
sekadar hiasan : ini adalah istana Anak Bukit,Kedah ye..bukan istana Ratu..hihi :P
sedar atau pun tidak usia blog ini sudah menjangkau 2thn jagung. ana mulakan blog ini dengan belajar sendiri melalui youtube pada 3 november 2008 jam 2.37pagi dimana pada masa itu ana hanya berbekalkan wireless dari banggunan sebelah Asrama Darul Aman. Pada ketika itu kami masih belum memasang internet di asrama. Dengan bergenggamkan semangat ingin menguasai IT dalam menyebarkan dakwah melalui blog ini,walaupun ana sedar usaha ini tidaklah memberansangkan dan tidak mampu menjangkau ke tahap seribu orang tetapi cukuplah sekirannya dakwah pena penulisan skrin ini sampai pada seorang mad'u. Semoga Allah menguatkan hati2 kita..amin.
Sebelum ana memiliki blog sendiri, ana tinjau ke blog orang lain dahulu..ana membaca dan meneliti setiap perkataan di didedahkan di blog masing2.. ana rasa seronok dan terhibur. Oleh itu ana mengambil keputusan untuk memiliki blog ana tersendiri. Nama blog dan konsep blog ini terlintas secara tidak sengaja dalam fikiran.. Alhamdulillah ada yang menerima. Terima kasih kepada keluarga ana juga SAHABAT2 yang ana sayangi "satu hati" kerana dengan mereka lah ana mampu menguatkan semangat dan mereka lah yang memberikan semangat untuk ana ketika itu tidak lupa juga buat "org2 kuat" atau "SIFU2" tabah mendengar dan menerima segala kekurangan ana. tanpa mereka ana sampai sekarang tidak memiliki blog ana. dan blog ini tidak wujud. orang2 yang ana maksudkan ialah :
(1) Doktor Afifi bin Shaiffudin
(2) Ustaz Roslan (kelantan)
(3) Ustaz Dhiaul Iman (ibnu Reza)
(4) Ustaz Naim bin Noh (tahrir maQol)
(5) Ustaz Yusri (aku dan nasihat)
mereka diatas telah menolong dan mengajar ana tentang blog. mungkin anda di atas tidak sedar. Dengan ikhlas hati ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada kalian kerana pernah membantu ana suatu ketika dahulu. arigato! kepada nama2 yang ana tidak tersebut maafkan ana atas kelalaian ana.. sekiranya anda pernah membantu ana TERIMA KASIH.. hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..selagimana ana menggunakan blog ini kearah kebaikan, selagi itulah anda mendapat sahamnya. insyaAllah sama2 doakan.
yup..terima kasih juga pada encik GOOGLE...! hehe..sungguh banyak kamu membantu saya. apa yang saya cari semuanya dapat..bagus betul kamu yah..lagi..kepada siapa lagi ana nak berterima kasih..YA...pada semua pembaca2 blog ini, yang komen , yang singgah, yang godam tempoh hari tu..huhu terima kasih jugak.... ana harap kalian sudi menerima kasihku ini.. :)
p/s : buat masa ni tidak mengapa bukan blog ana templet begini?hihi lawa pe...kan? :D

























2 comments on "ratu dan blog nya"
hehehe... silau mata merah sgt.. :D
tula....adoi..silau2...
Post a Comment