Thursday, April 1, 2010

saya sangat MARAH!

Posted by UmmuL SyabinaR at Thursday, April 01, 2010

Assalamualaikum..

p/s : entri kali ini menggunakan perkataan "saya" bukan "ana" untuk menggantikan kata nama. Juga memuatkan perasaan geram dan marah. Kepada pihak yang berkenaan maafkan saya.

GERAM!
BENCI!
MENYAMPAH!
MELUAT!
TIDAK SUKA!
HIDUP MENYUSAHKAN ORANG!
TENGOK NAK TERMUNTAH!
TAK SEDAR DIRI!
PERASAN BAGUS!

Ya. Perkataan diatas cukup jelas menunjukkan saya sangat marah. Mari kita terjemah dan huraikan satu persatu.

GERAM :

Apakah itu geram? geram boleh di takrifkan kepada dua : pertama geram dekat orang sebab dia buat salah, kedua geram kat budak kecil sebab dia comel. Oleh sebab saya sedang marah maka tidak sesuai saya menggunakan takrif yang kedua. Saya sangatlah geram kepada orang yang buat salah. Kenapa ya? sebab saya geram. Geram sungguh.

BENCI :

Benci. benci adalah perasaan yang tidak menyenangkan. ianya datang secara tiba-tiba apabila melihat sesuatu perkara yang tidak disukai berlaku depan mata. Secara tidak langsung tersimpan dihati dan sanubari lalu menjadi dendam. (takrif ini tiada dalam kamus mana2) sifat benci ini juga hadir ketika mana terpandang orang yang kita tidak suka itu.

MENYAMPAH :

menyampah itu lebih kurang macam kita tengok sampah. perkataan asalnya ialah sampah lalu dimasukkan imbuhan "men" maka jadilah menyampah (sila jgn percaya) menyampah ini sifat yang kita tidak suka pada sesuatu yang kita tidak ingin melihatnya. Menyampah ini lahir apabila sesuatu yang kita tidak suka itu datang lalu kita buat muka yang menyampah contohnya buat muka sebek ke...faham ke sebek? tarik muka empat belas..faham? kenapa tarik muka empat belas eh..saya juga tidak tahu sejarahnya. bagi yang tahu bolehlah bagitahu. kesimpulannya disini menyampah itu adalah perasaan yang kurang menyenangkan.

MELUAT :

Meluat. meluat adalah rasa loya,nak termuntah dengan perangai seseorang itu. ayat yang sesuai digunakan seperti "saya meluat pada budak itu!" meluat juga menunjukkan bahawasanya kita tidak suka pada sesuatu perkara itu sehinGga nak termuntah.

TIDAK SUKA :

Tidak suka sama maknanya dengan benci. kenapa saya pisahkan dua perkataan ini? kerana saya nampak ada perbezaan dari segi makna diantara "mereka berdua" ini. Tidak suka pada sesuatu dan benci pada sesuatu membawa maksud yang berlainan. saya membawa contoh seperti dibawah :

1) " Saya benci peperangan yang menghancurkan islam"-benci disini bermaksud tidak suka pada sesuatu dengan sunguh2.

2) " Saya tidak suka makan ubat"-tidak suka disini bermaksud segan dan malas nak makan ubat.

Jadi kesimpulannya disini tidak suka adalah sifat yang malas hendak mengambil tahu tentang sesuatu perkara yang membuatkan kita rasa sia2 sahaja jika kita memikirkan tentang itu.

HIDUP MENYUSAHKAN ORANG :

menyusahkan=tidak menyenangkan .Ayat ini keluar dari mulut seseorang yang bercakap atau terdetik dihati apabila seseorang itu membuat suatu kesalahan yang kita tidak boleh terima hakikatnya. Contohnya melakukan sesuatu yang kita rasa tidak masuk akal dan juga secara tidak langsung dengan kesalahan orang itu membuatkan kita juga terjerumus dengan apa yang dia lakukan. Perbuatan yang orang itu lakukan kemungkinan besar boleh memanyahkan orang2 disekelilingnya lalu timbullah perasaan yang tidak tenteram atau rasa gelisah dengan kesalahan itu.

