
(1) Seorang pelajar perubatan adalah seorang bijak,memiliki akal pintar yang cerdik dan sangat cerdas dalam segala aspek.
(2) Dia adalah seorang berjiwa besar dan rajin belajar untuk memikul tanggungjawab sebagai penolong agama Allah.
(3) Pelajar perubatan yang soleh adalah yang menjaga akhlaknya. Dia menutup aurat dengan sebaiknya dan meninggalkan segala larangan Allah.
(4) Pelajar perubatan mempunyai tanggungjawab yang besar suatu hari nanti. Dia adalah golongan yang Allah pilih untuk menolong manusia lain.
(5) Pelajar perubatan yang baik adalah sentiasa mendengar nasihat dari orang lain. Dan sentiasa menerima teguran lalu segera berubah sekiranya dia salah.
(6) Kehidupan pelajar perubatan berbeza dari kehidupan pelajar lain.
(7) Dia akan bangun awal untuk mengulangkaji pelajaran. Sebelum itu dia akan tahajud dan membaca Al-Quran supaya Allah memberikan kemudahan padanya dalam pelajaran.(8) Selepas solat subuh, dia akan berzikir seketika, mengulangkaji matapelajaran sebelum ke kelas.
(9) Pelajar perubatan tidak ponteng kelas kecuali keuzuran.
(10) Dia tidak sombong dengan ilmu yang dipelajari.
(11) Dia selalu berkhidmat kepada guru-gurunya begiu juga kepada kawan-kawannya.
(12) Dia sentiasa menjaga solat. Dan tidak melakukan perkara yang sia-sia dan membuang masa seperti melepak dan sebagainya.
(13) Dia bercita-cita untuk menjadi doktor yang membantu bukan dibantu.
(14) Selesai kuliah,dia akan mengikuti pengajian-pengajian tambahan contohnya bahasa arab,kitab-kitab lama dan bab hukum agama.
(15) Dia rajin mengeluarkan pendapat dan menerima pendapat orang lain sebagai muhasabah.
(16) Dia cintakan pada agama yang dianuti dan dia berbangga dapat menjadi doktor yang mampu merawat orang sakit.
(17) Dia rajin mendalami pelbagai bahasa terutamanya bahasa arab sebagai bahasa syurga.
(18) Dia juga tidak ketinggalan dia dalam membaca buku-buku ulama semasa agar dia tidak ketinggalan di dalam masalah-masalah baru.
(19) Pelajar perubatan seorang yang tekun mengkaji dan mencari ilmu.
(20) Pada hari cuti,dia akan mengamalkan kehidupan yang sihat. Dia sama sekali tidak merokok! Dia juga tidak boros.
(21) Dia kemas,suka kepada baju yang cantik dan minyak wangi,badannya sentiasa wangi,suka kepada minyak wangi,giginya selalu digosok rambutnya selalu kemas dan berketerampilan.
(22) Dia suka kepada kebaikan,menolong orang,penyanyang dan disayangi.
(23) Berjiwa pemurah dan pengasih.
(24) Dia seorang yang penyabar.
(25) Pelajar perubatan tidak menghina orang lain dengan dengan percakapan. Sentiasa menjaga tutur kata apabila bercakap.
(26) Pelajar perubatan sangat menjaga masa, selalu menepati janji dan datang dengan segera apabila bantuan diperlukan.
(27) Dia sangat beradab dengan siapa sahaja tanpa mengira umur atau bangsa.
(28) Dia ingin menjadikan pekerjaannya nanti sebagai suatu ibadah.
(29) Dia suka bekerja daripada bercakap.
(30) Hidupnya kerana Allah Taala.

























2 comments on "anda pelajar perubatan?"
assalamualaikum kak ummu...:)..
em,bgus post ni..tp 1 persoalan timbul...untuk student medic je ke?untuk student yang bakal mnjadi pegawai tntera x de ke ciri2 nye?nk jgk tau kan...hehe..k..tq
subhanallah..
sangat tersentuh dan terharu dengan post kali ni.
moga dapat mengekalkan uslub begini dalam berdakwah. selain daripada kebenaran Islam, akhlak islam juga merupakan daya penarik untuk orang lain mendekati Islam.
tahniah!!
.
Post a Comment