Assalamualaikum.. ini adalah penulisan yang tetangguh sejak 4tahun lalu. Jika Allah izinkan saya ingin menulis semula. ceritaku untuk dikongsi pada yang sudi. terima lah...
Aku cinta Bumi Anbiya'
Kali pertama sampai di bumi Anbiya' mesir telah menjadi titik sejarah yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Aku masih ingat, semasa kapal terbang yang aku naiki menurunkan tubuhnya aku berada di tepi tingkap. Menyaksikan permandangan indah di anjung jendela. Saat itu juga aku dapati sahabat-sahabat yang lain menutup rapat mata mereka,mungkin mereka takut "landing" kali pertama. Bagiku ini adalah pengalaman yang mencabar. Aku segera menoleh pandangan mataku luar tingkap "burung angkasawan besi". Subhanallah! aku dapat menyaksikan padang pasir yang luas seperti lukisan. bagaikan mimpi indah. Roda kapal terbang sudah menyentuh bumi barakah itu. Hanya ucapan Alhamdulillah terdetik dalam hatiku tanda aku bersyukur. Akhirnya impian yang aku tanam selama ini telah hampir menjadi kenyataan. hanya selangkah tiba untuk aku buktikan bahawa aku boleh menjadi insan yang berguna untuk menjadi penyeri seisi dunia yang sementara ini. Pintu kapal terbang terbuka secara automatik, para penumpang sibuk mengambil beg bagasi masing-masing dan beratur menunggu giliran untuk keluar. Aku mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim kaki kananku melangkah pijak bumi yang pernah menerima para Nabi Allah yang mulia. Lantas aku mendongak ke langit yang terik. "Inilah langit yang pernah menjadi naungan para ulamak,Maha Suci Allah" aku menarik nafas panjang kemudian menghelanya dengan air mata berbaur gembira. Kemudian aku tajdid niat semula tujuan aku datang ke sini adalah menimba ilmu serta dapat menjadi sebuah payung buat insan memerlukan ketika hujan. Keadaan cuaca sangat panas ,mencecah 40 darjah celcius! kepanasan yang aku alami ternyata hilang diarus kegembiraan yang menggunung tinggi. Aku dapat melihat dengan baik orang arab di sekelilingku. Mereka melihat kami dan melemparkan senyuman. mereka seolah-olah menyambut kedatangan kami sebagai penyambut tetamu terhormat Aku membalas senyuman. Perkataan pertama yang aku terima dari seorang polis berbangsa arab adalah "Assalamualaikum" Aku menjawabnya malu-malu kucing. Beliau menyerahkan sekeping borang pelancong untuk kami isi. Tetapi malangnya ketika itu aku tdak mempunyai pen untuk menulis.Hambar. Aku kemudian memberanikan diri bertanya kepada salah seorang polis yang bertugas di kaunter petanyaan. " Assalamualaikum, hal anta yujad qolamun?" ( Adakah anda mempunyai sebatang pen?) "Waalaikumusalam, anti aizzah alam yakni?" terkebil biji mataku terkelu seketika. bahasa apakah yang mereka tuturkan ini? mengapa aku tidak dapat memahami dengan baik? Ya Allah, permudahkan jalan untuk hamba. Ku terasa seperti ingin menangis. Bagaimana mungkin aku perlu berada disini sedangkan aku tidak dapat memahami bahasa yang mereka pertuturkan. Aku kaget. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang datang bersamaku menyapa. "Cik? polis tu tanya awak nak pen ke?" . Aku mengangguk lemah. kemudian polis itu menghadiahkan kepadaku sebatang pen dan melemparkan senyuman. Beliau sempat mendoakanku "InsyaAllah bi taufiq wanajah ala kulli hal"(Dengan izin Allah kamu akan berjaya dalam setiap keadaan). MasyaAllah! rakyat mesir memang suka mendoakan orang lain. mulut mereka tidak berhenti-henti menyebut kalimah Allah, Ya Rabb, Ya Illahi, Rabbi dan sebagainya. Mereka sangat berpegang teguh pada agama islam. Aku bersyukur dapat menghidu oksigen yang sama di bumi anbiya' ini. Bermulalah suatu langkah perjalananku yang masih panjang,mencipta seribu pengalaman. Kami disambut hebat oleh sebuah persatuan berkebajikan. Terdapat sepanduk yang tertulis diatasnya "Selamat datang adik-adik STAM 2007" Aku melambaikan tangan kepada mereka. kami berbalas lambaian. Ukhuwah terbina atas satu aqidah,atas satu tujuan. mereka juga sepertiku. mencari Redha allah yang Satu. Rahmatilah setiap langkah kami Ya Tuhanku. Aku ditempatkan sebuah asrama yang dilengkapi pelbagai kemudahan.
bersambung....
0 comments on "promo : penulisan yang tetangguh :("
Post a Comment