TENGOK NAK TERMUNTAH :

Tengok nak termuntah ini akan terjadi apabila kita berpandang pada sesuatu yang meloyakan. Contohnya melihat orang muntah. melihat najis2 yang membuatkan tekak kita akan rasa kembang. Muntah ini berlaku hanya pada kita melihat pada sesuatu bukan disebabkan sakit dan sebagainya. Contoh yang boleh disimpulkan disini adalah seperti :

" eii..nak termuntah aku tengok mak nyah tu..tergedik sana tergedik sini"- ayat ini tidak perlu melihat najis atau seangkatan dengannya tetapi hanya melihat tingkahlaku seseorang yang membuatkan kita tidak suka.

TAK SEDAR DIRI :

1) " Cikgu! Aminah tiba-tiba tidak sedarkan diri dalam kelas!"

2) " Engkau memang tidak sedar diri! emak penat-penat melahirkan engkau, sekarang engkau pilih calon isteri yang emak tidak suka!"

contoh diatas berbeza maknanya walaupun perkataan yang digunakan adalah sama. Tidak sedar diri yang dimaksudkan ialah seseorang yang melakukan suatu kesalahan tanpa memikirkan natijah keburukan yang bakal berlaku di kemudian hari. Semasa dia melakukan kesalahan seolah-olah dia membuat keputusan tidak menggunakan otak dan hanya mengikut kehendak nafsu semata. yang lebih membarah lagi, dia tidak dapat mengawal tindakan yang dilakukan. Orang2 yang melakukan kesalahan sebegini akan membuatkan orang disekelilingnya akan memjadi marah dan terkilan maka lahirlah ayat seperti contoh di atas.

PERASAN BAGUS :

perasan.

maksud pertama : terhasil daripada memeras ; perahan
maksud kedua : megah berasa bangga atas sesuatu perkara

perasan bagus yang dimaksudkan disini ialah seseorang yang melakukan kesalahan tetapi dia tidak nampak kesalahan itu dan dia merasakan kesalahan dia itu benar. Pada hakikatnya perbuatannya itu sebenarnya buruk,jijik dan menjengkelkan. Juga membuatkan orang lain tidak suka atas perbuatan kotor itu. Oleh yang demikian secara tidak langsung dia telah melakukan tiga kesalahan sekaligus :

1)melakukan kesalahan.
2)bangga dengan kesalahan yang dilakukan.
3)menafikan orang lain-sebab dia rasa dia jee..yang betul orang lain salah.

..terjemahan ayat tamat..

sekarang tiba masanya saya untuk melepaskan geram :

