ini ana ingin sekali berkongsi apa yang ana tahu sahaja..(sebab ana bukan DOKTOR..huhu) segalanya bermula pada....
22/9/2010
Ana bersama mama ku tersayang telah pergi berjumpa dengan Pakar Dr Siti Sabzah (beliau adalah doktor yang sangat cantik dan baik hati seperti pesakitnya ini juga) setelah beliau "check" and "double check" and "triple check" beliau menganalisis penyakit ana sudah sembuh..Syukur Alhamdulillah..kemudian beliau telah memberikan suntikan " krim violet" dalam kedua-dua telinga kiri dan kanan yang berdialog " very clearla syabinar punya telinga..cantik dah..tak payah bedah pun.." . Kemudian dr Siti berikan sebotol kecil minyak zaitun. Ana pulang dengan nafas lega lalu pergi bersiar-siar makan angin dengan mama (tokok tambah perasa cerita)
30/9/2010- 11/10/2011
Dalam fatrah (waktu)ini ana berasa tidak selesa dengan telinga ana. Sering mengeluarkan najis2 mutawasitah (najis sederhana) seperti darah dan sebagainya pelbagai warna. sakit dan pedih. pening kepala. kebas sebelah muka. sakit pada urat2 belakang telinga . sakit apabila mengkunyah makanan. segala simptom ini ana ceritakan pada Doktor Azizul a.k.a doktor kacak. sebab dia doktor agak kacak kat situ - buat malu ja kalo dia terbaca blog ana ni- kemudian beliau mengkerutkan dahi beliau seperti memikirkan sesuatu. apabila beliau check telinga ana dia kata " pada luar nampak ok la...." "kita cuba CT Scan ya?" . ya CT scan adalah tempat untuk scan pada bahagian berkenaan. nama CT Scan bagi bahagian ana adalah "BRAIN SCAN" scan pada kawasan telinga, seluruh kepala dan muka (muka kan kat kawasan kepala jugak)
-tempat kejadian tarikh pemilihan CT scan di kaunter pendaftaran Scan2 sehospital -
abg pendaftaran : ok adik mai pada 8/11/2010 ya..pukul 9pagi pi kat klinik suruh depa cucuk. pahtu posa pukui 12tgh mlm. jangan makan pa-pa pun tau..!
ana : ha...? mana boleh encik..saya nak balik meset dah 2/11/2010.. takdak ka tarikh len?
abg pendaftaran : tak boleh..org dok beratuq Q nu nak scan jugak..bukan adik sorang jaa....
dalam hati : ( cakap byk pulak abg pendaftaran nih)
ana : bagi tarikh awai sikit la.....hemm... (buat muka)
abg pendaftaran : okla2..adik mai 2/11 tu .
dalam hati : (ingat aku nak balik KL ka...2/11 tu kena pi KLIA pukul 8pagi. masa mana pulak nak pi scan nya?)
ana : ok lah...tenkiu
abg pendftaran : welkem2.
oleh itu, ana telah memospon tarikh pulang ke mesir pada 23/11/2010 lepas raya Haji..syoknya raya kat mesia..hihi
2/11/2010
xjadi balik mesir. Pi hospital untuk scan. lepas menunggu berjam-jam lamanya....baru lah boleh masuk dalam terowong tu tak sampai 5min pun. doktor bagi tarikh kena pergi hospital semula pada 8/11/2010...(perjalanan hospital dan rumah. ana mengambil masa dalam 30min pada 40km/j dan 15minit ada 80km/j menaiki kereta. kalau kat kaherah mengambil masa SATU JAM naik tregko kemudian pergi ramsis. naik pula Metro (kereta api bawah tanah) ke Massara, syoubra kemudian naik teksi untuk ke Hospital Massara. (penat)
8/11/2010
9pagi : dipanggil oleh doktor Yeoh Zhi Xiang - ini adalah doktor baru. ana rasa HO kot. nampak macam beliau bersungguh2 untuk belajar. stadi balik sumber rujukan ana yang tebal berusia 10tahun itu. apabila beliau bertanya bermacam2 soalan sehingga ana pun letih nak cerita , beliau mengatakan result CT scan belum keluar...whats going on..??? beliau terus melarikan diri mendapatkan doktor2 yang lain untuk meneliti CT scan ana yang belum berresult itu.
