"Minggu lepas 'dia' tidur atas katil, hari ni.. 'dia' tidur di liang lahad yang di simen"
"Minggu lepas 'dia' bawa moto pergi kuliah dan pengajian hari ini.. moto itu dan 'dia' sudah tiada.."
"Minggu lepas 'dia' boleh lagi bersembang dan tersenyum hari ini.. hanya tinggal kenangan.."
"Minggu lepas 'dia' solat jemaah di masjid hari ini.. 'dia' disolatkan secara berjemaah.."
"Minggu lepas 'dia' digelar USTAZ hari ini..'dia' digelar ALLAHYARHAM.."
"Hari ini 'dia' telah dipanggil oleh Allah..kita pula bila lagi..?"
Inilah dialog2 yang bermain2 di lubuk hati ana ketika sedang menyaksikan solat jenazah yang disempurnakan di dataran Asyir, Kaherah zohor tadi. Dimana ketika ini ana dan kawan2 bertungkus lumus untuk kemeriahan muktamar tidak lama lagi di rumah selangor. Kita kehilangan seorang lagi penuntut ilmu di bumi anbiya' ini..Takziah untuk keluarga dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan para solihin..amin
AL-FATIHAH

Berikut adalah gambar ketika solat jenazah berjemaah di Dataran Haiyyu Asyir, Kaherah Mesir:





" SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA KEMBALI"
-peringatan untuk kita yang masih menghidu udara kurniaan Allah..
p/s : Untuk maklumat lebih lanjut sila buka dan baca di :
(3) Blog Ustaz Amin

























3 comments on "Penuntut Ilmu Allah telah dipanggil.."
tidak ada yang boleh meyakinkan makhluk akan kehidupannya sedetik lagi....
-->Mohd Syihab
ya.."setiap yang bernyawa pasti akan mati"
namun yang hidup perlu berkira-kira masa yang akan tiba..
Post a Comment