luahan perasaan untuk mereka yang merokok

Saya berasa sangat geram pada perokok jalanan yang suka menghisap rokok dan menyebabkan orang lain menghidu asap yang keluar dari mulut mereka. ingat wangi ka?? busuk lah! kalau awak nak merokok, janganlah mengganggu orang lain. pergi merokok jauh2. awak suka makan asap ke?kalau macam tu jangan makan nasi, jgn mkn benda lain pergi mkn asap sampah asap kereta asap lori(ni sedap sikit kot) dan asap2 yang sama waktu dengannya. Sedap sangat ke mkn asap? kenyang? ada otak tak tahu guna dengan betul. apa nak jadi la perokok2 ni. tak berkaliber langsung!( perokok memang la tak berkaliber) kalau berkaliber tidak akan pilih jalan yang menyusahkan hidup orang ni.
Dahla merokok menjejaskan kesihatan, lepas tu merokok di depan orang ramai pula. hidup menyusahkan orang..Kalau menyusahkan hidup sendiri tak apa juga.dalam teksi merokok dalam kedai merokok, yang terang benderang ada tertulis "dilarang merokok" pun merokok juga. buta ka?? tak nampak?? dah tidak tahu membaca merokok di tempat yang dilarang. Kalau nak meninggal dunia cepat tu, meninggal dunia la sorang2. jap nak tanya? dah cukup bekal amalan ke nak meninggal awal2 ni? kami di sekeliling nak hidup lagi..nak buat amal ibadat. kalau awak dah pasti amalan ibadat awak tu cukup hisaplah rokok banyak2 lagi. sediakan kain kapan sekali. Tempah kubur yang mana satu nak. Orang semua nak meninggal dalam keadaan husnul Khotimah yang awak pula terbalik. Peliklah awak ni!
saya meluat dengan perangai awak ni. Dah la mengganggu kerja orang lain dengan bau asap rokok tu. Kadang2 buat saya terbatuk dan nak termuntah dengan bau busuk asap tu. Sudahla terkena bau tu ke baju saya. Bila saya tutup hidung saya(walaupun sudah ditutup dengan niqob) awak ketawakan saya. awak kata saya skema. ENCIK!! saya bukan skema tetapi saya nak termuntah bau asap rokok tu! tak faham bahasa ke?(memangla tak faham yang buat tu ammu-pakcik arab)
menyampah betul. menyampah tengok muka orang2 yang tengah hisap rokok sebab nak termuntah bau nafas. dah tahu merokok kuat tu pergi la gosok gigi ke..kumur2 ke..hilangkan bau nafas yang membuatkan saya nak termuntah. gigi pula kuning mulut hitam tak lawa langsung. Dah molek Allah kasi gigi putih bersih mulut merah tak payah pakai gincu pergi hisap rokok bnyak2 tu buat apa?
perasan bagus! siapa kata merokok itu menunjukkan kelakian awak? nak tunjuk macho?siapa kata? hanya monyet betina sahaja yang cakap begitu (kesian monyet. maafkan saya wahai monyet) kalau nak tunjuk kelakian awak, nak tunjuk yang awak tu macho lah sangat kan..meh saya bagi petua nak tunjuk macho dan baik hati : time dalam bas nampak wanita dan orang tua tengah berdiri dalam keadaan orang ramai, bangunla...bagi mereka duduk. Yang awak duduk sedap2..siap boleh terlena dibuai mimpi lagi tu. tahu tak sifat anda yang sebegini menyebabkan orang ambil kesempatan pada wanita dan orang tua. boleh jadi gangguan seksual dan kecurian. Tahu ke tak ni? apa perasaan anda sekiranya orang lain buat begitu pada emak,kakak,adik perempuan dan nenek anda? marah kan..?? dah tahu nak marah tu cuba la nak tunjuk macho pada tempat yang betul. tahu tak 99.99% wanita tidak ingin calon suami yang merokok? nak tahu sebab apa? tak mahu bakal zuriat mereka dicemarkan benda2 yang tidak elok. bukan itu sahaja..nanti tak pasal2 dapat title "balu" dalam usia yang muda. kenapa? merokok itu berbahaya. bila orang kata merokok tu bahaya anda kata :

"eh...tak lahh..." awak tu doktor ke yang nak menafikan tak2 ni? dah kaji apa benda yang ada dalam tu? malas nak hurai pasal ramai ja yang tahu pasal ni.

bila orang kata merokok itu haram anda jawab :

"siapa kata haram?" awak tahu tak tak..ulamak Timur Tengah sudah pun mengharamkan rokok. "merokok itu diharamkan kerana telah terbukti membahayakan kesihatan dan termasuk sesuatu yang khobith(buruk lagi menjijikkan)"

suka hati awaklah..dah besar panjang,tahu nak fikir sendiri tapi malas! saya tidak suka orang yang begini.