-doktor Masaany- seorang doktor wanita yang sangat baik hati juga penyayang. jatuh cinta padanya! beliau telah meneliti dengan baik sekali gambar2 Scan.." ok..saya rasa macam tak da apa2 kat sini..apa yang kita boleh tgk kat sini..bla bla bla -cakap omputih- sambil bersyarah pada dua lagi doktor selain doktor Yeoh. ana rasa mcm sedang berada dalam sebuah kelas Medical,Zagzig cairo. setelah habis bersyarah pada dua doktor baru itu. Dr Masani bawa ana ke bilik sebelah pula. Untuk Ujian Fisioterapi. Kat bilik sebelah ada pula nurse2 praktikal yang berlambak2. -JADI BAHAN UJIAN SEKEJAP- pasrah sahaja.
Dr Masani kata telinga ana dah ok..Alhamdulillah..kemudian ana diberikan stok ubat selama 4 bulan berkotak-kotak dan juga surat perlepasan imegeresen sekiranya tertangkap semasa check in nanti.~pulang ke rumah dengan harapan itulah kali terakhir ana pergi ke hospital~
"ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari"
9/11/2010
semasa ana tengah drive, nak nak pergi beronggeng dengan adikku yang nak SPM ( xsedaq dari nk exam boleh nak pi meronggeng lagi) tiba2 suatu panggilan telah ku terima :
Doktor : hello ni umu shabena ke??
ana : tak..syabinar huhu..
Doktor : ok Syabinar..hehe ini doktor Yeoh yang rawat kamu itu hari ar..saya sudah berbincang dengan Doktor Siti Sabzah menegenai result Ct scan kamu. setelah berbincang, ada sedikit perubahan ye. boleh tak kamu datang pada esok hari pukul 9pagi berjumpa dengan doktor Siti?
ana : ..................
Doktor : helo, helo syabinar boleh dengar tak ni??
ana :...................................................................
Doktor : helo Syabinar?
ana : ya baik doktor. esok saya datang. tenkiu.
Doktor : Ok syabinar kamu jgn takut ya..bai2.
_____perbualan tamat______
hari ini 10/11/210
Setelah berjumpa dengan doktor Siti dan doktor Masanny. mereka menceritakan penyakit ana adalah tersorok. setelah perbincangan conferens beramai2, secara kesimpulannya perlu dibedah dengan segera kerana risau sekiranya lorong yang tersorok itu membesar jadi "high way" . memandangkan ana pelajar antarabangsa (perasan) mereka menjadikan kes ana tersenarai dalam "EMEGENCY LIST". 14/11 ni admit ward. pembedahan akan berlangsung pada keesokan hari nya... Hanya Allah sahaja yang tahu..ape perasaan ana ketika ini.. bertenanglah wahai hati.... Doakan ana sahabat semua....ana mohon tolong doakan ana. pliz.
tambahan :
1 : risiko untuk pembedahan ini adalah terkena saraf muka dan muka akan menjadi sengit (nauzubiilah......................!)
2 : ana percaya keajaiban doa. Doakan ana (T_T)
3: akan pulang juga pada 23/11 ini.. doakan ana selamat sampai dengan jayanya insyaAllah..
cerita selanjutnya ana post mlm nnti ya. ana kat pejabat mama ni. sudah mahu pulang..jumpa lagi.. salam

























1 comments on "operation again! (T_T) part 1"
Salam..
YA ALLAH permudahkanlah urusan hamba mu ini YA ALLAH...
sungguh besar ujian pada encik ratu syabinar yer....
harap bersabar
Post a Comment