Assalamualaikum..
Apa khabar sahabat? bagaimana imanmu hari ini? sudah charge dengan ayat al-Quran dan zikir? Tahukah sahabat-sahabat, saya juga seperti anda, kadangkala leka, lalai dengan waktu yang Allah berikan ini. Saya isikan dengan perkara yang tidak berfaedah. Kemudian saya tersedar akan kesilapan dan cepat-cepat betulkan. Dan saya tahu Allah Maha Melihat perlakuan hambaNya lalu Dia turunkan rasa bersalah yang tidak terhingga ini. Secara jujur sejak kebelakangan ini saya agak stress dengan aktiviti harian saya. Padahal saya tidak perlu bekerja seperti orang lain. Tetapi kenapa saya mempunyai tekanan? Kemudian saya terasa jauh dengan rahmat dan kasih sayang Allah kerana saya tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Astaghfirullah... Ampuni dosa hamba. Saya perlu berhijrah...
Hari ni 11/11/12. bagi saya ianya tarikh yang cantik apabila dipandang. tarikh ini juga menjadi titik noktah untuk saya tinggalkan kisah silam yang menyedihkan. untuk kesekian kalinya kaki ini diangkat oleh robot terbang ciptaan manusia melintasi dua benua menuju Timur tengah Dunia. Saya bersyukur kerana Allah telah memilih saya untuk kesana lagi. Kerana itulah impian saya sejak kecil. Saya hanya perlu berdoa pada Allah meluaskan rezeki mereka yang telah banyak membantu saya sepanjang tempoh saya di sana. Allah Maha Kaya, Dialah yang menurunkan sumber rezeki.
Dan kini, saya meneruskan kehidupan ini kearah yang lebih baik dan cemerlang. Doakan saya :)
cerpen : Lelaki Pihlihan Allah
-
" Lelaki pilihan Allah "
kesinambungan dari cerpen " demi anak ummi "
karya : Ummul Syabinar Binti Johari
Jam menunujukkan waktu solat fardhu Zohor. Suasana...
12 years ago



























0 comments on "11 / 11 / 12"
Post a Comment