Tahu apa yang paling membuat saya sakit hati? perkara yang membuatkan saya sakit hati apabila pelajar YANG BELAJAR HUKUM DAN ILMU AGAMA sendiri merokok. belajar tinggi2 masuk universiti duit pinjaman,duit zakat habis beli rokok yang tak berguna tu. beli kitab kedekut,tahu nak pinjam kitab orang ja..Baca Al-Quran tapi tak amalkan apa yang ada dalam Al-Quran tu. Hafaz Al-Quran tetapi tidak ikut perintah yang Allah kalamkan dalam kitab suci..

“…dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk…”. (QS. Al-A’raaf: 157)

Awak ni tak sedar diri tahu tak?sedar lah sikit..!! malulah..malu dekat orang2 yang tidak berpeluang untuk menjadi seperti kalian. Pelajar dari Universiti Al-Azhar sendiri pun ada yang merokok, merokok dalam asrama, kedai makan tanpa rasa segan..mana hilangnya ilmu kalian..kenapa tidak dipraktikkan? bukan tujuan saya untuk menjatuhkan status pelajar Azhar. Saya berasa terkilan kerana yang mengeluarkan fatwa pengharaman rokok itu juga Syeikhul Azhar..tolonglah..kalian datang nak mengaji atau nak membazir masa? kalau nak merokok cuba fikir semula kita sedang membina tembok fitnah dan bakal dibawa balik pulang ke tanah air. Apa yang awak ingin sampaikan pada orang kampung nanti?

"Merokok dibenarkan kerana saya pelajar Al-Azhar juga merokok"- nak bawa ajaran sesat?

sudahlah.. berhenti sekarang sebelum terlambat.

saya benci merokok,saya benci perokok,saya benci berkawan dengan perokok, saya benci adik-beradik saya merokok,saya benci rokok,saya benci asap rokok ,saya benci isi rokok, dan saya benci kotak rokok. saya benci rokok keseluruhannya.

..melepaskan geram tamat..

nasihat :

kalau awak ayah saya...(mustahil,kerana ayah saya sudah tiada dan arwah tidak pernah menyentuh rokok pun tetapi Allah lebih sayangkan arwah meninggal disebabkan sakit jantung.Al-Fatihah)

kalau awak adik dan abang saya..berhentilah merokok..arwah bapak kita meninggal disebabkan sakit jantung. Kita berpotensi untuk terkena penyakit itu. Jagalah kesihatan berbakti pada mama yang tercinta. Jangan bakar duit dengan perkara yang tidak berfaedah..adikku..kasihanlah pada mama. abangku..kasihanlah pada diri,isteri dan anak2mu..kalian pasti boleh menghentikannya. kerana segalanya di tangan kalian. kerana saya sangatlah sayang pada kalian

kalau awak bakal suami saya..tolong berhenti merokok sekarang.. saya tidak mahu dikahwinkan dengan perokok yang akan mengindahkan rumah saya dengan bau asap yang busuk itu. saya tidak mahu perabot rumah kita nanti terpaksa ditukar banyak kali akibat bau rokok awak yang melampau2 tu. Saya tidak mahu darah daging anak yang bakal dilahirkan bercampur aduk dengan perkara2 kotor dan keji itu.

kalau awak pakcik saya..berhentila merokok..kerana anak-anak dibawah sedang memerhatikan tingkahlaku kita. Dan jangan hairan suatu hari nanti anak di bawah mengikut jejak langkah perokok. kerana diri mereka sudah sebati dengan rokok..coraklah mereka sebelum terlambat.

kalau awak guru saya..berhentilah merokok..kerana saya hormat awak sebagai guru saya. kerana awak telah ajarkan ilmu yang baik untuk saya. tetapi dalam masa yang sama awak melakukan kesalahan yang besar dimata saya..

kalau awak sepupu saya..jangan cuba hendak merokok dan jangan terpengaruh dengan kawan2..merokok itu terjadi apabila kita mulakannya..jangan terpedaya dengan kalam2 seperti

"sekiranya kamu ingin tahu rasanya..cubalah!"
" rahsia rokok diketahui apabila dirasa"
" kalau hang anak jantan, kena rokok baru la power!"
"malulah nak kawan dengan ko..ko ni lembik macam pompuan!"
" kalau kita merokok hilang segala masalah"
"layan rokok lagi bagus la..gua suka rokok2 ni..baru sempoi bro.."
" rilex ar derr..okok je ponn..bukan dadah lagi..asal takut lakk..entah pape la.."

kalam2 seperti diatas tidak layak dikeluarkan oleh seorang manusia yang waras tetapi dikeluarkan dari iblis dan syaitan yang dilaknat. Yang ingin menghancurkan tubuh badan anak2 adam..bangunlah! sedar! fikir guna otak bukan guna nafsu..hargaila sikit anugerah yang Allah bagi..jangan sia2 kan hidup bergelumang dengan asap2 yang menyakitkan mata hati.

"orang yang takut akan dosanya seolah2 dia sedang berada diatas gunung yang tinggi-kerana perasaan takut terjatuh dari gunung yang tinggi itu. Tetapi orang yang tidak takut akan kesalahan seolah2 dia membiarkan lalat sedang bermain2 hinggap dihidungnya sesuka hati"

..entri tamat..

dengan sukanya saya telah meng uploadkan gambar2 yang begitu banyak ini untuk tontonan umum.

"HIDUP AMAN TANPA ROKOK. SAYANG DIRI SENDIRI SAYANG ORANG LAIN"

15 comments on "saya sangat MARAH!"

Anonymous said...

salam, suka dgn takrif perkataan yang diberikan..

wearelearningparents on April 1, 2010 at 2:56 PM said...

sabar itu indah....semoga all smokers read this 1

Ummul Syaukatul Suhaila on April 1, 2010 at 4:37 PM said...

Tahniah.. entry yang menarik..
Saya sokong..
Semoga perokok di luar sana sedar akan hal ini..

~perokok nyata pembunuh~

muhammad khairul ikhwan (MKI) on April 1, 2010 at 6:06 PM said...

assalamualaikum akak..:)

bgus entry ni..supaya entry ni sedarkan perokok tu ye..sye sokong akak...chayok2!!...:)

UmmuL SyabinaR on April 2, 2010 at 12:27 AM said...

-->zurhain

suka ka? takrif tipu2 ja tu..syukran ya. anda tidak merokok kan? :P

UmmuL SyabinaR on April 2, 2010 at 12:28 AM said...

-->kak Abell

ya kak...(T_T) saya sgt bersabar sehingga kini..tapi kadang2 geram jugak. so, blog lah jadi mangsanye..hehe

UmmuL SyabinaR on April 2, 2010 at 12:30 AM said...

-->suhaila_nur

terima kasih..harap jugak perokok2 diluar sana cuba untuk berhenti merokok. walaupun tak boleh secara mendadak..cuba pelan2..

"PEROKOK BOLEH MEMBUNUH ORANG LAIN JUGA"

peace..:)

UmmuL SyabinaR on April 2, 2010 at 12:32 AM said...

-->ADIK KHAIRUL

adik jangan nak cuba merokok okay?? dengarlah nasihat kakak2 yang dan berumur ni..merokok merugikan segala aspek..

terima kasih sudi sokong akak! jadi semangat nih..:)

aminmenulis on April 2, 2010 at 10:49 AM said...

kepada ammu2 tremco dan teksi.. sila baca blog ini.. hehe.. =)

muhammad khairul ikhwan (MKI) on April 2, 2010 at 10:53 AM said...

ok..sye ingt je pesan akak ni...k..:)..teruskan semangat akak tu tau...jgn mudah luntur dek hujan yang membasahi cat didinding rumah...eh,betul ke ni??hehe...ceria2 sllu..

UmmuL SyabinaR on April 2, 2010 at 5:08 PM said...

-->aminmenulis

Ana rasa ammu2 semua dah baca la..sbb sejak ana keluarkan posting ni xnmpak dah org merokok dimana2..hairan kan..hmm..
(perkembangan yang bagus ni..^_^)

UmmuL SyabinaR on April 2, 2010 at 5:12 PM said...

-->adik khairul

wah..peribahasa baru ni..bgus2. kuat semngat dan jadi lah seperti cat yang walaupun hujan menimpanya setiap hari,tak pernah luntur..ok kan?:)

muhammad khairul ikhwan (MKI) on April 2, 2010 at 6:26 PM said...

hehe...wa,tercipta 1 peribahasa baru ni..hehe..ok jgk tu..mungkin ade kaitan jgk kan supaya kita x mudah jatuh bila berhadapan dengan masalah..kan?:)...sesuai sngt ni..hehe

Ibnu Saif on April 3, 2010 at 9:00 AM said...

ok sy akan berenti merokok sekrg jugak... hihi... Jan marah lagi kt sy k.. hihi... :))

UmmuL SyabinaR on April 3, 2010 at 5:47 PM said...

-->doktor Afifi

:) doktor pun xkn la merokok jugak..hehe

15 comments:

Anonymous said...

salam, suka dgn takrif perkataan yang diberikan..

wearelearningparents said...

sabar itu indah....semoga all smokers read this 1

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Tahniah.. entry yang menarik..
Saya sokong..
Semoga perokok di luar sana sedar akan hal ini..

~perokok nyata pembunuh~

muhammad khairul ikhwan (MKI) said...

assalamualaikum akak..:)

bgus entry ni..supaya entry ni sedarkan perokok tu ye..sye sokong akak...chayok2!!...:)

UmmuL SyabinaR said...

-->zurhain

suka ka? takrif tipu2 ja tu..syukran ya. anda tidak merokok kan? :P

UmmuL SyabinaR said...

-->kak Abell

ya kak...(T_T) saya sgt bersabar sehingga kini..tapi kadang2 geram jugak. so, blog lah jadi mangsanye..hehe

UmmuL SyabinaR said...

-->suhaila_nur

terima kasih..harap jugak perokok2 diluar sana cuba untuk berhenti merokok. walaupun tak boleh secara mendadak..cuba pelan2..

"PEROKOK BOLEH MEMBUNUH ORANG LAIN JUGA"

peace..:)

UmmuL SyabinaR said...

-->ADIK KHAIRUL

adik jangan nak cuba merokok okay?? dengarlah nasihat kakak2 yang dan berumur ni..merokok merugikan segala aspek..

terima kasih sudi sokong akak! jadi semangat nih..:)

aminmenulis said...

kepada ammu2 tremco dan teksi.. sila baca blog ini.. hehe.. =)

muhammad khairul ikhwan (MKI) said...

ok..sye ingt je pesan akak ni...k..:)..teruskan semangat akak tu tau...jgn mudah luntur dek hujan yang membasahi cat didinding rumah...eh,betul ke ni??hehe...ceria2 sllu..

UmmuL SyabinaR said...

-->aminmenulis

Ana rasa ammu2 semua dah baca la..sbb sejak ana keluarkan posting ni xnmpak dah org merokok dimana2..hairan kan..hmm..
(perkembangan yang bagus ni..^_^)

UmmuL SyabinaR said...

-->adik khairul

wah..peribahasa baru ni..bgus2. kuat semngat dan jadi lah seperti cat yang walaupun hujan menimpanya setiap hari,tak pernah luntur..ok kan?:)

muhammad khairul ikhwan (MKI) said...

hehe...wa,tercipta 1 peribahasa baru ni..hehe..ok jgk tu..mungkin ade kaitan jgk kan supaya kita x mudah jatuh bila berhadapan dengan masalah..kan?:)...sesuai sngt ni..hehe

Ibnu Saif said...

ok sy akan berenti merokok sekrg jugak... hihi... Jan marah lagi kt sy k.. hihi... :))

UmmuL SyabinaR said...

-->doktor Afifi

:) doktor pun xkn la merokok jugak..hehe

::..DISEBALIK KACA ISTANAKU..:: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal